Kisah Mistik 2: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Perempuan Cantik di Sebelah)

Jeng..jeng.. kini sampai ke episod 2 kisah mistik mama. Kisah Mistik 2: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Perempuan Cantik di Sebelah). Ini kisah benar dan mama memang pernah nampak perempuan cantik ni. Cerita ni mama pernah share masa join giveaway paranormal Azlinda Alin bersama blueantextreme dan mama menang first place tau. Pengalaman ni takdelah menakutkan sangat tapi menyeramkan tu ada la hihi..



Nampak Perempuan Cantik di Sebelah




Kisah ni berlaku masa mama form 2 di asrama puteri. First day hari pendaftaran masuk asrama mama daftar lewat, almaklumlah konon dah jad senior. Seronok datang lambat sebab dapat duduk lebih lama kat rumah, padahal beberapa jam aje pun. Dulu memang rasa sedih nak tinggalkan rumah dan masuk ke asrama, rindu mak ayah dan adik-adik.

Disebabkan mendaftar lewat, maka padan lah muka mama sebab katil bawah semua dah kawan-kawan mama book. Dalam dorm tu ada 10 katil double decker. 4 katil disusun di sebelah kanan, 4 katil disusun di sebelah kiri dan 2 katil yang dirapatkan terletak di bahagian tengah dorm. Maka mama pun memilih 2 katil yang dirapatkan tu.

Malam pertama di asrama tu mama tidur macam biasa. Tapi entah macam mana tetiba mama terjaga (tak pasti pukul berapa). Secara tak sengaja mama tertoleh katil di sebelah mama. Tetiba ternampak seorang perempuan berbaring di sebelah mama tapi mujur lah mata dia tak pandang mama. Dia tak tidur dan kelihatan seperti membuat sesuatu. Takdelah mama belek apa yang dibuatnya tu. Nampak tangan dia bergerak-gerak tak pasti buat apa.

Sempat juga mama lihat muka dia. Memang cantik orangnya, berhidung mancung, berkulit putih bersih, berambut lurus separas bahu dan berbaju putih. Sampai sekarang mama boleh terbayang muka dia tapi tak begitu jelas la. Ada satu pelakon korea yang lebih kurang agak mirip muka dia (mama perasan masa tengok Dr Stranger, tapi yang mama nampak ni lebih muda). Cantik orangnya.  Tetiba mama terasa pelik, sambil mengiringkan badan ke arah bertentangan ke kiri, sambil kerut dahi sempat mama cakap dalam hati..... "Eh, bukan ke katil sebelah ni kosong? takde penghuni?". Memang mama sorang aje yang duduk katil atas, kawan-kawan lain tidur katil bawah. Katil atas yang lain kosong, tunggu junior masuk nanti.

Lepas berfikir dalam 2 saat, mama palingkan semula muka ke arah perempuan tadi, alangkah terkejutnya mama bila tengok katil sebelah KOSONG.. kosong.. macam lagu Najwa Latiff tu haha.. 

Apalagi, berderau darah mama. Sambil terkumat kamit membaca ayat Quran mama terus selubungkan badan dan akhirnya tertidur kembali dalam ketakutan.. Siapa perempuan itu? Sehingga sekarang masih lagi menjadi persoalan mama. huhuu.. Sampai sekarang mama sentiasa berhati-hati bila pergi tidur tempat baru seperti menginap di hotel, pergi rumah orang, etc tau. Mama akan pastikan baca ayat Qursi, 3 Qul dan baca ayat pendinding. Seriau.

Sekian saja cerita mama.. Tunggu kisah mistik no 3 pula nanti ye..


p/s: Mama tulis cerita ni Jumaat lepas selepas habis waktu kerja. So, mama balik lewat sikit. Masa nak keluar dari pintu office tertba terdengar pula la bunyi krek3 macam orang pijak lantai rumah kayu yang kuat dan bertalu-talu kat tepi pintu sebelah mama.  Mula-mula mama tak perasan, mama cari juga punca bunyi yang tiba2 tu tapi xde apa2 pula. Alahaiii.. cobaan sungguh. Sebab tu mama tak suka tinggal sorang-sorang kat opis ni tau. Kat sini pun ada cerita sang "NONI" yang sama-sama "bekerja" dengan mama kat sini. Dia memang tinggal sini kot. Cerita tentang "Noni" nanti-nanti lah kalau rajin mama cerita. Noni ni memang nakal dan suka kacau orang tau. Kawan cina mama pun dikacaunya.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

29 Comments

Words of wisdom

  1. isssshhhh akak ni mesti dia tahu akak nampak dia sebenarnya, cuma dia takmo usik ...
    mujurla tak de usikan lain kan kak... kalau ada nangisla

    akak ni beraninya duduk opis sorang-sorang pastu tulis cita hantu... kalau dana idokla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau betul mujur juga dana.. kalau diusiknya abis laa.. dah biasa dgn noni ni dana tapi tu la terlupa plak time dia nak masuk keje patut kita kena balik cecepat. Ni balik lewat, marah la dia hihi

      Delete
  2. Nasib dia tak tegur mama. "Tak tidur lagi keee" orang kata kalau nampak tu rezeki hehe

    Yayyy tak sabar nak tggu next horror story!

    ReplyDelete
  3. Menarik juga nak dengar cerita si noni tu pula nanti.
    Seram pula bila bayangkan tetiba perempuan cantik tu hilang. Nasib baik boleh tidur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. noni tu nakal naniey.. tau la dia glemer kat sini. tapi kenakalan dia tu xdelah sampai kacau orang hihi

      Delete
  4. Replies
    1. sebelah aje unaizah, mmg dekat. tu yg boleh describe muka dia macam mana tu

      Delete
  5. yeeheeeeeee.. kalau ammi dah gigil2 kot.

    cerita pasal NONI tau pasni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita noni? haha nanti kalau ada masa ye. Noni ni nakal aje tapi dia tak penah tunjuk muka lagi hihi. dah bertahun dah share workspace dgn dia ni

      Delete
  6. Kalau ummi lah.lame dah lompat kebawah join tido sblh kawan,🤣. Ni boleh buat cerpen seram ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama style kalau takut, mama tak lari. sebab takut dia ikut hihi.

      Delete
  7. Semasa kecil saya biasa nampak 'sesuatu' tapi bila cerita dengan mak, mak buat-buat tak percaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. share la fairus, nak tau gak apa yg nampak tu. agaknya mak fairus taknak besar2 kan cerita kut.nanti jadi lagi takut

      Delete
  8. Serammm pulakkk kita baca >.< Mujurlahhh dia tak tegur mama, ish mahu demam kalau kena tegur >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tegur mmg hilang la semangat mama.. huhu

      Delete
  9. Replies
    1. boleh.. boleh.. insya allah nanti mama sambung ye

      Delete
  10. Esok saya datang balik baca. Dah malam ni. Haha

    ReplyDelete
  11. tak mampu saya baca sampai habis...seram sangat.

    dah la sekarang ini tido belum ada teman lagi hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo.. mana tau ada perempuan cantik sebelah mr h pula nanti kiki.. gurau aje

      Delete
  12. Mama ni berani lah. Nadia baru baru ini pintu bilik asyik orang mcm force hentak nak bukak dengan kasar tu pun dah cuak cuak juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih ni lagi menyeramkan kalau dah hentak pintu. auyai nadia lagi berani le tu. mama penah ada pengalaman org ketul pintu kuat2 juga dulu. seram saaangatt tau

      Delete
  13. Nasib baik jugak wanita cantik tue tak tegur mama..

    ReplyDelete
  14. oh... noni rupanya nama penuh 'mdm n' ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kakmim pandai cari nama sebenar madam n. mama takut kalau tulis nama sebenar kat tajuk confirm ramai kawan opis yg tahu mam ada blog hikhik

      Delete
Previous Post Next Post