Get Messy: Dinner di MCK Butcher Sekyen 7 Shah Alam Selangor.. Assalamualaikum semua. Setelah sekian lama sejak wabak Covid menular, mama dan keluarga memang tak pernah lagi dine in makan di luar sejak PKP 2.0. Sebab tu bila kami mula dine in, lokasi yang strategik kami utamakan. Selain itu, kami juga elakkan dari makan di tempat yang ramai orang. Sebab tu kami dine in kat sini. Get Messy: Dinner di MCK Butcher Sekyen 7 Shah Alam Selangor.
Menu Pilihan di MCK Butcher Sekyen 7 Shah Alam Selangor.
Kami singgah ke MCK Butcher di Seksyen 7 Shah Akan yang lokasinya berhampiran tasik Shah Alam. Suka dengan suasana outdoor dan terasa lebih selamat. Tengok Pelan banglo 6 bilik kat sini. Semasa tu kedai ni beroperasi baru je seminggu. Disebabkan kami sekeluarga suka makanan western maka menu berikut menjadi pilihan kami.
Messy Burger I am Single
Jenis burger yang dijual kat sini ialah Messy Burger. Kenapa Messy? Sebab katanya nak bagi kita makan sepuasnya dan get messy. Ada 2 jenis Messy Burger iaitu I am Not Single dan Double Trouble. Beza Messy burger I am single dengan Messy Burger Double Trouble ialah I am Single ada 1 beef patty , 1 cheddar cheese dan satu streaky beef manakalah Double Trouble ada 2.
Ada caramelized onion, MCK secret sauce, fresh tomato & fresh lettuce. Walaupun makan I am not single tapi makan sorang pun dah rasa senak perut sebab beef patty dia dia tebal dan padat. Daging burger di buat dari 75% daging secara home made. Patutlah kenyang. Kita boleh rasa tekstur daging dan rasa daging yang ori. Manakala roti burger juga diperbuat dari home made bun juga.
Spaghetti Beef Aglio Olio
Rare oglio olio ni sebab selalunya dibuat dengan seafood kan tapi ni version beef. Sedap rasa MCK Aglio Olio ni tau. Memang kena dengan tekak melayu mama. Rasa dia tak bland dan rich Serra pedas. Potion pun banyak boleh makan berdua.
Messy Oblong Streaky Egg
Oblong, ni dibuat dari streaky beef. Ada caramelized onion, MCK secret sauce, fresh tomato & lettuce dan juga scrambled egg. Bila makan satu oblong ni pun dah terasa kenyang sebab ada macam-macam ingredient dalam oblong ni. Mama suka oblong ni sebab kaya dengan sayur dan ada juga telur. Memang seimbang la nutrisi. Bun ni dibuat secara home made juga. Lembut aje bun dia dan terasa fresh.
Teh Ais MCK
Teh ais MCK ni lain dari yang lain sebab dibuat dari special recipe. Bila minum ada rasa ala ala sirap bandung pula. Kalau ke sini jangan lupa cuba tau.
Selain dari menu di atas MCK ada perkenalkan menu terbaru iaitu nasi bulgogi. Yang ni mama tak cuba lagi. Harga berpatutan boleh lah beli nanti.
Tentang MCK Butcher
Sebenarnya MCK Butcher ni bermula dengan menjual daging lembu dan ayam. Kedai terletak di Ken Rimba Shah Alam. Specialnya daging itu dipotong mengikut bahagian oleh butcher berpengalaman. Lembu-lembu dipelihara sendiri dari utara dan setiap daging mentah yang dijual terjamin HALAL dan lembut. Kerana itulah menu-menu di kedai makan MCK ni special sebab daging-daging yang digunakan adalah dari kedai sendiri. Kalau nak makan makanan yang dimasak ada dijual di MCK Tasik Seksyen 7 Shah Alam dan juga boleh order secara online (refer nombor di bawah sekali). Selain dari daging dan menu kat atas, MCK juga ada menjual lauk frozen. Boleh tengok kat bawah ni.
Senarai Menu dan Harga di MCK Butcher
Berikut adalah senarai menu dan harga di MCK Butcher
Messy burger dan combo box. Combo box tu sesuai untuk makan ramai-ramai 3-4 orang. Ada yang buat surprise, candle light dinner etc. Wow boleh gak kan kalau xde idea.
Messy Oblong
Spaghetti beef Aglio olio
Menu Lauk Frozen
Menu lauk ready made MCK
Menu Daging Mentah
Menu daging mentah siap cut oleh special butcher
Pengalaman Makan di MCK Butcher Sekyen 7 Shah Alam Selangor.
Overall puas hati makan kat sini suasana tenang sebab tak ramai orang dan makan secara open air gitu. Sambil-sambil boleh hirup udara luar di tepi tasik Seksyen 7 Shah Alam. Owner sangat peramah dan melayan kerenah pelanggan dengan sabar. Sambil-sambil tu dia ada juga bertanyakan feedback pelanggan yang datang makan. Memang utamakan kualiti dan kepuasan pelanggan ni. Ada menu yang tak de di kedai, secara sukarela dia suruh order kat kedai sebelah. Memang tak berkira kan..
Suasana tenang open air , sambil makan kat luar. Orang pun tak ramai
Kedai ni 2-in-1. Share kedai, Kalau pagi ke tengah hari adalah Roti Kitab,, petang ke malam pula MCK
Maklumat MCK Butcher Sekyen 7 Shah Alam Selangor (kedai makan)
Berikut adalah maklumat tentang MCK Butcher Sekyen 7 Shah Alam Selangor.
MCK Butcher Sekyen 7 Shah Alam Selangor.
Alamat: No 1, Jalan Kristal 7/6S, Sek 7, Shah Alam Selangor
Maklumat MCK Butcher Ken Rimba Seksyen 16, Shah Alam Selangor (daging, etc)
Alamat: 37-1, Jalan Lengkuas E16/E Ken Rimba Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
No Telefon: 03-5523 2391
Website: http://www.malthronix.com/
Tertarik dengan spageti daging dengan burger oblong.
ReplyDeleteLama tidak makan burger oblong yang sedap.
spaghetti tu mmmg sedap na. oblong mck ni pula mmg x sama dgn oblong kedai burger tu
Deletesedapnya nampak burger tu!
ReplyDeletesalah jalan la bw malam malam gini kan dah terliur aduhhh
ReplyDeleteMenariknya makanan kat sini Adda.. bebila nanti boleh lah Kak Sue cuba juga..
ReplyDeleteweeken slalu riadah kat sini.. mmg perasan gerai ni..tapi xpernah pulak makan kat sini..menarik..tq kak adda review.. nt boleh try
ReplyDeletewah selalu ke sini ye.. try tgk kat kedai roti kitab, itulah mck dia beroperasi petang sampai mlm
DeleteSedapnyaaaa
ReplyDeletewahhh nampak sedap2 semuanya...
ReplyDeleteBurger macam tu memang messy lah makan. Kalau malas nak comot makan satu satu layer. Sedapnya aglio olo tu. Makanan sedap sedap kat sini. Kalau singgah tak tahu nak makan apa. rambang mata nak pilih menu pun.
ReplyDelete*Aglio Olio. typo pulak di situ
Deletehihi takpe typo mama faham fiza.. messy sungguh messy burger tu makan dgn pisau dan garfu ok jugak
Deleteburger tu sangat menyelerakan..
ReplyDeleteaglio olio tu sedapnya mama!
ReplyDeleteSaya tertarik dengan burger tu. Memang buat saya terliur. Nampak sedap sangat - sangat
ReplyDeletesedap tau nadia
Deleteskrg insya allah boleh dah tapi kena cari tempat tak ramai org dan ikut sop
ReplyDelete