Pengalaman Dijangkiti Covid19 & Petua Covid19 Yang Mujarab

Pengalaman Dijangkiti Covid19 & Petua Covid19 Yang Mujarab. Assalamualaikum semua. Harini baru jadual mama kembali seperti biasa selepas seminggu dijangkiti virus Covid19 dan disusuli pula dengan mengantar anak mama ke asrama. Post mama beberapa harini memang auto publish. Minta maaf banyak-banyak tau mam tak sempat nak blogwalking seminggu lebih ni. Kat sini mama nak share Pengalaman Dijangkiti Covid19 & Petua Covid19 Yang Mujarab yang mama sekeluarga alami sendiri.


Pengalaman Dijangkiti Covid19


Sungguh tak disangka akhirnya mama sekeluarga dijangkiti virus ni juga. Alhamdulillah kami bertiga cuma under kategori 2A dan menjelang beberapa hari terakhir kuarantin, en hubby dan anak mama telah bertukar ke kategori 1A. Mama je yang kategori tak berubah sampai habis kurantin. Tempoh kuarantin mama dan anak mama dari 26/3/2022 - 1/4/2022


En hubby dijangkiti terlebih dulu. Mama suspect dari tempat-tempat shopping yang kami pergi dan ada juga kami ke klinik bawa bapa mertua beberapa hari sebelum tu. Almaklumlah dengan kesibukan nak puasa dan anak nak masuk asrama, memang sibuk kami menyopping. En hubby pada awalnya sakit tekak, demam sikit-sikit, selsema dan suara hilang. 

Anak mama dan mama dijangkiti selepas 4 hari en hubby kena. Pagi sabtu 26/3 tu mama dengar anak mama berdehem-dehem mcm sakit tekak, terus mama suruh dia buat swab test. Hari tu mama bekerja. Bila diberitahu result dia +ve, terus mama suruh dia kurantin sekali dengan ayahnya. Anak mama dilanda sakit tekak, demam tinggi sehingga 39C selama 2 hari dan selsema. Mama beri dia makan panadol setiap 8 jam dan everytime selepas tu, suhu akan turun tapi akan naik balik. Sehinggalah mama beri dia minum air kelapa campuran (refer petua di bawah) Terus turun suhu badan dia dan sakit tekak terus berkurangan. Dalam masa 3-4 hari aje anak mama dah pulih semula. Alhamdulillah. 

Mama pula pergi kerja seperti biasa dan selepas waktu kerja pukul 1 tu sempat maam pergi Mydin dan farmasi shopping barang-barang keperluan utk anak mama dan ayahnya. Mama beli air kelapa, jelly, panadol, etc. Mama memang ada sakit tekak beberapa hari tu tapi mama swab khamis dan jumaat still -ve. Dalam pukul 3 badan tetiba rasa tak sedap. Mama terus swab dan ternyata mama pun +ve juga.

Mama dilanda sakit tekak yang panas berapi dan demam selama 4 hari. 2 hari pertama tu langsung tak kebah walaupun makan panadol. Hari ke 3 badan mama mula berpeluh tapi still demam selepas minum air kelapa campuran (refer petua dibawah). Hari keempat still berpeluh-peluh dan suhu badan mama barulah mula menurun. Hari keempat petang dikala mula nak kebah demamnya, mama diserang selsema yang sangat sekejap dan tetiba deria bau dan rasa mama hilang sehinggalah hari ini huhu. Mama cuma boleh rasa manis dan pahit saja, juga pedas dan berangin. Mama habis kuarantin dengan sindrom post covid. Mama rasa semput dan sampai sekarang batuk serta hilang deria rasa dan bau.


Petua Covid19 Yang Mujarab

Kat sini mama nak share Petua Covid19 yang mama amalkan dan memang mujarab bagi kami sekeluarga.


Hilangkan Sakit Tekak Berapi

Sakit tekak covid ni memang lain macam. Terasa tekak berapi dan kalau makan diflam banyak mana pun serupa tu juga. Mama spray betadine terasa lagi terbakar pula tekak. Bila buat ni baru lah sakit tekak mama berkurang dan lama-lama rasa berapi tu terus hilang.

  • Caranya, Ambil air dari 1/2 biji lemon + 3 sudu madu + 3 cengkih + air panas. Biarkan selama 10 minit dan minum air tu.

Cengkih tu kalau nak letak banyak mana pun boleh. Alhamdulillah rasa berapi dan gatal kat tekak berkurang. Selepas ni barulah mujarab kalau nak makan diflam or sembur tekak dengan betadine.


Kebahkan Demam

Petua ni memang mujarab bagi mama dan anak mama yang dilanda demam beberapa hari. Petua ni diberi oleh kawan hubby yang juga dijangkiti covid.

Caranya (untuk 3 cawan) :  Ambil air kelapa dari sebiji kelapa (beserta isi kelapa muda yang sedap tu..) + air perahan dari 1 biji lemon + 10 biji cengkih

Cengkih tu kalau nak letak banyak mana pun boleh. Mama suka sangat air ni. Rasa dia sedap gile tau. Selepas minum ni lah suhu badan anak mama baru menurun dan terus kebah demamnya. Mama pula dah 2 hari demam tak kebah-kebah (tapi suhu tak tinggi dalam 37.6C aje. Selepas minum ni demam mama terus naik jadi 38.3C. Selepas tu baru lah demam mama mulai kebah.


Kurangkan Kahak

Caranya: Rendam cengkih 20 biji dlm air panas selama 10 minit then minum

Esoknya keluar kahak berketul


Clearkan Hidung Tersumbat

Caranya: Campurkan 1 serbuk halia ori + 1 cawan air panas + 10 biji cengkih

Selepas minum ni terus terasa clear hidung sumbat mama.


Kurangkan Rasa Kering di Tekak

Kami makan chewing gum untuk kurangkan rasa kering di tekak. Mujarab!

Selain dari petua di atas, kami sekeluarga guna Betadine, makan Vitamin C dan sentiasa minum air kosong byk2. 


Kurangkan Gejala Post Covid

Ini barangnya.. Selepas habis kurantin mama still rasa semput sampai tak selesa nak pakai facemask. 2 orang kawan suggest suruh makan propolis. Diorang dah cuba dan rasa semput tu dah kurang. Mama dah order melalui shopee nanti mama pun nak cuba juga. 

Selain tu rajin-rajinlah buat latihan pernafasan (kat mySejahtera ada tunjuk)


Ini adalah berdasarkan pengalaman mama, mungkin sesuai dan mungkin tidak bagi org lain. Apapun kita usaha.. Harap membantu ye..



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

21 Comments

Words of wisdom

  1. Berguna cengkih dalam rawatan.

    P.S: Saya terlepas tangkap nombor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la cengkih mg bagus na.. takpe na tunggu no baru ye

      Delete
  2. Allahuakhbar... risau bila dengar orang2 terjangkit covid ni...
    Slalu doa, minta dijauhkan..
    Harap mama makin sihat ye lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. terima kasih ako. nak buat macam mana covid ni dah ada dalam hidup kita. kena jaga sop

      Delete
  3. Sedih bila baca beberapa blogger kene covid ni..
    Semoga mama kembali sihat seperti biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujian nak masuk ramadhan aini. amin terima kasih atas doa

      Delete
  4. Waa memang terbukti ye cengkih ni... semoga terus sihat mama..

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh dari batuk tu sis. amat berguna cengkih ni kan, tu lah kat sini agak kekurangan stok, susah nak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke.. mama ada byk stok ni kalau nak bagi tau ye

      Delete
  6. Berguna tips ni, boleh jadi rujukan nanti. Semoga mamapp sekeluarga kembali sihat seperti biasa ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin terima kasih cik tk. mama sekadar share pengalaman. boleh diguna bila memerlukan nanti

      Delete
  7. Alhamdulillah dah sembuh. memang perit sakit Covid ni. saya dulu cuma demam, walaupun suhu tak tinggi tapi tetap seksa menahan sakit tekak. saya pun amalkan air lemon dan cengkih tu. semoga kita dijauhkan dari simptom long covid

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. doa yg sama buat sal. perit tekak tu mmg tak boleh bawa bincang kan. mama pernah kena sebelum ni masa jadi contact rapat tapi masa tu mama -ve. bila guna petua kat atas mujarab alhamdulillah

      Delete
  8. Alhamdulillah dah sembuh.
    Syukur.
    Ciknur dgr pengalaman kwn2, jiran, dan family yg kena covid kbykannya cerita benda yg sama cam mama ni, ktny perit lain mcm. Batuk berpanjangan

    ReplyDelete
  9. Terima kasih banyak Mama, boleh dijadikan panduan yg sangat berguna jika dijangkiti Covid.
    Alhamdulillah Mama sekeluarga dah sembuh.

    ReplyDelete
  10. Akak dah 3 minggu on & off tonsilitis, demam dan sekarang batuk plak...tapi bila check RTK memang negative...sampai buat kat klinik pun negative...sudahnya memang kena demam sebab tonsilitis ni la...stress betul

    ReplyDelete
  11. Rabia positif covid lepas balik umrah
    Bila test dirumah negative
    Redhajelah
    Amalkan madu jgk masa tu

    ReplyDelete
  12. Alhamdullilah Adda sekeluarga dah sembuh. Terima kasih juga kongsi tips Petua Covid19 tu Adda, sangat berguna..

    ReplyDelete
  13. ramai cakap cengkih bagus utk covid tp x ramai yg share how to use cengkih ni...harap skrg semuanya dah kembali pulih

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Syukur semuanya sudah sembuh.
    Sewaktu rakan-rakan di tempat kerja satu persatu dijangkiti covid, saya amalkan setiap hari minum lemon pans tambah cengkih.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post