Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api. Harini mama nak share Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api. Memang senang sangat resepi ni dan cepat aje nak disiapkan. Tapi provided ketam dah siap disiang la. Sebab nak siang dan cuci ketam ambil masa sket.
Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
Ketam Masak Lemak Cili ApiBahan-bahan:
10 ekor ketam bunga - disiang dan dibelah dua. Ketuk sikit bahagian penyepit dengan lesung batu supaya senang masa nak makan. Takdelah tercabut gigi kiki
2 batang serai, dititik
1 kotak santan kara (500ml)
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit (dicarik, mama tak letak sebab takde stok. Pokok kunyit kat rumah pula dah arwah huhu)
Bahan dikisar:
3 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
15 biji cili api (kepedasan sederhana, kalau nak lagi pedas boleh tambah)
2 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 jari kunyit hidup
Cara Memasak:
1. Masukkan bahan kisar, serai dan santan dalam periuk dan masak sehingga hampir mendidih. Boleh tambah air mengikut kesesuaian.
2. Masukkan ketam, asam gelugur dan daun kunyit jika ada. Boleh tambah air lagi sehingga ketam tenggelam. Panaskan sehingga mendidih. Pastikan api jangan terlalu kuat dan kacau selalu.
3. Perisakan dengan garam dan sedikit gula.
Siap!
Senang aje kan caranya. Sedapnya makan ketam sambil hirup kuah masak lemak tu, Tapi jangan sampai tersedak udah le, meraung nanti kiki..
Tags
Resepi
sodap...tapi tak suka makan ketam waktu berbuka sbb nanti terkejar2 nak solat bagai. dah le makan ketam kena slow & steady
ReplyDeletemenu ketam yang wajib dibuat... antara menu kegemaran
ReplyDeleteIni memang all time favourite 😋
ReplyDeleteTHIS IS MY FAVORITE!
ReplyDeleteHallu Hallu Hallu
Congratulations Mama!
https://www.raydahalhabsyi.com/2022/04/congratulations-preloved-giveaway-lucky.html
baru je masak menu ini isnin lepas. feberet anak ini hihihi
ReplyDeleteSedap & senang masakan ni, tapi ketamnya pula kemain mahal sekarang ni ye mama?
ReplyDeleteNampak dekat supermarket hari tu RM50/kilo, sampai sekarang tak boleh hadam lagi harganya huhu...
Sedapnyaa!!
ReplyDeletekalau saya pulak, tak suka pedas sangat. nanti hilang rasa manis ketam. lama tak makan ketam. kena cari yang fresh kalau tak nanti gatal-gatal
ReplyDeleteSedapnya.. Kak Sue pun masak ketam untuk berbuka hari pertama..
ReplyDeletefav jg ni tapi part nak kupas isi ketam tu😅😅😅😅
ReplyDeleteSedapnya ketam, ratah-ratah puas makan. Nasi tolak tepi dulu.
ReplyDeleteYa ampun.... sedapnya mama! sedap ketam tu....
ReplyDelete