Alkisah, sejak anak mama dah masuk asrama minggu pertama selepas raya, maka tinggalah kami berdua huhu.. Maka, ke sana ke mari lah kami berdua seperti zaman baru-baru mengurat dulu. Minggu kedua raya haritu mama tiada jemputan open house, dan kami berdua duduk rumah sampailah menjelang hampir petang. Makan kudap-kudap aje kat rumah tu. Dalam kul 3 kami keluar Brunch+Tea Di Kueh Cafe Seksyen 13 Shah Alam Selangor.
Baca ni:
- Beli Kuih di Perhentian Kuih Kampong Ujong Pasir Melaka
- Lunch Makanan Jepun di Samurai Yakiniku Setia Alam Selangor
Brunch+Tea Di Kueh Cafe Seksyen 13 Shah Alam Selangor
Seperti namanya, memang banyak betul kuih muih yang dijual di sini
Ni baru sikit.. Satu pack RM3.00
Ada byk lagi pilihan kuih
Selain kuih, ada juga bubur dan aneka mee
Inilah menu pilihan kami. Teh ais 2, kuih bakar. Sedap air teh ais ni, pekat melekat dan kuih bakar pun sedap
Nasi lemak untuk en hubby. Sedap nasi lemak ni dan ayam goreng berempah tu super crunchy..
Mee kari untuk mama.. sedap juga. kaw kuah kari dia tau
Overall memang sedap-sedap makanan kat sini dan rasa dia rich termasuklah air. Patutlah ramai yang suka lepak sini
Kedai cozy dan tenteram aje bila duduk sini.
Harga miuman
Ini adalah total yang kami bayar.. Lenkali boleh ajak anak mama pula lepak sini.
Maklumat Kueh Cafe Seksyen 13 Shah Alam Selangor
Kueh Cafe
Alamat: No 6 Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
Masa beroperasi : Setiap hari dari 9 pagi - 8 malam
Tags
FOOD
Nampak selesa kedainya.. Boleh cuba juga. Mata duk nampak Caramel Macchiato tu. Mee kari tu pun nampak sedap..
ReplyDeleteWow...banyaknya pilihan kuih....dapnyaaaa
ReplyDeleteTeh ais tu memang nampak pekat dan sedap.
ReplyDeleteSelesa tempat dia kak. Harga pun reasonable. Boleh bawa mak ana ke sini nanti.
ReplyDeletekat tepi semua order tu ada tulis (SA).... dia tau ka mama kawan dengan kakak SA tu? ahakssss
ReplyDeletehaha dia pun kenal kaka SA kot
Deletekuih bako tu singgit la sepotong ya? fuh harga kat bandar besar kan..
ReplyDeleteMacam menarik sangat tempat nie, teringin nak makan kat sini nanti..
ReplyDeletekuenya kayaknya enak. Di sini harga segitu masih terlalu mahal menurutku
ReplyDelete