Petua kesihatan bagi Kencing Manis dan Darah Tinggi

Zaman sekarang semakin ramai yang menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi.. Sebenarnya ada Petua kesihatan bagi Kencing Manis dan Darah Tinggi.. Cubalah Petua kesihatan bagi Kencing Manis dan Darah Tinggi di bawah mana tau serasi dan boleh menurunkan darah tinggi dan kencing manis.. Jom baca.. Ada juga petua untuk lawas kencing, gastrik dan untuk tajamkan penglihatan


Lanjutan dari siri koleksi petua aku.. kali ini adalah PETUA  KESIHATAN UNTUK KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI

Menurunkan  Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok  Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok  Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.
65. Makanlah pucuk Pokok Pala  sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
67. Minum air  rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama  nisbahnya.
68. Rebus daun pandan wangi  secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas   sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
69. Makanlah 3 ulas  bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.  
70. Parutkan kunyit sebesar ibu  jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan  petang.
 
71. Juga Untuk Menurunkan Darah  Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh  bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu  yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur  dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk  atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum  atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat  3  kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat  pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.  
 
72. Menghilangkan Kencing Manis  
Hari ini ramai dikalangan kita  menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi  dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi  petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah  sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar  menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan (  sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya  tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin  berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda  terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya  segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh  petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan  sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun  boleh mencuba sebagai pencegahan awal.
 
73.  Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit  Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah  gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan  tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu  juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan. ..  insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini  gastrik tiada lagi!
 
74. Tajamkan Penglihatan  
Amalkan hidup anda dengan meminum  air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan  siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti  epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan  serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.  
 
75. Melawaskan Kencing  
Untuk melawaskan kencing, ambil  beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya,  direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu.  InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,  ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia  mencegah dari mendapat penyakit batu karang.
 
76.  Menurunkan Darah  Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah  tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon  pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan  ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali  sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.  
 
77. Menghilangkan Sakit Kencing  Manis
Jika ada mengalami sakit kencing  manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan  bersanguhlah/ bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama  setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari  terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa  memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan. 

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

4 Comments

Words of wisdom

  1. Salam!! Apa2 petua tu memang bagus dicuba... tapi setiap tahun mesti check darah kerana kalau makan terlalu banyak herba hingga menjadi over dose akan menyebabkan hati bengkak dan akhirnya menyebabkannya rosak. Pandangan seorang doktor yang perlu diambil perhatian... untuk dikongsi.

    ReplyDelete
  2. sangat-sangat suka dengan petua ini...... peringatan utk diri sendiri....thanks

    ReplyDelete
  3. cik yang, setuju sgt dgn pendapat cik yang. sebab apa yg kite makan pun sebenarnya jgn lah berlebihan. kalau makan herba, vitamin or etc kenalah minum air kosong byk2 tau. kalau tak akan effect kt buah pinggang pulak..

    nadia, utk peringatan kita semua.. hopefully bermanfaat

    ReplyDelete
  4. waah..byknya petua2 tradisional..skang nie susah nk crk/tau pasal petua2 tradisional ni/secara natural..kalu ada pun..mgkn tanye dr org tua2..mcm nenek ke..lbh bagus gne petua gne bhn2 natural nie sbb kte yakin xdanya chemical2 nie berbanding produk2 kecantikan skang nie penuh ngan chemical2..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post