Adab-adab Berpuasa
1. Wajib bagi seorang muslim untuk berpuasa dengan penuh keimanan dan pengabdian hanya kepada ALLAH S.W.T semata-mata, bukan kerana riak atau budaya ikut-ikutan (taqlid). Demikian juga solat sunat pada bulan Ramadan seperti solat tarawih, witir dan sebagainya hendaklah dila kukan dengan penuh keimanan dan kekhusyukan. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa dengan keimanan dan penuh keinsafan, maka akan diampunkan baginya dosa yang telah lalu.” - Hadis riwaya t Bukhari dan Muslim
2. Adab terpenting dalam berpuasa adalah membiasakan diri bertakwa kepada ALLAH S.W.T dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-NYA. Sesuai dengan firman ALLAH S.W.T:
“Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” - Surah al-Baqarah: 183
Sabda Nabi s.a.w:
“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta, maka ALLAH tidak teragak-agak untuk mengabaikan makanan dan minumannya.” - Hadis riwaya t Bukhari
3. Menjauhi apa yang diharamkan ALLAH S.W.T seperti bercakap bohong, mencela, mencaci, menipu, khianat, melihat sesuatu yang haram, mendengar muzik yang melalaikan, mendengar umpatan dan lain-lain perbuatan haram yang harus dijauhi oleh orang yang berpuasa.
4. Memperbanyakkan sedekah, amal jariah dan berbuat baik kepada orang lain. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling dermawan. Baginda menjadi lebih dermawan pada bulan Ramadan tatkala Jibril menemuinya untuk bertadarus al-Quran.
5. Sahur
Sabda Nabi:
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” - Hadis riwaya t Bukhari
6. Berbuka dengan buah kurma
Disunatkan untuk berbuka dengan buah kurma. Sekiranya tiada, bolehlah digantikan dengan air.
Sebagaimana yang diriwaya tkan oleh Anas r.a:
“Nabi s.a.w akan berbuka dengan buah kurma basah (ruthob) sebelum menunaikan sembahyang, sekiranya tiada, baginda menggantikannya dengan kurma kering (tamar), sekiranya tiada, baginda akan merasai sedikit air.” - Hadis riwaya t Abu Daud, Tarmizi, dan Daruqutni
Tags
ISLAMIK
semoga kita dapat berpuasa dengan sepenuhnya.
ReplyDeleteamin..
aminn.. tq ye arief
ReplyDeletesemoga ibadat puasa kita diberkati...amin
ReplyDeleteSalam ramadhan dan selamat berpuasa
ReplyDeleteMay our deeds in Ramadan diterima oleh Allah SWT, insha'Allah.
ReplyDeletethanks u ol.. amin ya rabbal alamin
ReplyDelete