Perihal & Jenis Nikmat Kubur

Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaat yang penuh keberkatan. Ini adalah post lama mama dan mama di hari penghulu segala hari ni suka mama nak baca balik tentang Perihal & Senarai Nikmat Kubur. Sambil tu boleh juga baca ni:

Perihal Nikmat Kubur


 gambar hiasan

Setelah mengetahui dan meyakini adanya azab kubur yang amat mengerikan dan menakutkan, bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih, juga mengetahui pelbagai penyebabnya, dan hal-hal yang akan menye­lamatkan darinya, maka termasuk kejayaan yang agung adalah selamat dari berbagai azab tersebut dan men­dapatkan nikmat di dalamnya dengan rahmat-Nya.Allah SWT berfirman:

“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh maka Rabb mereka memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya (Syurga). Itulah keberuntungan yang nyata.” (Al-Jatsiyah: 30)

“Katakanlah: ‘Sesungguhnya aku takut akan azab hari yang besar (hari kiamat), jika aku menderhakai Rabbku.’ Barang­siapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sungguh Allah telah memberikan rahmat kepadanya. Dan itulah keberuntungan yang nyata.” (Al-An’am: 15-16)


Antara Nikmat Kubur Seperti Hadith Rasulullah SAW (hadith Al-Bara’ RA)


  • Mendapatkan ampunan dan keredaan-Nya. Se­bagaimana perkataan malakul maut kepada orang yang se­dang menghadapi sakaratul maut: “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keredaan-Nya.”

  • Dikukuhkan hatinya untuk menghadapi dan men­jawab fitnah kubur. “Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.” (Ibrahim: 27)

  • Dibentangkan permaidani, disiapkan dengan pa­kaian dari Syurga, dibukakan baginya pintu menuju Syurga, dilapangkan kuburnya, dan di dalamnya ditemani orang yang tampan wajahnya, bagus penampilannya, sebagaimana yang Rasulullah s.a.w. khabarkan dalam hadis Al-Bara’ yang pan­jang:

  • “Maka bentangkanlah permaidani dari Syurga, hiasilah ia dengan pakaian dari Syurga. Bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga, maka sampailah kepadanya bau wangi dan keindahannya. Dilapangkan kuburnya sejauh mata memandang, kemudian datang kepadanya seorang yang tampan wajahnya, bagus pakaiannya, wangi baunya. Lalu dia berkata: ‘Berbahagialah dengan perkara yang menyenang­kanmu. Ini adalah hari yang dahulu kamu dijanjikan.’ 

  • Dia pun bertanya: ‘Siapa kamu? Wajahmu adalah wajah orang yang datang membawa kebaikan’ Dia menjawab: ‘Aku adalah amalanmu yang soleh…”  (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)


Mudah-mudahan Allah SWT meneguhkan hati kita di atas kalimat tauhid hingga akhir hayat kita dan menyelamatkan kita dari berbagai fitnah (ujian) dunia dan fitnah kubur, serta memasukkan kita ke dalam jannah-Nya. Amin ya Rabbal ‘alamin. Semoga kita semua menemuinya dalam keadaan beriman.. aminn..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. terasa begitu kerdil diri ini..
    semoga.. dpt merasai kenikmatan kubur itu..

    **tp sbg manusia biasa.. layakkah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah setiap kita ada peluang. semoga kita semua merasa syurga tu nanti

      Delete
  2. salam
    tq baca n3 ni dapat muhasabah diri....

    ReplyDelete
  3. bagus entri ni..sama2 la kita mencari dan mendapat keredhaan Allah..amin :)

    ReplyDelete
  4. semoga Allah lapangkan dan terangkan kubur kita nanti

    mula-mula ammi tengok tajuk..ammi ingat perihal & jenis BUBUR.. hahaha

    ReplyDelete
  5. banyak nikmatnya, semoga mendapat keredhaanNYA. nice sharing

    ReplyDelete
  6. untuk orang2 beriman, alam kubur adalah waktu rehat.. moga kite semua dalam kalangan orang beriman..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih untuk artikel ini, bersamalah kita beringat..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

    ReplyDelete
  10. Semoga memperoleh nikmat kubur. Insya Allah.

    ReplyDelete
  11. amin untuk doa2 korang.. semoga semua kita dapat masuk ke syurga tanpa hisab aminn

    ReplyDelete
Previous Post Next Post