Raya.. raya jugak.. tp kena jaga2 gak pemakanan kita agar kita sihat di sepanjang raya ni..
Amalkan 5M Dalam Diet Lebaran
- Apakah 5M?
- 5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengamb ila n makanan secara sihat.
- 5M merupakan singkatan bagi:
- Mengurangkan gula
- Mengurangkan garam
- Mengurangkan minyak
- Melebihkan buah-buahan
- Melebihkan sayur-sayuran
- Bagaimanakah k ita boleh kurangkan gula sepanjang lebaran ini?
- Gula sebenarnya boleh terdapat secara semulajadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang d ita mbah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minman bergas, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional)
- Pengamb ila n gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi.
- Gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan k ita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.
- Bagaimana kurangkan gula semasa lebaran?
- Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana.
- Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain.
- Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resepi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya.
- Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.
- Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan senyuman sepanjang lebaran.
- Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengamb ila n garam secara berlebihan merbahayakan kesihatan. Apakah cara lain untuk mengurangkannya?
- K ita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan.
- Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.
- Apab ila menjelang lebaran, masyarakat k ita banyak menggunakan minyak dalam masakan. Ini d ita mbah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang. Macam mana pula dengan penggunaan minyak?
- Dalam konsep 5M, penggunaan minyak perlu dikurangkan. Ini kerana penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit.
- Sekiranya untuk membuat rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apab ila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.
- Cuba elakkan menggunakan santan yang terlalu pekat.
- Sekiranya menggunakan minyak, elakkan memasak makanan yang menggunakan santan dan amalkan memasak cara “deep frying”. Ia dapat mengurangkan minyak dalam makanan.
- Buah-buahan sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran. Bagaimana untuk menggalakkan masyarakat mengambil buah-buahan di hari raya nanti?
- Kebanyakkan masyarakat pada hari ini sering menjadikan kek, coklat dan gula-gula sebagai hidangan atau pemanis mulut. Tetapi mereka lupa bahawa buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai pemanis mulut juga.
- Buah-buahan yang berbagai jenis rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Bukan itu sahaja, malah buah-buahan juga kaya dengan v ita min C yang amat diperlukan badan terutamanya kesihatan gigi.
- Jadi, tiada masalah untuk k ita melebihkan buah-buahan dalam k ita menyambut lebaran.
- Sayur-sayuran penting untuk kesihatan. Tetapi semasa lebaran kebanyakkan juadah lebih menjurus kepada daging dan ayam. Jadi, adakah dengan pengamb ila n sayur-sayuran dapat mengimbangi diet yang sihat?
- Sayur-sayuran mengandungi serat dan zat mineral yang penting untuk tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah.
- Jadi, hidangan sayur-sayuran amatlah penting semasa menikmati juadah lebaran kerana ia dapat mengimbangi diet k ita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengamb ila n daging dan ayam.
- Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah dalam masakan mi tersebut. Sayur-sayuran juga boleh dihidang sebagai ulam-ulaman semasa menikmati juadah yang lain. Selain itu, terdapat juga juadah lebaran yang mengandungi sayur seperti lontong.
Tags
health
ni pics dr en ggogle ke btl2..adeiii terliur tgk lemang rendang n kek lapis..huhu sume suka....tidakkkkk:p camne nk diet 5M ni:D
ReplyDeletegambar itu berjaya buat saya lupakan pasal diet yg sihat.. gambar itu juga berjaya buat saya lapar.. ni yg nak g mencari ni.. thanks for the good info.
ReplyDeletelepas raya, klinik n spital dipenuhi dgn pesakit.....
ReplyDeletesalam... ye memang betul seharusnya kita mesti jaga sistem pemakanan diri kita.. ye la dah sebulan kita puasa... last2 lepas raya pulon sakan...
ReplyDeletesuziey, ni gambo bebetul diambil dari sambutan raya kt opis tahun lepas hihi.. best kan.. hmm terasa2 kt tekak ni hihi
ReplyDeletelan, gi mencarik tu jgn lupa ahkak tau hihi.. nak tumpang sekaki.. mmg 5M lari jauh laa..
kak nza, sejak raya tu ramai yg sakit n demam.. agaknye penangan makan rendang lemang byk sgt kot eh
wanzie.. betul, setuju dg wanizi.. mcm mane la nk maintain ni kan.. ni pon dh lari alignment ni hehe
masa raya, yg kena dikurangkan tu la yg jadi terlebih sudah.. wahahaha... =))
ReplyDeleteRaya exception sbb banyak no open house nyer...lepas abis syawal baru bleh control kot, insyaAllah
ReplyDeletei nak gemowk 4m leh?
ReplyDeletemakan manyak
maintain makan
minum manyak
manishan mesti
farah, mmg terlebih sudaa haha
ReplyDeletealeyn, rasanya kalau nk tunggu lepas raya baru nk jaga makan mmg dh terlambat. masa tu berat dh mencanak2 naik..
kerang, hihi org lain nk kurus awak nak gemok yer.. amik je la lemak akak ni haha
sebelum raya,semua mengidam.itu la,ini la.sampai tang raya xdaj selera.sebab,sekali makan penuh 4 pinggan.haha.;-)jaga kesihatan bile makan.huhu.nice entry arda!
ReplyDeletejamuan sana sini, makan sampai x sedar diri, sapa yg rugi...huhu
ReplyDeletezzaer.. ada betul tu.. huhu ni pon berat dah naik balik.. ni open house punye angkara la ni
ReplyDeletesudais, kite juga yg rugi kan.. miahaha