Jom berkenalan dengan Coretan Perantau

Jom kite berkenalan dengan salah seorang yg glemer kt dunia blogger ni iaitu Coretan Perantau.. sebelum ni daku dh selalu berkunjung kt blog ni.. dh hampir setahun gak berkenalan dgn blog dia.. dari dia duk london, sampai cuti kt mesia n dh nak balik london balik dh 26th ni.. kalau jenguk umah dia klik aje kt sini. tak pon korang boleh terus klik kat banner Coretan Perantau kt tempat paid ad blog aku nih..
 

Nak tau kenapa aku ckp Coretan Perantau ni glemer? sebab follower dia dh mencecah 2155 org you!!.. fuh.. ramai tuh.. bukan senang nk capai.. tp berbaloi la sebab cerita2 kt sini byk yg boleh diambil iktibar & membuatkan kita berfikir.. org yg mcm aku ni yg tak penah ke London bolehlah baca citer org melayu kite yg idup kt london.. hiks boleh la berangan sekejap duk london haha...kpd sesapa yg nk further study kt london pon boleh gak baca kt sini. byk tips yg korang leh amik dari otai ni.. setiap posting digarap dgn menarik dan sgt detail. (aku takleh buat camtuh huhuu.. takde kepakaran)

ok, ini adalah serba sket aku copy paste ttg Coretan Perantau aka Long Muhammad Haffiz Long Hassan


Nama : Nama penuh aku ialah Long Muhammad Haffiz Long Hassan. Biasanya aku akan dipanggil Long ataupun Haffiz. Nickname aku dalam dunia blogging ialah Long Haffiz Long Hassan. Aku pernah menggunakan nickname Wonderpets, Perantau London dan beberapa lagi. Tapi sekarang aku kembali dengan nama aku sendiri. 

Kelahiran : Aku dilahirkan pada 1st November 1989 di Hospital Besar Kuala Terengganu. Pastikan korang ingat birthday aku dan jangan lupa untuk wish nanti yerk. Ahakz!!

Status : Sekarang aku in a relationship dengan Cik Asliza Ahmad. Selain itu, I’m looking for new friends dan juga peluang untuk networking menerusi sebarang connection di dalam internet.

Keluarga : Ayah aku merupakan pesara tentera dan mak aku pula ialah pembantu di warung makanan. Aku merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Aku ada tiga orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Semuanya masih bersekolah lagi.

Pendidikan : Aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Losong selama enam tahun bermula 1996 sehingga 2001. Dengan menggunakan result UPSR, aku diterima masuk ke MRSM YT Besut tetapi aku di sana hanya setahun yakni semasa form one. MRSM YT Besut ditutup selepas itu dan aku berpindah ke MRSM Kuala Lipis pada tahun 2003. Aku di sana untuk pengajian form two dan form three. Berbekalkan keputusan PMR, aku diterima masuk di MRSM Pengkalan Chepa untuk form four dan form five pada tahun 2005 dan 2006. Selepas mendapat result SPM, aku menyambung pengajian aku dalam A Level di Kolej Tuanku Jaafar selama dua tahun yang berakhir pada 2009. Sekarang aku belajar di London School of Economics (LSE) dalam Bsc Accounting and Finance di bawah tajaan PETRONAS. ^_^
Hobi : Sebenarnya aku memang tiada hobi yang nyata ataupun pasti. Anything yang aku rasa menarik perhatian aku untuk mencuba, aku akan buat. Tapi buat masa sekarang, hobi yang paling obvious dan utama ialah membaca sebarang bahan ataupun artikel ataupun buku yang dapat menambah general knowledge aku tanpa mengira topic yang khusus. Selain itu, aku juga gemar berblogging, networking activities dan anything yang dapat tambah earnings sampingan aku. *muehehehe*

Kegemaran : Aku takda gemarkan makanan ataupun minuman yang khusus. Selagi mana halal dan sedap untuk dimakan, aku akan makan dan bersyukur jer. Kalau muzik pulak, aku suka dengar nasyid dan juga pop muzik. Selain itu, aku juga suka mendengar any type muzik yang aku rasa best dan sesuai dengan diri aku. Walaupun lagu tu memang top gila tapi kalau aku rasa tak best, aku takkan paksa diri aku dengar. Konklusinya, selagi mana sesuatu benda tu tak melampaui batas dan aku rasa selesa dengannya, aku akan terima dan redha dengannya. Hargai pemberian Allah kan?! Alhamdulillah n_n

Cara Untuk Hubungi :
1. Fan Page Blog Coretan "Long Haffiz" Perantau : Ini merupakan Fan Page rasmi blog aku dan aku sentiasa akan update segala entri baru aku di sini. Selain itu, aku juga akan berinteraksi dengan pembaca-pembaca blog yang menjadi follower di sini. Untuk masa sekarang, jumlah fan baru mencecah 494 orang selepas diwujudkan pada 1 May yang lalu. Jadi, teruskan support dengan menjadi fan kepada page ini. 
2. Fan Page Aku Extreme Busy Tapi Aku Ada Masa Untuk Online : Aku selalu tengok betapa banyaknya kewujudan fan page yang mengarut di Facebook. Jadi, aku pun mengambil peluang nie untuk membuat fan page mengarut aku yang sendiri. Alhamdulillah. Sambutan agak menggalakkan dan sudah mencecah dalam 1465 fans dalam masa sebulan. Di sini aku akan berkongsi apa-apa info menarik di dalam dunia online. 
3. Fan Page Gabungan Pelajar Malaysia : Asalnya aku nak buat Facebook Group untuk topik nie tapi last-last, end up untuk mencipta satu fan page. Fan page ini adalah dengan tujuan mengumpul semua pelajar-pelajar di Malaysia dan bukannya di dalam rumpun ataupun kelompok masing-masing sebagaimana yang wujud sekarang. Dengan bersatu padu, kita akan menjadi lebih kukuh dan itulah aim yang ingin aku gapai. Harap diberi sokongan. 
4. Twitter Llonghaffiz : Di sini merupakan tempat untuk aku update segala kehidupan aku dan merupakan cara yang paling mudah untuk aku keep in touch dengan kesemua member-member pembaca blog aku nie. Kalau korang nak tahu setiap detik kehidupan di London, silakanlah ringankan diri untuk follow Twitter aku nie.

Sebenarnya, aku ni agak kagum dgn student2 kite yg duk blajar n membawa diri kt oversea. aku pon tak sanggup hihi.. ok, ini adalah entry yg menyentuh perasaan aku tau..Tolong Aku Nak ke London Pelis~!!
 

Final photo before depart ke London
 
terharu baca citer pengorbanan ibu bapa utk memastikan yg terbaik utk anak2. harap aku pon leh wat camtu tuk syafi..
ok lah korang kalau nk baca lebih lanjut meh la dtg sini ye.. cau cin cau..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

4 Comments

Words of wisdom

  1. trimas tau..hehe
    sbb tulis review nie..
    xdernuya nak hebat2..
    biasa jer..
    jazakallah khair dan trimas bebanyak..
    jasa tuan hamba patik kenangkan,,

    ReplyDelete
  2. mesti budak pandai. tgk background dah tau. hai long. ngee~

    ReplyDelete
Previous Post Next Post