Terimalah pesanan ikhlas dari aku ni.. ingatlah org tersayang ye..
8 Petua Keselamatan Jalan Raya
- Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
- Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
- Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
- Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apab ila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
- Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
- Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
- Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
- Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
Jangan ekori kenderaan depan!!
Jangan ekori kenderaan di depan ataupun memandu terlampau hampir. Sebagai pemandu, anda tidak mungkin dapat bertindak mengelakkan pelanggaran dalam keadaan kecemasan.
Jika anda di lorong laju, dan pemecutan kereta anda dihalang oleh kereta yang lebih lambat, anda hanya perlu pancarkan lampu depan kereta anda untuk menandakan hak kelancaran perjalanan anda.
Jangan sekali-kali mengekori seseorang pemandu lain kerana ingin menakutkannya - kerana ini akan menjadikannya terasa cemas ataupun membawa keretanya dengan lebih perlahan lagi.
Mengekori kereta depan cuma membahayakan diri anda serta orang lain - jadi elakkan daripada mengikuti kereta depan terlampau dekat.
Jangan memonopoli jalan!!
Pembolot jalan d itakrifkan sebagai mereka yang menggunakan lorong laju sambil menghalang kelancaran perjalanan kereta di belakang.
Pembolot jalan akan menyebabkan pemandu lain h ila ng sabar, dan mereka mungkin bertindak melulu ataupun cuba memotong jalan secara merbahaya.
Ramai orang tidak sedar mereka memboloti jalan. Mereka tidak sedar betapa bahayanya perbuatan sebegini.
Jika anda tidak memandu dengan laju ataupun tidak memotong, s ila gunakan lorong kiri. Jika anda di lorong kanan, dan kereta di belakang menghampiri anda, maka anda harus beralih ke lorong lain untuk memberi laluan.
Bersopan di jalan raya dan perjalanan menjadi lebih lancar. Ikut kiri jika tidak memotong.
Pasangkan tali pinggang keledar, walaupun duduk di belakang!!
Tahukah anda, dalam kemalangan yang melibatkan kereta, luka yang paling parah dialami adalah mereka yang duduk di belakang?
Ini kerana hentaman pelanggaran akan menjunamkan penumpang yang duduk di belakang kereta ke tempat duduk depan.
Hentaman daripada keberatan seseorang penumpang di belakang begitu kuat, ia berupaya menolak mereka yang duduk di depan hinggakan terlanggar papan pemuka kereta.
In ila h bukti betapa pentingnya tali pinggang keledar belakang - kerana ia berupaya melindungi anda dari tercedera, dan juga orang lain.
Jika anda fikir hanya penumpang depan sahaja diwajibkan memasang tali pinggang keledar, cuba fikir sekali lagi. Pastikan tali pinggang keledar digunakan oleh penumpang di belakang kereta.
Untuk penjelasan tentang pemakaian tali pinggang keledar belakang s ila layari:
Penjelasan Terhadap Permakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang
http://www.panducermat.org.my/news-Hanya-tiga-penumpang-belakang-wajib-pakai-tali-pinggang.html
http://www.panducermat.org.my/news-Tiada-kos-pasang-tali-pinggang-keledar.html
Sekiranya Berlaku Kebakaran Kereta, Apa yang harus anda lakukan??
v Hentikan kenderaan anda dilorong kecemasan
v Matikan suis penghidup enjin
v Pasangkan tanda amaran lalu lintas atau segi tiga amaran lalu lintas 15m dari kenderaan anda (jika perlu)
v Tarik penarik pembuka penutup enjin
v Gunakan alat pemadam api dan padamkan kebakaran melalui jeriji radiator atau pada celah bukaan penutup enjin
v Sekiranya kebakaran telah dipadamkan, buka penutup enjin dan bersedia dengan alat pemadam api kerana dikhuatiri kebakaran hidup semula
v Tanggalkan terminal bateri
v Minta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan menghubungi 999
Tindakan Yang Perlu D ila kukan Jika Berada Dalam Situasi Kemalangan Jalanraya
· Hubungi 999 untuk bantuan
· Berikan semua maklumat yang diminta oleh telefonis seperti berikut:
o Nama dan No.Telefon anda
o Lokasi kemalangan
o B ila ngan kenderaan terlibat
o Jumlah mangsa dan dan kecederaan(jika boleh memberikan maklumat)
o Keadaan lalu lintas dikawasan kemalangan
o Jenis kenderaan yang terlibat(kereta,lori,bas dan sebagainya
- Jika anda dapat mengesan ada berlaku kebocoran gas, atau kebocoran bahan bakar, atau kemalangan yang melibatkan bahan bahaya, bergeraklah ke tempat yang selamat dan hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat
- Jangan Tinggalkan kawasan kemalangan sehingga anda telah memberikan maklumat krpada mana-mana pegawai yang bertanggungjawab.
Tags
LIFESTYLE
pesanan di terima... :)
ReplyDeleteyup..apa yg penting..kena hati2...kemalangan selalunya berpunca dari sikap pemandu..
ReplyDeletetq so much atas pesanan ini, semoga kita semua berhati2 ketika memandu
ReplyDeletepesanan ni mmg penting ni.. harap semua blogger2 berhati2 semasa balik kg. sedih bila bac ada blogger yg meninggal eksiden huhu
ReplyDeleteselalunya yg nak cepat potong kereta2 lain di lorong kecemasan bukn boleh pergi jauh sgt pun. tak pasal2 kalau ada polis, kena saman pulak. teringat dulu2 pernah sampai 13 jam dr KL ke KB! mcm nak patah pinggang.
ReplyDeletegud info..!!
ReplyDeleteSalam Aidilfitri dari bumi Dublin, Ireland..mkn2 biskut raya tu ingat2lah kami di sini..heheh:)