Haram Meletakkan Patung Perhiasan Di Rumah

Artikel ini diambil dari blog ustaz nor amin Haram Meletakkan Patung Perhiasan Di Rumah ..bagi aku info ini amat menarik gak.. semoga berguna utk kita semua..


Soalan :

Di Malaysia khususnya sekarang ramai yang meminati dekorasi bercirikan konsep english @ english style decoration. Salah satu unsur dalam hiasan english ini ialah patung-patung hiasan seperti chef, itik,ayam, bear. Patung ini ada yg lengkap seekor itik/ayam/bear atau seorang chef..ada juga patung yang tidak lengkap spt patung chef duduk, patung ayam/itik sedang mengerang telur. Patung-patung ini diletakkan di dalam rumah juga di peti ais jika fridge magnet.

 
Jawapan :

Sebagai umat Islam yang mengesakan Allah swt, sepatutnya menjadikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas ulamak sebagai pegangan hidup, supaya perjalanan hidup tidak akan tersesat jauh dari kebenaran Islam. Inilah yang dikatakan masalah kejahilan umat Islam sekarang ini yang dikenali sebagai Islam liberar atau sekular yang menjadikan tamadun atau budaya kehidupan barat sebagai idola atau cara kehidupan mereka tanpa menghiraukan perkara yang halal dan perkara yang haram. Sepatutnya sebagai umat Islam wajiblah peka dengan semua perkara yang halal dan haram, supaya pendidikan keluarga atau dirinya sentiasa berada dalam jalan yang benar. Jadikan Islam sebagai cara hidup yang jelas, Islam itulah agama yang membawa keselamatan dan kebahagiaan kepada semua umat di dunia ini.

Masalah meletakkan patung di rumah seperti yang ditanyakan oleh sahabat blogger saya di page tanyalah ustaz blog ini. Terlebih dahulu saya datangkan beberapa dalil yang mengharamkan patung perhiasa di rumah. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya ada patung”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah sangat menegah umatnya meletakkan patung di dalam rumah mereka, kerana Malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang tersebut untuk memberikan rahmat, kerana rumah yang meletakkan patung sebagai perhiasa ini seolahnya sepertimana rumah orang non muslim yang meletakkan berhala di rumah mereka. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya manusia yang paling berat seksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang membuat patung-patung itu”. Dalam riwayat lain dikatakan : "Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah melaknat dengan seksaan yang sangat berat kepada orang yang membuat dan meletakkan patung perhiasan dalam rumah dengan tujuan ingin mencantikkan rumah, menunjuk-nunjuk, kononnya kreatif, kononnya mampu membeli, bermegah-megah kerana mampu buat perkara yang haram atau sebagainya. Ini jelas dan dalil hadis yang terdapat di atas ini adalah merupakan dalil yang qat’i dan sahih tanpa dapat dipertikaikan lagi kesahihan hadis tersebut. Tiada alasan kepada orang-orang yang jahil mengatakan ada pendapat ulamak yang membolehkan dan ini merupakan masalah kontemporari atau 1000 alasan sekalipun untuk membolehkan perbuatan ini. Orang yang pandai-pandai merubah hukum yang telah di tetapkan oleh Allah dan Rasul, maka Allah akan memasukkan orang tersebut ke dalam neraka Allah.

Tidak salah orang yang menyimpan patung mainan anak-anak mereka di rumah. Rasulullah mengahwini Aisyah semasa umur 9 tahun. Rasulullah meletakkan patung mainan kepada Aisyah sebagai alat permainannya sewaktu Baginda tiada di rumah. Patung mainan ini bermaksud, patung yang dijadikan mainan anak-anak, bukan diletakkan di dalam cermin sebagai perhiasa. Patung mainan tersebut tidak dihormati dan dimuliakan.

Menurut Dr.Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram Menurut Perspektif Islam mengatakan bahawa :
  1. Diharamkannya patung adalah demi menjaga kemurnian tauhid, supaya mereka tidak sama dengan kaum musyrik yang membuat patung sendiri kemudian disembah, bahkan dengan sangat khusyuknya. Walaupun ini bukanlah satu-satunya alasan.
  2. Dilihat dari dimensi pematung, pematung menjadi angkuh, seolah-olahnya dia boleh menciptakan sesuatu yang semula tidak ada atau mencipta makhluk hidup dari benda mati. Diriwayatkan ada seorang pematung yang sudah bertahun-tahun membuat sebuah patung. Setelah selesai, dia begitu terpesona dan tergila-gila dengan lekuk-lekuk tubuh patungnya. Dengan angkuhnya dia mengajak patungnya bercakap : “Marilah bercakap. Mari bercakap!!! Oleh itulah, Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-patung ini kelak di hari kiamat akan diseksa dan dikatakan pada mereka : “Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  3. Sepanjang zaman patung merupakan kebanggaan kaum borjuis. Istana dan bilik mereka dipenuhi dengan patung-patung yang beraneka bentuk dan bahan. Islam yang memerangi kemewahan, seperti emas, perak dan kain sutera, juga mengharamkan symbol kemewahan lain yakni patung di rumah orang muslim.
Kesimpulannya

Patung hiasan yang diletakkan di rumah orang-orang muslim adalah haram berdasarkan dalil-dalil yang diberikan di atas, sebenarnya banyak lagi dalil yang mengharamkan perbuatan meletakkan patung hiasan di rumah muslim. Begitu juga dengan masalah orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah mereka sebagai hiasan, untuk mengetahui perbahasan lanjut mengenai hukum meletakkan gambar hiasa di rumah sila klik di sini. Sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, jauhilah dari melakukan perbuatan yang jelas di larang Allah, kerana orang yang tidak melakukan dosa dan melanggar larangan Allah akan diberikan ganjaran yang sangat besar dari Allah.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. maksud patung di sini mcm patung yang diukir kan? mcm mana pula dengan tedy bear yg budak2 main?coz ia hanya permainan, boleh je kan?

    ReplyDelete
  2. thanks sbb share info.. penah blajar gk ni dulu.. tp x ramai yg tekankan dlm hidup ni..
    http://www.duitlama2u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. setau sy kak,bukan setakat patung2 malah lukisan2 gambar maupun kartun pun tidak dibenarkan terpampang dlm rumah sbb dikhuatiri malaikat x masuk rumah...

    ReplyDelete
  4. yang aku tahu..ustat aku cakap dulu...kalau patung untuk permainan budak tak dak hal punya...dengan syarat patung tu memang budak tu main..tapi masalah kalau patung tu bukan nak dibuat mainan tapi nak jadi hiasan ja...hat tu yang haram tu..

    ReplyDelete
  5. snoop, spt kata ustaz kpd aman arab tu betul la tu. patung or bear yg tak boleh ialah bila kite jadikan perhiasan.. kalau dibuat main n digunakan ok..

    lan-ax sekadar share menda yg baik ni.. utk keterangan lanjut leh gi blog ustaz nor amin sendiri

    hanie, betul tu.. boleh rujuk blog ustaz nor amin kt link yg ada dlm post tu

    ReplyDelete
  6. ooo.. lau camtu kire bear yang hajar wat main boleh la yer kak...? ehhh ker xleh jugak...

    ReplyDelete
  7. hurm..mmg ramai yg lom sedar hal ni..nasib xde tedy bear bagai..tapi mcm mne dgn org yg buat koleksi tedy bear tu..ishh

    ReplyDelete
  8. hajar, patung bear yg kite wat main n buat bantal ok boleh pakai rasanya..

    misyamissyou.. tu lah yek tak tau laa camne. harap2 xde lah org yg cenggitu

    ReplyDelete
  9. rumah omu memang xde patung.anak patung.gambar2 melekat kat dinding dan seantero dgn nyer...sesungguh nyer malaikat xmasuk..tambah lak klau rumah tu kurg sembahyang dan mengaji...lagi la,malaikat xmasuk...xde rahmat rumah tu....nauzubillah...

    ReplyDelete
  10. lebih elok gantung ayat2 suci ALQURAN...boleh juga menjauh kan anasir2 jahat masuk rumah

    ReplyDelete
  11. omu rice.. bagusnya awak.. kt umah kitaorg plak tak dpt nk elak cthnye cadar gambar bunga2.. bear2 mainan anak plak

    gdoup, setuju dgn pendapat awak. lagi bagus kan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post