gambar dr google
Bukan hanya menyegarkan, tetapi teh ais juga amat baik untuk kesihatan, terutama yang dibuat dari teh hijau kerana mengandungi antioksidan yang tinggi. Berikut beberapa manfaat kesihatan yang boleh anda dapatkan jika anda jadikan minum air teh hijau ais sebagai amalan:
Memelihara berat badan
Bagi yang mengalami masalah kelebihan berat badan akan mengalami pembakaran kalori 7 peratus lebih banyak selepas melakukan aktiviti olahraga dan kemudian minum teh hijau ais berbanding dengan minum minuman jenis lain. Hal ini kerana, teh hijau meningkatkan metabolisme dan meningkatkan oksidasi lemak.
Melindungi dari kanser
Mereka yang minum teh hijau ais secara teratur mengalami 12 peratus risiko lebih rendah terhadap kanser payudara berbanding yang tidak meminum air ini. Penemuan ini didapati setelah satu kajian dilakukan terhadap sejumlah 6,928 wanita di China.
Kurangkan risiko angin ahmar
Daripada enam kajian, UCLA mendapati bahawa dengan meminum tiga gelas teh hijau ais setiap hari dapat mengecilkan risiko terkena angin ahmar sehingga 21 peratus.
Menyihatkan gusi
Pada kajian yang dilakukan terhadap 940 orang lelaki, didapati bahawa semakin banyak minum teh hijau ais, semakin kecil untuk mengalami penyakit gusi. Teh hijau juga membantu mencegah kerosakan gigi dengan membunuh bakteria yang menyebabkan plak gigi.
me suka green tea.. :D mmg bagus khasiatnya.. bole buang lemak2 tu yg best, hehe
ReplyDeletemuchas luvas, wawa~* secretwhisper.net
kopi ok x???
ReplyDeletewah sedapnya...!!!!!
Fakta bukannya Auta
mmg bagus adda...akak pn amalkan minum teh hijau nie.....
ReplyDeletesaya pernah minum teh ini.. memang mujarat... lepas minum dalam beberapa jam asyik berulang ke tandas jer.....
ReplyDeletememang suka teh..
ReplyDeletex kira teh wrna apa...
tp teh ijau yg berkhasiat ni mesti lagi baik diamalkan..
teh hijau kaya manfaat sob
ReplyDeleteinsya allah amat berkhasiat. dulu masa hubby saya kena cancer pon dia amalkan minum ni setiap hari.. ada member pon bgtau kawan dia kena breast cancer minum teh hijau teh ren tea alhamdulillah sembuh
ReplyDeletetak penah minum lagi teh hijau nih..klau dah byk khasiat mcm ni..bleh try la lepas nih..
ReplyDeleteteh cap org kg 2, sme x?tiap kli mnum je, kompem ulang alik ke tnds...buasir dibuatnye..huhu...
ReplyDeletetry la aman.. insya allah ada perbezaan.. shino, teh org kampung tu mmg utk kuruskan badan tp ulang alik toilet la jwbnye
ReplyDeleteHi tuan blog, datang sini nak promote teh hijau brand Ahmad Tea London. Kalau ada sesiapa nak beli boleh order dekat blog saya. [ Menjual Teh Hijau @Green Tea Ahmad Tea]
ReplyDelete