Sumber makanan bantu kempiskan perut buncit


Aku terjumpa artikel yg amat menarik dari majalah mingguan wanita (kalau tak silap).. sesapa yg nk kuruskan badan or nk kempiskan perut meh cuba ni.. jom baca..
gambar ihsan google

Perut yang buncit begitu ditakuti wanita dan juga lelaki. Ia boleh menjejaskan penampilanmengurangkan keyakinan dan paling penting sukar dihilangkan walaupun gigih berolahraga. Penyakit seperti penyakit jantung, diabetes tahap2, dan termasuklah kanser payudara merupakan antara beberapa penyakit yang mungkin dihidapi akibat memiliki banyak lemak pada bahagian perut.

Perut yang buncit begitu ditakuti wanita danjuga lelaki. Ia boleh menjejaskan penampilan mengurangkan keyakinan dan paling penting sukar dihilangkan walaupun gigih berolahraga. Penyakit seperti penyakit jantung, diabetes tahap2, dan termasuklah kanser payudara merupakan antara beberapa penyakit yang mungkin dihidapi akibat memiliki banyak lemak pada  bahagian perut.

Sebab itulah, sememangnya diperlukan pola makan yang sihat, bahkan diet rendah lemak agar dapat mengecilkan perut yang terlalu gemuk. Berikut, beberapa jenis makanan yang dapat membantu anda mengempiskan perut sekali gus mengurangi ukuran pinggang anda. 

Serat
Makanan kaya serat seperti bijirin dan biji gandum dapat membantu mengecilkan perut. Ini kerana, makanan berserat membuat perut berasa cepat kenyang berbanding dengan makanan yang kurang mengandungi serat. Makanan berserat juga memerlukan waktu yang lama untuk dicerna, sehingga ia boleh membantu anda berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Protein
Protein sebenarnya mempunyai fungsi yang setara pentingnya dengan serat iaitu dapat menahan rasa kenyang anda dalam tempoh yang lebih lama. Hal ini disebabkan makanan berprotein memerlukan kalori yang lebih banyak untuk menjalankan proses pencernaan berbanding sayur-sayuran dan buah-buahan.
Telur adalah salah satu makanan kaya protein. Selain protein, telur juga mengandungi B12 yang berfungsi untuk menghancurkan sel lemak. Kekacang juga merupakan sumber protein dan serat. Namun, berhati-hati apabila menikmati kekacang kerana kacang yang digoreng mengandungi lemak jenuh lebih banyak, manakala kacang panggang pula mengandungi banyak gula.
Enzim
Makanan seperti betik dan nanas kaya dengan enzim yang dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Selain itu, semua makanan yang mengandungi enzim sayur dan buah mentah memberikan peluang kepada hati dan pankreas untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh serta mengubah lemak pada perut yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh.
Lemak sihat
Makanan berlemak tidak selalunya menjadi punca buncit pada perut. Ia sebenarnya bergantung kepada jenis lemak yang kita makan. Lemak tak tepu sebenarnya dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan mengubah lemak pada perut menjadi tenaga. Lemak baik boleh didapati pada beberapa jenis makanan seperti avokado dan minyak zaitun. Ia bukan hanya mampu membakar lemak, tetapi minyak zaitun juga boleh membantu menjaga kadar kolesterol dalam tubuh. Selain itu, ada juga badam yang bukan hanya kaya dengan lemak tepu tetapi turut mengandungi protein untuk memberi kesan pembakaran lemak sinergi dan membantu menahan rasa lapar.

Cara makan yg  sihat:
  • Elakkan makan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi. Ini kerana secara semula jadinya pengambilan lemak sudah sedia ada di dalam kekacang atau biji-bijian.
  • Hindari bahan makanan yang diawetkan. Jika terpaksa membelinya, pastikan ‘tiada bahan pengawet’ tertulis pada label kemasan makanan yang dibeli.
  • Pilih makanan atau minuman yang berwarna semula jadi. Ini kerana, ramai orang terutama kanak-kanak selalu memilih makanan yang berwarna kerana lebih menarik. Namun, makanan berwarna ini sering ditambahkan zat serta pewarna tambahan.
  • Elakkan menambahkan sos, kicap, garam dan bahan-bahan penyedap rasa secara berlebihan di dalam makanan yang dimasak. Ini kerana, bahan sebegini mengandungi kadar MSG yang tinggi di dalamnya.
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin, mineral air, fitonutrien, antioksidan dan serat di dalam makanan sebegini memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh badan.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. thanx for sharing this info ...
    betul2 bagus dan berguna .. suka baca :)

    ReplyDelete
  2. waa...leh amalkn ni..leh jd six pax blk klu cmni...hehehe...

    ReplyDelete
  3. panduan info yang cukup baik nie...

    ReplyDelete
  4. thanks for the info.bleh la saya share diblog.. jom ke blog saya.baca 7 rahsia vitamin e buat wanita.jom tukar2 blog list..boleh?

    ReplyDelete
  5. waaa, ble ke kempis perutku ini???

    ReplyDelete
  6. tq for sharing this sis... ;)

    muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

    ReplyDelete
  7. wah... thx sbb share info ni... mmg dlm proses nk kuruskan badan... hehehe...

    nk share satu bende skit... klu nk diet, elakkan makan selepas pukul 8 malam... sbb kadar metabolisma yg rendh pada waktu mlm akan mudah menukarkan mknn ke dalam bentuk lemak...

    ReplyDelete
  8. jom kite try ramai jom. aiman, setuju sgt. kalau boleh sebelum kul 7 lagi bagus

    ReplyDelete
  9. emm..avocado memang sedap..
    letak susu ckit tambah sedap..bleh ka letak susu atau mkn gitu saja?

    ReplyDelete
  10. jom la beramai2 kita manfaatkan tips ni. mana tau berkesan dgn tubuh kite. cik fia, takut buncit ke? nanti peknen buncit gak tau

    ReplyDelete
Previous Post Next Post