Haa.. sapa2 yg ada masalah migrain meh baca ni..
agaknye kan penah takkucing kena migrain? hehe..
Penyakit migrain yang diiringi dengan gangguan pada anggota penglihatan sebenarnya berisiko lebih tinggi untuk terkena serangan jantung atau strok. Selain itu, risiko kematian adalah 21 peratus lebih tinggi pada penghidap migrain disertai gangguan sebelum atau sepanjang migrain berbanding mereka yang tidak mengalaminya.
Hasil kajian yang dilakukan, mereka yang menghidap migrain disertai gangguan, 27 peratus lebih berisiko meninggal disebabkan penyakit kardiovaskular. Ketika kematian akibat penyakit kardiovaskular dianalisis, terdapat risiko kematian sehingga 28 peratus akibat penyakit jantung, dan 40 peratus risiko mengalami strok bagi penderita migrain disertai gangguan. Namun, para pengkaji mendapati bahawa risiko itu tidak berlaku bagi pesakit migrain yang tidak disertai gangguan.
Hasil kajian ini telah dimuatkan di dalam Jurnal Perubatan British dengan mengumpulkan data sebanyak 18,725 lelaki dan wanita yang lahir pada 1907 – 1935.
Di awal kajian, responden yang rata-ratanya berusia 53 tahun diminta mengisi tinjauan tentang kesihatan mereka dan menjalani serangkaian ujian fizikal, termasuk ujian darah. Kesihatan mereka kemudiannya dipantau dan direkod selama 40 tahun untuk mengetahui kesan daripada penyakit migrain bagi para pesakitnya. Kumpulan pengkaji yang diketuai Larus Gudmundsson mencatatkan bahawa mereka yang kerap mengalami sakit migrain dengan gangguan memiliki risiko tertinggi.
Tags
health
tq sbb kongsi :)
ReplyDeletemsalah pglihatan ni mcm org yg rabun atau pkai crmin mata ke?
ReplyDeletethanks for sharing this good info. saya selalu kena migrain =(
ReplyDeletethis december ni kena buat scan MRI utk pastikan penyakit sebenar kenapa saya selalu migrain =(
doakan saya yer =)
mmg kebanyakan migrain berlaku disebabkan pemakanan kita. so, bolahlah dijadikan panduan kat sini.. shafiza, semoga everything will be fine. aminn..
ReplyDeletemasalah penglihatan tu rasanya bila pemandangan kita nampak cam zig zag.. cuba google eh rasanya ada gambar how it look like