FIRMAN Allah SWT dalam surah al-Nabaayat 18: "Iaitu hari (yang pada waktu
itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, “Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda.
Lalu baginda menjawab:
“Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
1 Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2 Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
3 Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4 Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5 Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6 Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7 Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8 Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya ke atas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9 Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10 Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11 Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12 Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.”
Tags
ISLAMIK
kita di mana ya kawan2?
ReplyDeletethanx dik .. sharing ... takutnyeeee
ReplyDeletethanks mama share info yg berguna nie
ReplyDeletetakutnya bila bace info nih.
ReplyDeletedi manakah aku bila tiba hari kebangkitan nanti..Nauzubillahiminzalik..semoga kita dijauhkan dr siksaan api neraka jahannam.
muhasabah diri dan sentiasa menilai apekah dosakah kita setiap waktu.moga terlepas dari kelalaian dunia.
thx for sharing.nice entry =)
ReplyDeletemudah2an kita semua dalam golongan yang satu golongan ke syurga iru Insya Allah..
ReplyDelete:) :) :thumbsup:
ReplyDeleteartikel yang bagus
sekadar berkongsi. mmg kecut perut baca kan. tak tau la diri kita ni di mana.. huhuu
ReplyDelete