Pada suatu hari, Saidina Umar Al-Khattab bersiar-siar di Kota Madinah. Semasa tiba di suatu simpang jalan, dia terserempak dengan pemuda yang sedang membawa kendi. Pemuda itu cepat-cepat menyembunyikan kendi itu di dalam kain yang dipakainya. Maka timbullah keraguan di hati Saidina Umar Al-Khattab dan lantas bertanya, “Apa yang engkau bawa itu?"
Kerana ketakutannya kepada Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan tergagapgagap bahawa benda yang dibawanya itu adalah madu. Walhal kendi yang dibawanya itu berisi khamar(arak). Walaupun pemuda itu berbohong kepada Saidina Umar Al-Khattab, namun di dalam hatinya dia telah berniat untuk berhenti dari terus meminum arak dan ingin bertaubat daripada dosanya itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Allah supaya Saidina Umar Al-Khattab tidak memeriksa isi kendinya itu.
Kerana timbul keraguan di hati Saidina Umar Al-Khattab, dia ingin memeriksa dan melihat sendiri apa yang ada di dalam kendi itu. Rupa-rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah dan ketika itu juga isi kendi itu bertukar kepada madu. Disebabkan keikhlasan hati pemuda itu untuk bertaubat, maka Allah memberinya hidayah sehingga niatnya yang ikhlas itu dapat mengelakkan dirinya dari dikenakan tindakan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Selepas itu, pemuda itu pun bertaubat.
Tags
ISLAMIK
Hidayah milik Allah..Alhamdulillah. tersentuh baca kisah ne. terima kasih share :)
ReplyDeleteyup
ReplyDeleteade dengar citer ni masa ustazah citer time sekolah rendah dulu.
masa ngaji kat Abim..
thanx sharing dikkk
ReplyDeletesetiap yg berlaku ada hikmahnya .. allah x berikan kita sesuatu tanpa sebab musabab ..
COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.
ReplyDeleteUntuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.
Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.
Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.
Harga belian semula yang hebat.
Terima kasih.
Itulh kekuasaan Allah swt....
ReplyDeletejika taubat dengan sungguh2 pasti Alalh akan mengampuninya.. insyaAllah..
ReplyDeletekalau lah zaman sekarang nih keimanan seperti itu,alangkah hebatnya.
ReplyDeleteALHAMDULLILAH dikurniai ALLAH kelebihan itu.. INDAH NYA ISLAM
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletekisah yang sangat menjadi tauladan...
wah arak jadi madu...
ReplyDeleteKeikhlasannya mendapat balasan TUNAI ALLAH TAALA.
ReplyDeletesharing utk kebaikan semua :) harap2 dpt manfaatnya
ReplyDeletesubhanaAllah....
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeletethanks ye sudi komen :)
ReplyDelete