Bagi memastikan diet lebih berjaya, azam yang kuat dan bersungguh-sungguh serta berdisiplin dalam mencapai matlamat perlu diamalkan. Namun, jika ia tidak diiringi dengan perubahan gaya hidup yang sihat, program diet lebih cenderung gagal. Walaupun begitu, terdapat beberapa cara yang boleh anda amalkan juga, bagi memperbaiki program diet anda sehingga berjaya. Biarpun sedikit aneh namun ia percayalah ia mampu membantu diet anda.
Peralatan lengkap
Gunakan peralatan lengkap setiap kali anda mahu makan, tidak kira walaupun anda hanya makan puding mahupun kuih-muih. Duduk santai dan nikmati makanan sekurang-kurangnya selama 20 minit. Tip ini dipercayai dapat membantu membuat program diet lebih berjaya kerana ramai orang mengambil masa yang singkat untuk makan, terutamanya ketika makan yang ringan.
Walhal, apabila anda duduk dengan betul dan makan selama 30 minit ia akan membuatkan anda berasa lebih puas makan sehingga tidak terfikir untuk mengambil makanan lain. Logiknya, jika anda menggunakan peralatan makanan lengkap seperti pinggan, sudu dan garpu, anda akan menganggap semua makanan yang anda makan adalah makan besar dan anda akan berasa puas kerana dapat makan.
Bawa wang tunai
Bawa wang tunai dalam jumlah yang mencukupi ketika anda ingin makan di luar, sama ada hanya makan di kedai kopi mahupun di restoran. Orang yang membayar makanan dengan wang tunai akan melakukan transaksi lebih sihat berbanding membayar dengan menggunakan kad kredit atau kad debit.
Menurut pengkaji di Universiti Cornell, New York, orang yang membayar dengan wang tunai lebih berfikir dan berhati-hati terhadap apa yang mereka beli, termasuk nilai gizi yang bakal mereka peroleh dari makanan mereka. Contohnya, anda tentu akan memilih membeli buah epal berbanding sekeping piza.
Sunyi
Cuba makan dalam suasana yang hening sunyi. Matikan alat elektronik seperti TV ataupun telefon bimbit anda. Cuba minta pasangan anda untuk tidak berbual semasa makan. Kajian menunjukkan bahawa suara bising membuat kita cenderung makan dengan lebih cepat. Oleh itu, ketika sudah berasa kenyang sebenarnya kita sudah makan terlalu banyak. Elakkan juga memutarkan lagu yang lembut dan mendayu kerana ia akan membuatkan anda berasa ingin berada lebih lama di meja makan seterusnya membuatkan anda mahu makan dengan lebih banyak. Suasana hening membantu anda benar-benar menumpukan perhatian pada makanan yang anda makan, merasai makanan, aroma dan tekstur makanan sehingga anda benar-benar puas makan.
Bercakap dengan diri sendiri
Sedang membuat kerja, tiba-tiba anda berasa mahu makan aiskrim. Bila anda terfikir mahu makanan yang diketahui tinggi kalorinya, berbicara dengan diri sendiri. Katakan, anda tidak lapar tetapi saya tetap mahu memakannya. Cara ini membuatkan anda sedar dan lebih waspada terhadap apa yang anda makan dan alasan mengapa anda makan.
Mulakan dengan limau
Kupas sebiji buah limau sebelum makan tengah hari. Mengupasnya memerlukan tenaga dan tentu sahaja mengambil masa. Anda perlu bersabar sehingga selesai mengupas buah limau sebelum boleh dimakan. Secara tidak langsung, ia akan membuat anda menjadi lebih bersabar dan tenang ketika makan. Malah anda akan berasa lebih peka dengan apa yang anda makan. Buah ini juga kaya dengan jusnya sehingga membuatkan anda cepat kenyang.
diet?..urmmm..penah tgk x video org pki krim pelansing?..fuh seram tgk..eee...geli..diet 10000x lebih baik drp pil2 atau krim tp jgn smpi memudaratkan :)
ReplyDeleteooohh.. ada juga cara unik dan aneh macm ni ye.. bagus2~
ReplyDeletewah..bgus tips ni..nk try nnti la..hihi..kene diet ni.thanks 4 sharing ^_^
ReplyDeletehahahha bagus jugak tips nie :)
ReplyDeletePG tak penah tgk laa.. mehla tunjuk leh tak..
ReplyDeletemmg agak aneh tp tak salah kalau nk cuba kan hihi
memang boleh diamalkan..ada logiknya..=)
ReplyDeleteisy... kena try nih!
ReplyDeletehallo kawand...
ReplyDelete:)
maaf kalo spam..
mau nyoba dapet HP gratis? ato mMP3 gratis? ato PS/OX gratis…??
Coba ini aja deh..ga rugi2 amat…ga ngeluarin duit juga, paling cuma listrik sama internet dikit..lumayan lah..namanya juga usaha..
SALAM BERKAWAND
makan dalam suasana hening dan sunyi?huhu...sedihnya...x sukanya mkn dalam suasana mcm tu...:-(
ReplyDeletemmg ada logiknye di sini hehe..
ReplyDeleteasma, sebab takde mood makan sorang2 tu yg makan sket. tu yg boleh berjaya kurus tu.tp merana sket la hehe
diet 0h diet..pnah try diet,tp silap teknik bdiet agaknye smpai dmam2..huhu..pape p0n inf0 sgt mbantu..
ReplyDeletemacam mana leh sampai demam2 tu? bahaya ni.. takut memudaratkan kesihatan. take care yek
ReplyDeleteKena try sebab rabia mmg tgh nak diet pun
ReplyDelete