Hatiku yang gundah..

Tadi adik aku beritahu perkabaran yg mengejutkan aku.. mak kena kencing manis. Rupa-rupanya kaki dia dah bengkak dan bernanah.. lebih kurang 3 minggu dah kaki dia sakit sampai skrg dah bengkak barulah adik aku berjaya bawak dia jumpa doktor. sebelum ni dia tak penah cerita pon yg kaki dia sakit. padahal aku selalu telefon tanya khabar dia.. mak aku ni mmg gitu. kalau sakit2 bukan nak bgtau sesiapa...

sebelum ni aku suspect dia ada something wrong gak sebab tetiba badan dia susut mendadak. puas aku pujuk nak bawak dia medical check up. tp sampai sudah dia tak nak ikut. sampai gaduh2 (gaduh2 manja laa..) dan dia pon siap bg warning kat aku macam2 haha.. punye lah dia takut dgn doctor.. mmg dari dulu lagi mak aku takut dgn doktor..

so, tadi result kencing manis dia 25.7. kalau yg normal tak boleh melebihi 6 shj kan. mmg tinggi sgt2 kan.. risau hati aku ni.. doktor ada bg satu ubat kencing manis (1 biji pil yg kecil) dan buat dressing kaki dia.. kalau dlm masa seminggu tak baik gak doktor suruh warded.. harap2 mak cepat sembuh dan kaki dia tak sakit lagi.. lebih membimbangkan aku skrg ni dia tgh demam huhu.. agaknye kesan infection tu...

kepada kengkawan sekalian, korang ada tak suggestion supplement yg baik utk pesakit diabetes? rasanya ni jenis no 2. pastu diet yg paling sesuai utk mak aku ni apa yek.. tq ye kengkawan. minta tolong doakan mak aku kembali sihat seperti dulu ye.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

28 Comments

Words of wisdom

  1. bawak2 besabo...dan banyakkan beroda mintak pertolongan daghi ALlah....dan bagi kate2 semangat pade mak mike yeee

    ReplyDelete
  2. Adda,
    Ingat x makcik kzu pun warded kan hari tu sebab kencing manis juga..
    tapi belum sampai 25 mcm mak adda.
    Alhamdulillah dia nya level dah ok. Bila "terlupa" je tu yang naik balik tapi masih paras ok ok lah. Tapi tang DARAH TINGGI tu blm ok lagi. Rasanya mak adda memang & HAVE TO jaga pemakanan. Pastu kaki tu kena kasi kering. lepas mandi memang kena lap. Ada susu untuk pesakit diebitis ni tapi rasanya mak adda sure tamau minum. Tang suppliment tu, xberapa pasti.
    Tabah ya Adda. All the best. Kim salam mak adda.

    ReplyDelete
  3. biasanya kalo diabetis ni pemakanan yang paling penting..memang kene jaga betul betul..

    selalu buat check up ngan doktor pun ok gak supaya sentiasa tau condition..

    supplement tu kalo sekarang ni memang banyak jenama..tapi aku nak syorkan, cuba yang berasaskan homopati atau herba..kesannya mungkin amik masa lama tapi insyaAllah dengan izin Allah lebih baik dari ubatan kimia..

    ReplyDelete
  4. harap2 mak mama pipie cpt sihat..sy nak bg suggestion pun sy xtau..maaf ye

    ReplyDelete
  5. banyak bersabar...pernah melalui nyer bila my dad ada kencing manis...tapi if pesakit boleh conrol & makan ubat..alhamdulillah...insyallah

    ReplyDelete
  6. abh yana pun kencing manis.. + drh tinggi + jntung skit..

    tapi abah slalu follow hos krjan tu ja..

    ReplyDelete
  7. MM xtau supplement or ubat utk kencing manis ni walopun ayah MM ada kencing manis. Cuma ayah slalu pesan suh makan 7 jenis ulam setiap hari utk cegah kencing manis. Hope auntie akan sembuh n kembali sehat.

    ReplyDelete
  8. uh kak..mmg dietary kne jaga kala kencing manis ni..macam pakcik sy mmg tak minum langsung air bergula..makan berpantang..alhamdulillah okay..kalau bab2 luka tu sy tengok majalah 3 (kalau tak silap) ubat guna ulat lalat tu..tp geli la kan..hmm

    ReplyDelete
  9. terima kasih ye. kakzu, susu tu mmg tak sedap ke? semalam suruh adik mms gambar kaki mak, mmg nampak teruk. dah bengkak n biru2 dah. lama dah mak sakit kaki tp dia tak bgtau kat anak2 dia pon. tgh berusaha ni cari ubat.. terima kasih ye atas da korang. serba sedikit sharing dr u ol dpt membantu.. tq alot

    ReplyDelete
  10. moga mak adda cpt ok....mama akak kena kencing manis gak ttp alhamdulillah dh brkurangan...mama akak minum jus delima kluaran zhfran..

    ReplyDelete
  11. banyak2 kan besabar ye..harap beliau cepat sembuh.. =)

    ReplyDelete
  12. ade try healin tak?!
    cubalah..
    insyaa Allah

    ReplyDelete
  13. harap mak akak cepat sembuh,,, waktu begini hati org tua mudah terasa.. byk2 bersabar

    ReplyDelete
  14. adak,
    aku nak share sikit pengalaman mak aku..mak aku kena admit wad thn 2009 kalau x salah..lepas tu menyusul lak abah aku..
    masa mak aku tu ada org sebelah katil dia suggest susu alpha lipid..mak aku kan dah kena stroke sebelah badan..alhamdulillah gi urut tambah pantang makan dgn minum susu tu nampak ada improvement..tp harga mmg mahal sgt rm150 setin kalau jd ahli..mak aku masih minum tapi tak ikut sangat sukatan dia(kalau ikut mau beribu abis kot)..abah aku pun minum..so far diorang maintain lagi..x leh kata sihat sangat la tp ok untuk tugas2 harian..

    org yg syor suruh mak aku minum tu kaki dia dah berkudis gak..alhamdulillah kudis dia leh baik..cuba la dak..aku rasa ramai org jd ahli skrg ni..sebagai anak kita cuba je usaha mana yg mampu..

    ReplyDelete
  15. kesian mak mama pipie..
    semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  16. suami makcik sy kencing manis.. mcm2 petua jgk dia cuba, last, cara tradisional, dia amalkn minum air rebusan daun pandan.. alhamdulillah, dia bagitau ader prubahan +ve..

    doakn mak mama cpt sembuh.. amin.

    ReplyDelete
  17. sbr ye....pesan kt mak jge mkn tau....mina doakan semuanya selamat

    ReplyDelete
  18. Salam mama pipie.

    Mak saya pun kena kencing manis juga tapi saya tidak tahu pula ubat apa yang dia pakai sebab dia susah hendak berkongsi dengan anak-anak.

    Apapun, semoga cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  19. thanks ye korang semua. terharu nye.. kaki mak bertambah teruk tu. tgh pujuk dia gi hospital.. ita, dulu2 ada mak aku try alpha lipid tp dia tak tahan laa.. air daun pandan boleh cuba gak ni.. senang..

    ada org kata bunga misai kucing pun bagus.. dibuat teh

    ReplyDelete
  20. salam, aku xda experience pasal kencing manis adda. apa2 supplement pun tak berani nk suggest sbb takde pgalaman terdekat. pgalaman mak sakit ada.tapi mmmg kena pujuk elok-elok makabah nih, takut nnti diorg terasa yg diorg menyusahkan kita ank2.klu takleh sgt,minta lah tolong sapa2 yg mak boleh terima pendapatnya utk ckp ngan mak...

    just my 2cent..

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah semalam aku dh slow talk dgn dia. nak juga dia gi hospital. tp maybe dlm masa 2 hari ni kot baru nk dtg sini.. syukur dia nk fight balik sakit ni. kalau tak sebelum ni mmg dia down sgt2. ayah aku pon ok. kalau tak dia pon susah gak tu

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah..good news tu. perkembangan yg baik. teruskan beri semangat padanya.jgn sesekali giveup okeh...

    ReplyDelete
  23. Wan tak pasti produk ni sesuai tak untuk pesakit kencing manis. Tapi wan baca testimoni ada juga pesakit kencing manis kronik yang gunakan produk AGEl, alhamdulillah skrg sakitnya kian sembuh. dgn izin allah taala. Cubalah Adda tanya wakil yg sesuai, bincang dulu pasal produk Agel ni. Wan baru bagi anak makan mula dari jumaat lepas. bayangkan, damai kena alahan sampai kaki terketar-ketar tak dapat berjalan dengan baik. bnyk infeksi kat celah peha. jadi ada gap kat situ yg kekal damia dr berjalan dgn baik. Hari jumaat tu, wan bagi Damia makan agel UMI, habis satu paket terus dia berlari! Wallahualam, tak pasti ada ke sebab Agel tu mampu tolong damia, tp wan rasa mmg Agel ni bnyk kebaikan. dah 5 hari wan bagi makan Agel, nmpk ketara juga eczema makin berkurangan. apa2 hal Adda konteklah wan ye. kalau nk diskus. tp wan pn blh citer dr pengalaman wan je la. sbb wan pn bukan agen Agel :) semoga mak adda segera sembuh, amin...

    ReplyDelete
  24. thanks ye wans n faiz.. nanti nk cari la pasal agel tu. tp buat masa ni ni nk medical dulu utk turunkan level diabetes dia. tq ye really appreaciate it

    ReplyDelete
  25. to adda,

    bila kaki mak dah bengkak, nanah, deman itu tanda yg kena ambik serius..

    1. kena ambik antibiotik utk lawan infection.. "tambah lg bila dah DEMAN".. lg bagus kalu masukkan kat hospital untuk masuk antibiotik melalui drip. "nanah"= not a very good sign

    2.bengkak - Cuba check kaki mak untuk cari punca bengkak. takut infection dalaman. mungkin mak terpijak benda tajam/ duri dan masih lagi didalam isi. tolong tanya mak betul2 utk agak punca bengkak. jarang kaki bengkak tanpa sebab jika hanya disebabkan ulcer disbetes. tambah lagi deria kaki pesakit diabetes tidak sensitif. mereka boleh terpijak dawai/benda tajam dan tertanam dalam isi tanpa disedari!! rawat dan cari punca tersebut terlebih dahulu.. usaha segala mana pun jika punca masalah tdk dirawat ia tdk akan membawa perubahan . sy x pasti keadaan kaki mak adda tp cuba check tapak kaki takut ada kesan luka terpijak duri lama (mungkin kulit luar sembuh tapi dalam bernanah=sbb kulit tapak kaki tebal)..

    3. turunkan kadar gula segera! , ulcer tidak akan sembuh / lambat sembuh jika kadar gula tetap tinggi.. takut jd gangren.. bila mula peringkat gangren ia akan merebak dgn cepat! jangan tinggal ubat doktor.. ikhtiar juga cara tradisional jika percaya.. minum air rebusan tumbuhan yg kelat. contoh.. i-daun ketum, ii-buah pinang muda iii-daun kemunting iv. daun jambu batu v.peria katak /jering arab/bitter gourd

    kalu boleh belilah alat pengukur gula dalam darah.. jenama bayer bagus

    4.usaha untuk sembuhkan luka
    pergilah ke klinik pakar kencing manis berdekatan jika ada.. doktor pengalaman/pakar tidak sama dengan doktor general practitioner biasa. luka pesakit kencing manis perlu penjagaan yg khusus.. contoh tisu yg mati perlu dibuang untuk menggalakkan tisu baru tumbuh

    5.supplemen
    macam macam supplemen yg didakwa ubat kencing manis kat pasaran skrg.ingat yg didakwa tidak semestinya elok malah takut bawa mudarat. contohnya jika supplemet tu boleh tingkat kadar gula=manis..
    supplemen hanya supplemen, ia tdk akan dapat ganti ubat kencing manis dr hospital. especially jika usia tua.. yg muda mungkin boleh reverse.. sy cadangkan suplement utk cepat sembuh luka.. i.e berasaskan gamat (healin ada jenis tertentu yg sesuai),belut,ikan haruan. Yg baik untuk kulit-berasakan sayuran (hati2 carrot adalah dr jenis ubi=karbohidrat).. kalu mahu cuba produk zhulian byoung (bukan untuk turun kadar gula tp untuk kulit/saraf/ detox/ revive system badan=jangka panjang) amalkan minum air rebusan akar kayu.. kalu utk reverse org kata produk 4life bagus.. tp utk org tua sy suspect sikit... tp nak makan takder masalah cuma tanya poket je lah anggap sebagai supplement.. masa sakit ni semua org nak offer product masing2 so kaji terlebih dahulu sebelum pilih

    berdasarkan pengalaman

    ReplyDelete
  26. terima kasih byk2 freeman atas segala info. mmg amat membantu sgt huhu terharu.. hanya allah shj dpt membalas.. esok mak akan masuk hospital kat ppum. nanti saya tanya apa punca sakit kt kaki dia tu.. thanks ye

    ReplyDelete
Previous Post Next Post