Menjaga privasi di ruang cyber

Jom kita baca info yg best ni.. camne kita nk jaga privasi kita. ye lah kan zaman skrg ni teknologi di depan mata.. jgn smpai privasi kita pon tergadai..

Etika Rangkaian Sosial
Semuanya umum
pastikan kamu tidak memasukkan segala maklumat di dalam laman web sosial kamu kerana apa yang dipaparkan akan menjadi terbuka kepada umum. Ketahuilah setelah kamu masukkan data peribadi ke dalam web, kamu pasti tidak dapat mengawalnya.

Seperti perjanjian
jika kamu menggunakan rangkaian social walaupun kamu cuba menjadi orang yang tiada nama (anonymous), kamu tetap dapat dikesan kerana kadang kala tanpa disedari kamu telah mendaftarkan maklumat tentang diri sendiri. Secara tidak langsung juga kamu terikat dengan sebarang perjanjian pengguna yang telah pun kamu persetujui.

Tak semuanya jujur dan benar
kamu mesti tahu bahawa tidak semua yang ada dalam Internet itu adalah benar dan betul. Mungkin juga ada yang meletakkan gambar orang lain dalam akaun Facebook mereka. Malah, ada juga yang sanggup menipu perihal diri sendiri semata-mata ingin mengaburi mata sesetengah pihak.

Tapis diri sendiri
pastikan apa yang ditaipkan dalam laman web itu tidak mengganggu gugat orang lain. Jangan sesekali taburkan fitnah atau lepaskan geram terus kepada individu tertentu. Ini untuk mengelakkan perkara-perkara salah faham berlaku. Berkiaslah jika perlu.

Tidak semua perlu tahu
kamu tidak perlu memasukkan segalanya ke dalam web. Pastikan maklumat yang kamu sampaikan itu sesuai untuk umum atau tidak. Jika ia merupakan maklumat dalaman kamu, jangan keluarkannya. Begitu juga dengan
maklumat sensitif yang perlu dirahsiakan.

Tip Menjaga Privasi
1 Simpan data peribadi kamu seperti e-mel, rekod ‘chatting’, gambar dan video dengan selamat. Gunakan kata kunci atau ‘password’ yang mempunyai kombinasi huruf dan nombor atau kamu mungkin juga mahu menguncinya dengan lebih selamat (dikenali sebagai encryption). Banyak perisian yang membolehkan kamu melakukan perkara ini, supaya kata laluan kamu tidak dapat dileraikan dengan begitu mudah.

2 Fikirkan beberapa kali sebelum meletakkan apa-apa gambar peribadi kamu di Internet. Gambar tersebut mungkin akan digunakan atau diubah oleh orang lain, tanpa persetujuan kamu. Banyak cara lain untuk kamu berkongsi gambar-gambar peribadi bersama keluarga dan rakan-rakan yang jauh.

3 Berseronoklah dengan teknologi. Belajar lebih banyak bagaimana laman-laman web yang kamu lawati itu berfungsi, siapakah orang yang bertanggungjawab untuk laman web tersebut supaya kamu tahu siapa yang perlu dihubungi jika mahu menghantarkan sebarang aduan. Lebih banyak yang kamu tahu tentang teknologi terkini, kamu mampu mengurangkan risiko pendedahan di Internet.

4 Paling penting sekali, kamu perlu bijak mengawal privasi antara diri kamu dengan keluarga, rakan-rakan, pasangan dan juga majikan kamu. Berbicaralah secara terbuka dan pastikan mereka memahami hak kamu untuk mengekalkan privasi. Mempercayai dan menghormati hak masing-masing adalah kaedah terbaik untuk mengadakan komunikasi secara online!

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. ye, nak tulis pape pun, kena bertapis gak kan..mana tau incik boss jd stalker.. (>_<)

    ReplyDelete
  2. ndak tambah sikit....
    kite kena ade jugak ilmu2 teknologi yang baghu.....yang mane bulih menjage privasi kite disamping kite sendighi ambik langkah berjage...maksod nye...setiap ape yang kite dedahkan....jangan yang terlalu peghibadi

    ReplyDelete
  3. yep..self-censored... tu yang paling penting

    ReplyDelete
  4. info yg berguna..jgn letak semua dlm web

    ReplyDelete
  5. nice tips..privasi perlu diutamakan..

    ReplyDelete
  6. singgah baca tip2 privasi dan keselamatan ni, tq share

    ReplyDelete
  7. saya suka tips ini...amalakn yer..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post