Perihal ibu hamil lewat usia

Sekadar berkongsi apa yg aku dpt. semoga menjadi panduan kepada org yg memerlukan info ini..
gambar wardina yg lawa ni sekadar hiasan

SEKIRANYA ANDA HAMIL KETIKA USIA MENJANGKAU 35 TAHUN KE ATAS, ANDA BOLEH DIGOLONGKAN SEBAGAI IBU HAMIL BERISIKO. BANYAK KEMUNGKINAN BOLEH BERLAKU. OLEH YANG DEMIKIAN, UJIAN DAN PENGAWASAN KHUSUS PERLU DILAKUKAN SEPANJANG KEHAMILAN.

Salah satu ujian yang wajib ibu ambil adalah ujian amniocentesis. Ujian ini adalah untuk mengesan sebarang masalah atau kemungkinan berkaitan kelainan kromosom yang boleh berlaku pada janin. Proses amniocentesis melibatkan pengambilan sedikit contoh air ketuban dengan menggunakan jarum yang ditusuk pada perut ibu. Biasanya, ujian ini dilakukan pada usia kandungan mencapai usia 16 - 20 minggu.

Kelainan kromosom ni akibat daripada telur ibu yang semakin tua . Jadi, anak yang bakal dilahirkan akan mengalami masalah Sindrom Down. Walau bagaimanapun, ibu hamil yang di bawah usia 35 tahun tidak perlu menjalankan ujian ini. Tetapi, sekiranya anda ingin memastikan kesihatan bayi, tiada halangan untuk melakukan ujian tersebut. 


Anda yang hamil pada usia lanjut ini perlu mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor setiap bulan sehingga ke hujung minggu kehamilan. Sebaiknya, rawatan tersebut dilakukan oleh hanya seorang doktor pakar di mana-mana hospital. Hal ini untuk memastikan doktor yang akan menyambut bayi tahu tentang sejarah kesihatan anda sepanjang kehamilan. Oleh yang demikian, kerjanya nanti akan lebih mudah dan bersedia dengan apa jua kemungkinan yang boleh berlaku.

Selain itu, ibu hamil lewat usia mungkin juga mengalami masalah kegagalan janin berada di tempat yang sepatutnya. Jadi, masalah seperti songsang dan sebagainya akan berlaku. 

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. saya mengandung anak ke6 umur 37 thn.mmg tak sama ketika mengandung masa muda2 dulu,bdn cepat letih dan bby tidak berada ditempat yg sepatutnya itu mungkin juga sbb mengandung kali ni bby saya sonsang,mungkin ruang didlm rahim dah byk jadi sesuka hati bby aje nak ddk kat mana...

    ReplyDelete
  2. memang ada risiko mengandung di lewat usia .. itu kajian sains lah .. bagi kita manusia biasa .. semua atas usaha dan kehendak .. allah memberi bila kita ada usaha ke arah itu .. jika kita x menghendakkannya ia x akan terjadi melainkan sudah ketentuan illahi ..

    jadi dlm apa jua keadaan usaha itu penting , x kira usaha utk mengekangkannya atau memperolehinya .. :))

    ReplyDelete
  3. saya skrg dh 27 baru mengandung ank sulung.mintak2 sempat dapat anak lagi sebelum 35.amin

    ReplyDelete
  4. masa muda nie adda, cpt2 tambah anak...akak last pregnant masa umo 32 thn.....

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. mak sy mengandungkan adk sy yg bongsu masa umo 42..:)

    ReplyDelete
  7. hui rasa nak cukupkan anak 6 sebelum 35 hehee tapi tk sempat ler

    ReplyDelete
  8. setuju dgn kak ieda.. semuanya takdir tuhan skrg pn ramai yg ngandung lewat usia tp alhamdulillah..

    kak nza, saya umur 32 skrg tp menten je sorang lagi huhu..

    bee,, wah nak cukupkan 6? cepat2 sebelum terlambat hihi

    ReplyDelete
  9. hehe takutnyer..mummy pun dah cecah 30..anak baru sorang..masa deliver bb ritu oprate..kn tunggu 3thun..uih..mcm mana nak kumpul byk2..

    ReplyDelete
  10. aduhaiii.. saya pun 32 tahun. anak baya mama pipie la.... tapi, nk tunggu lagi setahun at least. tunggu my boy besar :)

    ReplyDelete
  11. Mohd Nazari & Masninah, awat taku ar? ni sekadar berkongsi info ajer. harap bermanfaat

    atiey, sama la kite leh jadik geng hehe.. tp sebenarnye takyah tunggu 3 tahun. 2 tahun pn dah ok..

    nelly, belum lg apatu?

    anak selera4u sebaya syafi ke? wah leh la mainsama2 nanti.. good luck ye semoga cepat2 dptkan dia adik

    ReplyDelete
  12. Info yang menarik
    Penjimatan untuk bakal-bakal ibu
    http://sweetlunashop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. tu yg aku nak stop production bila dah sampai 35 tu...cam seram je kan...

    ReplyDelete
  14. ita, sure ke ko nk stop production? tp manatau rezki ada lg sure kena terima gak kan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post