KIsah wartawan non muslim yang merasai nikmat menutup aurat

Sungguh, jika Allah yang Maha Pengasih ingin memberi hidayah kepada hamba-Nya, pasti terdapat 1000 satu cara dia memandu hati seseorang ke arah itu. Kisah seorang wartawan sebuah akhbar di luar negara ini benar-benar menyentuh perasaan. Dia mula berasa senang dan beranggapan positif tentang Islam setelah menyamar sebagai Muslim dan merasai pengalaman yang cukup bermakna itu.


Suatu hari, Kuokkanen mengenakan pakaian abaya hitam yang menutupi seluruh tubuhnya. Malah dia mengenakan penutup wajah seperti pakaian wanita Islam Arab. Dia sengaja menyamar menjadi perempuan Muslim kerana ingin merasakan sendiri bagaimana rasanya mengenakan busana muslim lengkap di tengah masyarakat Finlandia yang masih asing dengan agama Islam dan bagaimana rasanya ditatap dengan pandangan aneh dan takut dari orang-orang disekitarnya.

Namun, pengalaman yang dirasai benar-benar berbeza dari tanggapannya. Pada situasi pertama ketika dia terlanggar seorang lelaki, lelaki tersebut membuat gerakan tangan meminta maaf secara acuh tak acuh sahaja. Tetapi, setelah lelaki tersebut menoleh dan melihat Kuokkanen yang berpakaian begitu, dia membongkok sedikit lalu memohon maaf sekali lagi dengan penuh rasa hormat.

Manakala, ketika berjalan-jalan, wanita-wanita Muslim mengucapkan ‘Assalamualaikum’ kepadanya. Ketika itu dia tidak mengerti apa erti ucapan itu, sampai dia akhirnya tahu bahawa ucapan itu adalah berupa doa kesejahteraan dan keselamatan. Betapa dirinya rasa sungguh damai diberi ucapan begitu. Selama perjalanan, wartawan itu merenung pengalamannya sepanjang hari, atas reaksi setiap orang terhadap abaya dan purdah yang dikenakannya.

Dia mula merasakan sendiri bahawa menutup aurat dengan berpakaian sebegitu tidaklah seburuk yang orang lain fikirkan. Dia pun tanpa ragu menegaskan pemakaian yang disuruh dalam Islam adalah "sama sekali tidak buruk. Jika anda memakainya, anda akan merasakan kedamaian”. Jadi, kenapakah kita sebagai orang Islam sendiri tidak ingin merasai indahnya menutup aurat? Moga hidayah datang menyinari hati kita yang masih tertutup. Aminn

Sumber: ILuvIslam

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

6 Comments

Words of wisdom

  1. org islam ni dah malu nk pkai tutup2 takut kata kunolh...kmpg lh...pdhal menutup itu wajib...
    budaya barat dah menapak dlm dada...

    ReplyDelete
  2. setuju tu atiey.. kekadang tu sebab nk ikut trend terkini le kononnye yg dedah sana sini

    ReplyDelete
  3. gud entry..arap ade yg tersentuh hati bila bace entry ni =)

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya Malaysia sebagai negara islam mewajibkan rakyatnya yg beragama islam memakai tudung atau menutup aurat sepertimana yang dituntut Islam.

    ReplyDelete
  5. thanks ye sudi support. harap2 dpt le memberikan sesuatu yg baik kpd semua

    ReplyDelete
Previous Post Next Post