Tips Menjaga Iman

Tips ni sgt bagu. untuk peringatan kpd diri aku jugak ni..



Antara cara bagi menjaga iman kita ialah..

1. Bangun malam hari untuk berqiamullail.
Berwuduklahlah dan solatlah di malam hari sendirian. Umar al-Khattab selalu meminta disediakan secawan air di sebelah tempatnya tidur. Sekiranya terbangun, tangannya dibasahinya dan diusapkannya ke wajahnya untuk terus bangkit berwuduk dan melakukan solat.

2. Membaca al-Quran
 Bacalahlah al-Quran perlahanlahan di malam hari ketika bersendirian. Bacalah terjemahannya, resapi maknanya kerana itu disampaikan khusus Allah kepada anda.

3. Membangunkan orang lain
Sebelum subuh, bangunkan anggota keluarga anda yang lain dengan lemah lembut untuk melakukan hal yang sama dengan anda.

4. Melakukan solat subuh berjemaah
Bagi lelaki, solat subuh di masjid yang berhampiran. Rasulullah pernah berpesan bahawa bagi orang munafiq, solat berjemaah di masjid yang paling berat adalah Isyak dan Subuh. Ada sahaja alasan untuk  menghindarinya.

5. Baca ayat al-Quran dan hadis
Pilihlah salah satu ayat al-Qurean dan satu hadis Rasulullah kepada orang-orang di rumah anda sebagai hadiah pertama di pagi hari. Jadikan ayat dan hadis itu bahan perbualan
pertama anda sebelum berbincang tentang hal lain.

6. Membaca sirah nabi
- Usahakan untuk membaca satu atau dua halaman sirah Rasulullah di pagi hari untuk menambah kecintaan dan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW yang namanya kita sebut dalam syahadat keIslaman kita.

7. Bertawakkal hanya kepada Allah
- Jangan lewati pintu rumah untuk berangkat bekerja atau menuntut ilmu atau urusan lainnya sebelum bertawakkal hanya kepada Allah dalam segala hal.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. tips yang berguna untuk apik..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..good sharing :) smga kt menjadi org yg beriman...

    ReplyDelete
  3. no 1 tu amat payah nak buat kan adda? bagi aku la... zaman sekolah dulu senang je... bila dah banyak komitmen kita makin lupa komitmen pada yang Satu...

    ReplyDelete
  4. mampir dulu kesini....ada lagu untuk ariel peterpan di youtube..

    http://www.youtube.com/watch?v=oha5NP6lY0c

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas tips tu, tapi ayie masih boleh melkukannnya.. ya-Allah permudahkan aku untuk melkukannya.. sesungguhnya hambab ini sellu lalai

    ReplyDelete
Previous Post Next Post