Kepada sesiapa yg berdiet atau ingin menurunkan berat badan, jom kita baca artikel ini. Serba sedikit boleh membantu dalam menambahkan ilmu pengetahun gak kan..
7 mitos makanan yang mengagalkan diet
1
Minyak zaitun boleh diguna sesuka hatiMenurut kajian, minyak zaitun adalah sejenis makanan yang baik untuk kesihatan jantung yang dipercayai mampu mengurangi risiko penyakit jantung. Namun minyak zaitun mengandung 120 kalori iaitu jumlah yang sama dengan kalori yang terdapat pada kacang dan minyak kelapa.
2
Makanan segera perlu dijauhiKebanyakan mereka yang sedang berdiet menjauhi pizza dan kerepek kentang dengan alasan ingin menjalani gaya hidup sehat. Tetapi menurut Dawn Jackson Blatner, pakar diet dari American Dietetic menjelaskan boleh ambil makanan segera asalkan dalam kuantiti kecil.
3
Buah kering sama baiknya seperti buah segarBuah-buahan kering memang antara sumber serat yang baik, tetapi buah ini juga memiliki kandungan kalori yang tinggi. Jumlah kalori dalam buah-buahan kering mencapai lapan kali ganda dari kalori yang terkandung dalam buah-buahan segar.
4
Daging ayam dan ikan lebih baik daripada daging merahDaging merah selalu dikaitkan dengan masalah penghadaman membuatkan ramai yang beralih kepada ayam atau ikan. Tapi tahukah anda, daging merah boleh disaji secara lebih sihat dengan potongan tidak berlemak dan dimasak secara
baik adalah pilihan yang lebih sihat dibandingkan dengan ikan atau ayam yang dilumuri sos kaya lemak seperti mayonis.
5
Salad menu terbaik untuk dietSecara umum, salad sebenarnya menu makanan yang baik untuk diet. Perkara ini dinyatakan Matt Goulding, editor makanan dan nutrisi majalah Men’s Health sekaligus salah satu penulis buku Eat This, Not That! Namun, pelbagai restoran sering kali menyajikan salad dengan tambahan topping berupa krim berlemak, mee kering, atau potongan daging merah untuk memberikan rasa enak. Akibatnya, salad yang semestinya menjadi hidangan sehat berubah menjadi bom kalori.
6
Buah dan sayuran beku tidak sebaik produk segarBuah dan sayuran segar memang baik untuk diet, namun tidak bererti buah dan sayuran yang telah dibekukan buruk untuk
kesihatan. Ini kerana menurut Deanna Hoelscher, pengarah Michael & Susan Dell Center for the Advancement of Healthy Living sekaligus professor di University of Texas, Austin, School of Public Health menyatakan buah dan sayuran beku memiliki kandungan nutrisi yang sama dengan produk segar. Jadi, jangan takut membeli buah dan sayuran beku yang berada di pasar raya kerana kualitinya yang sama.
Tags
health
baru tahu psl minyak zaiton tu..dan lain2 tu,,mmg good sharing la mama..byk benda bru, yg yuyu x thu sblm ni
ReplyDeletegud info lah mama... thanxx yar...
ReplyDeletengeh3... bagus info ni. tapi, salah satu juga yang gagalkan diet ialah, hangat2 tahi ayam. macam saya ni.... uhhuuu
ReplyDeleteyes setuju dik .. bahaya kan .. huhu dugaan besar bagi mereka2 yg nak diet .. dgn pemakanan skrg yg caca merba huhuhu
ReplyDeletekatanya 7 mitos tapi ada cuma 6 saja...apa mitos yg ke7 tu? hehe
ReplyDeletenice..
ReplyDeletebagus tips mcm nih , boleh makan semua tapi bersederhana
ReplyDeletehi mama pipie. visiting here.. ki$$$ing you now.
ReplyDelete