Tantrum, Apa yang perlu dibuat jika anak buat perangai?

Ini adalah kesinambungan dari entry aku yg sebelum ini.. Sebelum ni aku cerita ttg tantrum aje kan.. kali ni aku cerita ttg bagaimana nak handle anak yg buat perangain ni plak ye.. ni nota utk aku gak ni.. syafi kuat ngamuk skrg ni huhu...

Tip berdepan dengan anak yang suka ‘buat perangai’:

Usah endahkan perangainya ketika itu dan elakkan ‘eye contact’
Jika anak anda sedang mengamuk, elakkan ‘eye contact’ dan anda tidak perlu memujuknya kerana ia akan menyebabkannya lebih agresif. Sebaliknya, bawalah anak anda ke lokasi yang selesa atau bilik dan biarkan seketika hingga dia boleh didekati dan lebih tenteram. Apabila dia mula mereda, barulah berikannya perhatian sewajarnya. Hasilnya, dia mungkin terdorong untuk menamatkan tantrum nya atau mengurangkan ketegangan apabila melihat kelakuan anda yang tidak mempedulikannya apabila dia meragam ,menangis, menjerit dan sebagainya.

Alihkan anak daripada situasi itu jika perlu
Bagi tantrum yang sederhana, anda mungkin mahu menarik atau mengubah fokus anak-anak kepada perkara yang lain. Contohnya jika dia ingin memegang telefon , cubalah alihkan minatnya kepada telefon mainan atau buku cerita. Semua anak-anak ingin disukai dan disayangi oleh kedua ibu bapanya. Jadi berikan ruang untuk memuji anak anda apabila dia melakukan perkara yang baik. Hal ini pasti menyukakan hati anak anda dan mendorongnya untuk berkelakuan baik. Lain pula halnya jika tantrum itu berlaku di tempat awam. Anda perlu pendekatan yang konsisten bila di rumah jadi anda boleh mengamalkan pendekatan yang sama bila di tempat awam.

Jangan mengalah
Kebanyakan pakar psikologi kanak-kanak bersetuju jangan sekali-kali mengalah dengan tuntutan anak dengan tantrum kerana itu akan menimbulkan senario di mana anak anda akan menganggap tantrum adalah cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu.

Sabar dan banyak berdoa
Doa dan zikir untuk anak-anak sangat penting agar jiwanya menjadi bersih dan hatinya sentiasa tenang. Perlu diingat bahawa tiada ibu bapa yang sempurna dan kemahiran keibubapaan itu sendiri adalah satu proses pembelajaran buat anda dan si kecil.

Pastikan waktu dan peruntukkan masa untuk bermain dan berkomunikasi dengannya
Contohnya jika anda membawa anak anda berjalan –jalan atau sedang sibuk dengan sebarang aktiviti sekali pun jangan sampai terlupa si kecil anda perlukan layanan anda, jangan dibiarkan anak kebosanan. Waktu yang anda luangkan untuk bersamanya itu boleh mengeratkan hubungan ibu dan anak yang lebih mantap lagi.

Wujudkan garis panduan dan bimbingan yang jelas dan konsisten terhadap anak
Adalah perlu ibu bapa memberi bimbingan untuk diikuti oleh anak-anak agar dapar meluahkan emosi secara terkawal..

Layani anak anda sewajarnya dan hormati perasaannya
Apabila anak anda ingin meluahkan perasaan dan emosinya, cuba berusaha untuk memahami mesejnya. Anak-anak akan lebih mudah mendengar kata dan mematuhi kita jika mereka terasa diri didengari sentiasa oleh anda.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. good info..eisya skrg pun dah pandai wat perangai...

    ReplyDelete
  2. bagus ni... blh praktik lpas ni... thanks

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Darwish tak banyak sangat dah tantrum...tapi at most time, noy tinggalkan jer kalau he got his bad days

    ReplyDelete
  4. betul le..kalo dia 'tantrum' tu kena jgn layan sgt..sbb hazim kalo kita layan, makin dia 'tantrum'..kita kena pandai alih dia ke hal lain..bg dia lupa hal sebelumnya...nak bagi 'cool' skit...

    ReplyDelete
  5. timekasih share info.. kalau anak setahun sebulan mcmmane ye? stat die taksihat nangis2 menjerit lepas cucuk setahun, sekarang die dah sihat die terus kekal menjerit menangis. saya takut die dah terbiasa dgn sifat baru ni. sebelum ni die jarang nangis menjerit2 ni..

    ReplyDelete
  6. good info..minta izin utk copy and sharing..:-)..btw, jemput singgah ke blog saya..tq..:-)

    ReplyDelete
  7. saya tak kahwin lagi tapi memang info yang sangat menarik..thanx sebab sudi share..

    jemput join segmen simple saya..


    SEGMEN SIMPLE: MENU AKU MASA BERDUIT DAN MASA TAK BERDUIT (SENGKEK)..

    ReplyDelete
  8. bagus info tu, boleh jadi panduan ibu2...

    ReplyDelete
  9. aku suka no 1 pasal aku selalu buat... hahaha... aku bukan setakat malas nak layan kerenah anak je... semua pun aku malas.. hehe..

    ReplyDelete
  10. nice info... boleh ataicha pratikkan kat anak ataicha HAZIQ NAUFAL nanti.. sekarang ni baru 2 bulan..

    ReplyDelete
  11. wahhh..mmg bagus info ni, thanks mama..

    ReplyDelete
  12. setiap ibu bapa inginkan didikan yg trbaik utk anak2....

    ReplyDelete
  13. Info yang menarik, tak sabar mcm ni nak jadi bapa.. :)

    ReplyDelete
  14. syafi last 2-3 weeks kuat buat perangai sebab dia xde kawan. masa tu cousin dia balik kg seminggu

    mama aimn, rasanya aiman dh terbawa2 masa dia kena cucuk.. kena wat something ni takut terbawa2 sampai dh besar. cubalah tips kt atas ni

    ReplyDelete
  15. kadang-kadang kita rasa dah sedia untuk menghadapi kerenah anak-anak. Tetapi mereka lagi bersedia untuk mengejutkan kita dengan seribu satu kerenah.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Dalam kerenah mereka ia adalah terapi dalam kehidupan kita. Ia membuat kita tersenyum dan adakalanya buat kita hilang sabar. Hati dan Akal Fikiran yang menentukan tindakan kita untuk menanganinya dengan cara terbaik ....

    ReplyDelete
  18. Yaya ni kalau dah tantrum bersabo je la byk byk

    ReplyDelete
Previous Post Next Post