Tips bagi yang mempunyai anak yg bersekolah

Gambo ihsan google eh..

Haha tergelak aku dari semalam duk baca komen korang ttg ketiak, terus terang aku pon rasa seriau gak hehe.. tp kalau berani cubalah haha.. tp kalau ketiak terbako akak tak jamin eh.. nanti petua kurangkan gelap di kawasan bawah lengan tu aku akan try cari eh..

Ok, nak share info yg best ni.. Bagus tau tips ni.. wpun Syafi belum bersekolah tp aku tepek kat sini utk ingatan buat aku.. nanti bila pipie dh bersekolah bolehlah aku baca balik tips ni.. paling cepat pn maybe nx year aku hantar dia gi nursery.. tgk lah dia camne.. Tips ini mungkin dapat membantu anak-anak berada dalam keadaan selamat dan selesa di sekolah. Boleh jugak mengelakkan daripada anak ditimpa masalah dan pandai bawa diri sendiri. Jom baca;

1 Bertanggungjawab
Latih anak bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri seperti beg sekolah, buku teks, alat tulis, buku tulis dan sebagainya. Latih sedari mula maksudnya bermula dari rumah. Dari situ, mereka bakal menjaga harta benda mereka sebaik-baiknya walau di mana sahaja mereka berada.

2 Beri peluang
Beri peluang pada anak anda untuk menjalin hubungan baik bukan sahaja dengan ahli keluarga tetapi termasuklah saudara mara dan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul di sekolah. Biarkan dia bercampur agar dia tidak kekok apabila bergaul dengan teman sedarjah.

3 Gunakan bahasa yang sempurna
Penggunaan bahasa yang sempurna dapat membantu anak-anak di sekolah. Oleh itu, gunakan bahasa yang sempurna di rumah kerana penguasaan sesuatu bahasa dengan baik dapat membantu meningkatkan kefahaman anak di sekolah juga.

4 Cara berpakaian
Asuh anak tentang kemahiran berpakaian khususnya apabila bertukar pakaian untuk latihan jasmani serta cara melipat dan menyimpan pakaian di tempat selamat. Mungkin ramai beranggapan ini merupakan perkara yang remeh tetapi jika tidak diasuh sejak awal, mungkin tidak semua anak mengetahuinya.

5 Latih guna tandas
Latih anak menggunakan tandas secara betul seperti menanggalkan pakaian dan memakai semula serta amalan mencuci tangan selepas ke tandas. Selain itu, beritahu mereka sebelum ke tandas mereka perlu mendapat keizinan daripada guru.

6 Guna telefon
Selain memberi tunjuk ajar tentang cara-cara menggunakan telefon awam, bekalkan anak-anak dengan nombor telefon yang betul dan minta mereka hafal beberapa nombor seperti rumah, pejabat atau telefon bimbit anda. Jelaskan waktu yang sepatutnya mereka menghubungi ibu, bapa terutamanya ketika berlaku kecemasan.

7 Perkenalkan nilai wang
Tidak dinafikan, golongan dewasa mungkin tidak berhadapan dengan masalah dalam soal berbelanja. Sebaliknya bagi kanak-kanak, mereka mungkin akan terkeliru dengan nilai dan jumlah wang saku yang diberikan. Oleh hal demikian, perkenalkan anak anda dengan nilai wang. Seterusnya, terangkan berapa
banyak yang patut diberi apabila membeli makanan di kantin sekolah umumnya.

Sambil-sambil tu meh klik tawaran menarik ni:-

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

6 Comments

Words of wisdom

  1. mcam mana ni xda anak lagi hee
    anak sedara ada la . sgt setuju dengna semua tips tu :)

    ReplyDelete
  2. time drjh 1, mak sye x ajar pun smua tuh, tp bgus jgk tips ni.. ngehngeh ^^

    ReplyDelete
  3. yg 1st tu sgt susah... kena pulak ada kawan2 yg kuat menyapu barang org lain.. hari ni pemadam hilang.. esok pensel hilang.. lusa kaler hilang... tulis nama sudah.. ajar dia jaga sudah juga... tp x jalan gak siap boleh bagitau sapa yg ambik lg.. hahaha.. cmne tu..?

    ReplyDelete
  4. tip yg baik utk kaum ibu..mmg prkara biasa kt sk cikgu2 n tukang sapu dpt kumpul, selonggok pensil, pemandam, pembaris, stokin setiap hari...songkok n sapu tngan pn boleh tinggal bersepah2..alahai anak2...

    ReplyDelete
  5. ish, ank xde lg..tp tips ni ade gak yg blh apply kat 'ank2' yg rmai kat sekolah tu... :)

    ReplyDelete
  6. blm kawen lg
    tersesat td komen kat entri lain

    ReplyDelete
Previous Post Next Post