Kegemukan... Bagaimana Untuk Mengatasi?

gambo tu aku amik masa raya tahun2 lepas.. ee sedapnye..

Di musim raya cam sekarang ni, byk open house dan makanan2 yg sedap dihidangkan. Pulak tu makanan plak jenis yg bersantan dan berlemak kan.. bahaya tu you.. So, bagi sesiapa yg ingin menjaga bentuk badan supaya tak gemuk tu agak susah lah sket kan.. takut karang masa bulan posa elok je turun 3 kg tp bila dah raya ni naik plak 5 kg. tak ke haru tu? Tapi kat bawah ni ada cara mudah untuk tampil langsing dan mengelakkan kegemukan di musim perayaan ni. Cubalah tips-tips ini;

1) Tidak mengambil langsung atau elakkan daripada mengambil makanan ringan terutamanya makanan bertepung atau mengandungi gula tinggi. Makan setiap tiga jam tapi kenalah menjaga keseimbangan jumlah kalori.

2) Hadkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi, kentang, ubi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ini bukan bererti langsung tidak boleh mengambil makanan yang berkarbohidrat. Ini kerana badan memerlukan tenaga daripada karbohidrat untuk proses metabolisme dalam badan.

3) Kurangkan makanan daripada sumber protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging.

4) Sentiasa berdisiplin dalam mengatur pola pemakanan dan senaman. Masukkan menu makanan berserat seperti sayuran dan buah-buahan. Dengan mengambil sayuran, ia membuatkan cepat kenyang dan rendah kalori.

5) Amalkan makan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti betik, belimbing, jambu, epal terutamanya sebelum waktu makan.

6) Kurangkan mengambil buah-buahan yang manis seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Ini kerana buah-buahan ini mengandungi banyak fruktosa yang akan menjadi glukosa dalam darah.

7) Untuk mengurangkan rasa lapar, banyakkan minum air putih. Elakkan minum air manis. Mintalah air kosong dari tuan rumah ye.

8) Luangkan masa selama ½ -1 jam untuk melakukan senaman terutamanya regangan. Ini membantu untuk mendapatkan berat badan yang ideal, badan sentiasa sihat dan segar.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. bab ni memang saya suka baca ..insyallah lah hehehe

    ReplyDelete
  2. bagus info ni..mmg tera berat dah naik je raya ni..waaa

    ReplyDelete
  3. diriku mmg suka baca bab2 kesihatan xspecially tang kurus. beli majalah rapi bertingkat2 tp xpernah nak ikut hehehe

    ReplyDelete
  4. hehe hari raya 1st memang sy xde diet dah!

    ReplyDelete
  5. info yang sangat berguna terutama musim raya nih. Masaalahnya...dah tahu tapi nak amal sangat susah. Kita berperang dengan nak elak makan berlebihan manakala di Somalia pula krisis tiada makanan. Insaf rasanya bila kenang mereka yang tak bernasib baik. Hanya Allah yang tahu hikmah di sebaliknya. Mereka dah tak teruk dihisab kelak manakala kita yang mewah dan selang lenang,tentu banyak yang nak kena hisab. semoga Allah ampun dosa kita semua.Marilah sama-sama menderma buat somalia. Jom ke blog saya pula dan komen untuk ukhwah sesama kita

    ReplyDelete
  6. yakin boleh! kalau nak seribu daya, 20 juta tujahan pasti boleh berlaku!

    mmg betul. jaga pemakanan, jaga diet. itu paling penting.

    gua tak tipu. tinggi saya 164cm, berat saya 40kg.

    sebelum puasa, berat saya 39kg. prak prak. sebab, saya rajin bersenam dan jaga makan! ayohhh!

    ReplyDelete
  7. memang susah tul le na turun kan badan ni.....

    ReplyDelete
  8. bab nie mmg suka bace....info yg bagus...

    ReplyDelete
  9. artikel yang menarik.. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post