Posisi Imam dan Makmum semasa Solat Jemaah & Kesalahan yg sering dilakukan

Klik gambar tu utk tumbesaran yg sihat.
Aku dapat maklumat ni menerusi email dari member.. so, rasa nak share2 dgn u ol semua.. tapi sebelum2 tu aku nak ucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA utk semua. Syoknye esok cuti. Tapi hari sabtu aku kena kembali bekerja spt biasa huhu.. selamat bercuti ye semua..

KESALAHAN MAKMUM SEMASA MELAKUKAN SOLAT JEMAAH
1. Tidak bersegera menempati saf pertama bagi orang yang datang lebih dahuluSebahagian orang datang cepat ke masjid dan melihat banyak tempat yang masih kosong di saf pertama, tetapi lebih suka di duduk saf belakang , ada yang sengaja duduk saf belakang agar boleh bersandar pada tiang atau dinding masjid. Semua ini menyalahi perintah Nabi SAW agar bersegera menempatkan di saf pertama.

Rasulullah SAW bersabda:
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا
"Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkan kecuali dengan diundi, niscaya mereka melakukannya"(HR. Bukhari dari Abu Hurairah RA )


Dan Rasulullah SAW menegur orang yang sengaja bahkan bersenang lenang di saf belakang/akhir.
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى فِي أَصْحَابِهِ تَأَخُّرًا فَقَالَ لَهُمْ تَقَدَّمُوا فَأْتَمُّوا بِي وَلْيَأْتَمَّ بِكُمْ مَنْ بَعْدَكُمْ لَا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأَخَّرُونَ حَتَّى يُؤَخِّرَهُمُ اللَّهُ
Rasulullah SAW melihat ada yang mengambil saf belakang. Maka Nabi SAW bersabda: majulah kalian dan ikutilah aku, dan hendaklah yang setelah kalian mengikuti kalian. Kaum yang senantiasa mengambil saf akhir akan diakhirkan Ta'ala dari rahmat-Nya. (HR. Muslim dari Abu Sa'id al Khudriy)


2. Tidak menegakkan (meluruskan dan merapatkan) shof sholat berjama'ahMenegakkan saf adalah hal yang sangat penting atas dasar prinsip  dalam solat berjamaah.

Sabda Rasulullah SAW :
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ
"Luruskanlah Saf-saf kalian, sesungguhnya meluruskan shaf adalah termasuk menegakkan solat"

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Semoga lebih banyak yang tahu ilmu seperti ini sehingga banyak yang mengamalkannya aamiin

    ReplyDelete
  2. tq atas infonya.sharing is caring..:)

    ReplyDelete
  3. kekdahnya baca juga ni .. memang bagus mama pipie .. mcm mana mama masukkan tulisan jawi tu ?

    ReplyDelete
  4. thanks kak...

    tp kan...org Malaysia mmg xske bhimpit masa solat...

    i mean masa rapat saf la...
    kdg2 nmpk sgt renggangnya..

    klu Muslim kat amerika..
    rapat btol2 saf dye...huhu

    ReplyDelete
  5. jgn marah ya ..sy copy pic tu buat rujukan..terima kaseh sharing

    ReplyDelete
  6. wahh TQ mama pipie sbb share info nih :)

    ReplyDelete
  7. tima kaseh ye . choki pom copy gambo ye . nice sharing :)

    ReplyDelete
  8. silalah ambil artikel ni. mama pon dpt dr email. tak rugi dipanjang2kan kan.. zul, mmg betul kata zul org mesia tak suka berhimpit2. takut panas agaknye

    ReplyDelete
  9. makasih artikelnya. sangat manfaat utk tip berjama'ah. salam musik.

    ReplyDelete
  10. seronok baca info dari entry ni..garapan yang bagus ..boleh jadi sumber rujukan untuk memantpkan lagi ilmu dalam solat

    ReplyDelete
  11. info yg bagus sekali ...

    ramai yg masih xambil endah

    ReplyDelete
  12. Salam.. mama pipie.. sya copy artikel ni yer.. tq :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post