Hihi gambo Syafi sebagai hiasan.. Aku dapat artikel ni daripada majalah. Tp tak brape pasti sgt majalah apa.. bagus utk jadi panduan diri sendiri ni. Sebab tu aku tepek di sini.. kalau nak cari senang.. Jom baca..
1 Buat peraturan
Buatlah beberapa peraturan kepada anak, membasuh kaki dan tangan bila pulang dari bermain, menggosok gigi sebelum tidur, meletakkan barang ke tempatnya semula. Peraturan sederhana seperti ini selain membuat anak-anak faham dan bersedia menjalankan arahan, ia juga dapat memupuk rasa tanggungjawab dan komitmen daripada anak.
2 Menepati janji adalah sebahagian daripada bentuk tanggungjawab dan komitmen seseorang.
Menjadi anak yang bertanggungjawab sejak dari kecil dan membuat komitmen jadi akan lebih mudah baginya untuk menepati janji. Berikan tugas ringan. Contohnya mengemas tempat tidur selepas bangun tidur atau membantu anda menyiapkan meja untuk makan. Anda boleh semai sikap ini sejak berusia tiga hingga empat tahun. Tugas tersebut secara tidak langsung mengembangkan rasa tanggungjawab. Ketika anak berjaya memenuhi tugasnya setiap hari, berilah hadiah berupa pujian dan pelukan.
3 Pemahaman agama dan juga secara logiknya.
Ceritakan beberapa contoh dalam kisah sirah nabi dan juga Rasulullah s.a.w bagaimana pentingnya seorang Islam itu memenuhi janjinya. Tentang dosa dan ganjarannya di sisi tuhan mereka yang memungkiri dan menepati janji. Gunakan juga pendekatan secara pemahaman logik, bagaimana mengengkari janji boleh membuatkan seseorang itu merasa kecewa dan marah. Jadikan anak anda atau orang yang dekat dengannya sebagai contoh.
Contohnya Mak Su berjanji akan membelikan ais krim jika anaknya membantu memberi makan arnab peliharaan, ternyata meskipun tugas sudah dilakukan tetapi ais krimnya tidak dibelikan. Lalu katakan kepada anak, adik mesti kecewakan kerana sudah terbayang-bayang menikmati ais krim. Pemahaman secara logic terbalik ini menempatkan si kecil sebagai ‘mangsa korban janji’ sehingga secara tidak langsung membuatkan dia memahami bagaimana perasaan orang yang dikecewakan.
4 Berkata sungguh-sungguh
Setiap perkataan yang diucapkan harus diucapkan secara bersungguh-sungguh. Menanamkan nilai itu kepada anak berkesan untuk membuatnya konsisten terhadap perkataannya. Contohnhya jika anak meminta untuk membelikan kek keju serta berjanji untuk menghabiskan semuanya. Ingatkannya bahawa makanan itu terlalu banyak untuk perutnya yang kecil. Jika ternyata dia tidak boleh menghabiskannya katakan anda sudah mengingatkannya namun dia berdegil.Untuk membantu anak anda menepati janji, beritahunya bagaimana kek yang tidak dihabis dimakan itu disimpan dalam peti sejuk untuk dimakan petang nanti. Bagi mengingat janj-janji yang diucapkan di rumah buatlah coretan kertas misalnya “janji amin”, “janji ibu”, “janji ayah” lalu tampalkan di bilik anak. Beri check list bila suatu janji itu telah dipenuhi.
5 Tunjukkan sikap tegas dan konsisten
Hari ini anda meminta si kecil menepati janjinya untuk mengemaskan mainan yang bersepah di lantai. Tetapi esoknya anda membiarkan sahaja apabila dia tidak melakukannya. Bahkan anda meminta pembantu rumah melakukannya. Silap tu! Tunjukkan sikap tegas dan konsisten jika inginkan anak anda konsisten menepati janjinya.Ini kerana anak anda masih berada di tahap belajar membiasakan diri untuk menepati janji. Jika anda membolehkannya mungkir janji dia akan mendapat pemahaman bahawa sesekali boleh tidak menepati janji.
Tags
Parenting
nice entry mama
ReplyDeletebila dh kawen dn dah ada anak nti, insyaAllah miss purple akan ikut panduan ni ;)
panduan yang sangat bijak, apalagi kalau orang tua memberi contoh dan teladan yang nyata bagi sang anak :)
ReplyDeleteBlogS of Hariyanto
setuju setuju :)
ReplyDeletebagus info ni.. cuma yg no 3 tu yg payah sikit nak buat... kena bagi contoh yg betul kalau tak nanti tak sampai maksud dia...
ReplyDeleteinsyaallah sedang praktikkan dan akan cuba mengekalkannya..:)
ReplyDelete