Hari ini ada Gerhana Bulan. Jom solat Sunat Gerhana

Kengkawan semua, seperti yang diketahui malam nanti ada fenomena gerhana bulan di awal malam. Petikan dari utusan Malaysia:
<![if !supportLists]>·         <![endif]>"Melalui paparan takwim pada petang Sabtu (10 Disember), bulan terbit di ufuk timur Kuala Terengganu pada pukul 6.44 petang, kira-kira 12 minit sebelum matahari terbenam.
<![if !supportLists]>·         <![endif]>Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.
<![if !supportLists]>·         <![endif]>Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.
<![if !supportLists]>·         <![endif]>"Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar," jelas kenyataan itu lagi.
<![if !supportLists]>·         <![endif]>Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.
<![if !supportLists]>·         <![endif]>"Ia menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi," jelas kenyataan itu lagi.
<![if !supportLists]>·         <![endif]>Menurut kenyataan itu, solat sunat gerhana bulan di negara ini boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.


Jangan lepaskan peluang utk solat sunat gerhana ye. Bukan selalu dpt solat sunat ni.. Ini adalah panduan mengerjakan solat sunat gerhana. Diambil dari website Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu:

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( ( مؤكدة

CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku' dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua
: Disebut dengan " أدنى الكمال " iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku' pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku' dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku' semula (dipanggil ruku' kedua). Apabila bangkit I'tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga
: Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa', dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku' yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku' yang kedua 80 ayat, ruku' ketiga 70 ayat dan ruku' yang keempat 50 ayat.

Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA
<![if !supportLists]>1.    <![endif]>Disunatkan mandi sebelum solat.
<![if !supportLists]>2.    <![endif]>Bilal Menyeru : ةعامجةصل
<![if !supportLists]>3.    <![endif]>Berdiri lurus mengadap kiblat.
<![if !supportLists]>4.    <![endif]>Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
            " Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala".
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
 " Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala".
<![if !supportLists]>5.    <![endif]>Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
<![if !supportLists]>6.    <![endif]>Ruku' serta tasbihnya dan qiam semula.
<![if !supportLists]>7.    <![endif]>Baca al-Fatihah dan Surah.
<![if !supportLists]>8.    <![endif]>Ruku', I'tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
<![if !supportLists]>9.    <![endif]>Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
<![if !supportLists]>10.  <![endif]>Baca al-Fatihah dan Surah.
<![if !supportLists]>11.  <![endif]>Ruku' berserta tasbihnya dan qiam semula.
<![if !supportLists]>12.  <![endif]>Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
<![if !supportLists]>13.  <![endif]>Kemudian ruku' I'tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
<![if !supportLists]>14.  <![endif]>Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).

INGATAN :
<![if !supportLists]>1.    <![endif]>Makmum yang tertinggal ruku' yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
<![if !supportLists]>2.    <![endif]>Maklumat lanjut sila ruju' kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
<![if !supportLists]>3.    <![endif]>Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring (جهر)
.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

3 Comments

Words of wisdom

  1. Terimakasih atas ingatan itu Mamapipie.

    ReplyDelete
  2. Thank you
    Hello, I visit and give your full support and please support me back. Thank you in advance.

    ReplyDelete
  3. have a niceday visit me and follow!! http://animexited.blogspot.com

    ReplyDelete
Previous Post Next Post