Natural Parenting - kembali kepada asas

Artikel ini diambil dari IluvIslam. Banyak faedahnya.. jom kita baca sama-sama.. kat atas tu plak selingan gambo syafi dari baby hingga 32 bulan.. ee geramnye tengok..

Bergelar ibu berkerjaya, mungkin masa bersama anak-anak agak terbatas. Semua perkara hendak dilakukan secara ekspres! Nasib baik ada kemudahan teknologi moden yang bantu mempercepatkan kerja membasuh, menggosok baju, membersihkan lantai, memasak dan sebagainya. Sementara sibuk dengan kerja rumah, kita galakkan anak-anak menonton yang kadangkala kita sendiri tidak peka dengan ‘isi’ program yang ditonton. Bila difikirkan, takkanlah soal didik anak juga kita perlu ekspres?

Jadi, bagi menyelesaikan situasi ini, kita harus kembali kepada asas iaitu natural parenting. Dengan cara ini kita akan dapat melihat dunia anak-anak dengan lebih luas dan kita akan lebih bertanggung jawab mengendalikan pembelajaran dan emosi mereka dengan lebih berkesan. Mungkin ramai yang bertanya, bagaimana hendak memulakannya? Apa yang perlu dibuat? Pada peringkat awal, mungkin agak sukar tetapi dengan tekad dan tindakan yang betul serta istiqamah, segala-galanya akan menjadi lebih mudah dan senang.

”Tidakkah seseorang di antara kamu merasa redha jika hamil dari benih suaminya dan suaminya bangga dengan kehamilannya, bahawa wanita tersebut mendapat pahala sama dengan (pahala) seorang prajurit yang berpuasa ketika berperang di jalan Allah? Bila wanita tersebut menderita sakit sewaktu melahirkan, betapa kegembiraan yang dirasakannya yang tak diketahui penghuni langit dan bumi dengan lahirnya buah hati.” (HR. Ibnu Atsir)

Dalam riwayat Thabarani dan ‘Ibnu Asakir ditambahkan, jika ia melahirkan, lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan tegukan mendapat satu pahala kerana ia berjaga sepanjang malam (karena melayani bayinya), ia mendapatkan pahala seperti pahala orang memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.

Antara asas natural parenting ialah

1 Menyusui anak sendiri
Sejak azali kita memang tahu perkara ini kerana ia asas yang harus diketahui oleh semua ibu di dunia ini. Tetapi hakikatnya, ramai yang memberi pelbagai alasan dan merasakan begitu sukar untuk menyusu secara eksklusif. Jangan berkata tidak mampu selagi anda tidak mencubanya dengan bersungguh-sungguh, jika tidak berjaya juga pasti ada jalan lain dengan mengikuti kursus laktasi, meminta khidmat nasihat sehinggalah disahkan anda benar-benar tidak boleh menghasilkan susu sendiri maka mungkin boleh menggunakan alternatif lain. Namun hanya sedikit peratus sahaja yang mengalami masalah ini kerana ibu lain biasanya tidak mempunyai ilmu yang cukup mengenai penyusuan susu ibu bukannya masalah fizikal. Jika mampu susuilah selama dua tahun, jika tidak mampu, enam bulan menyusu penuh tanpa tambahan susu formula adalah yang terbaik. Percayalah, anda mampu melakukannya.

2 Tidur bersama anak
Asas yang kedua ialah tempat seorang bayi adalah bersama ibunya bukan berada dalam baby coat sehingga mereka tertidur sendiri. Mungkin anda terlalu mengikut gaya moden barat yang mengatakan bayi harus dipisahkan sejak bayi agar mereka lebih berdikari sedangkan hakikatnya bayi harus berada dalam dakapan ibu bapa mereka sehinggalah umur yang sesuai untuk mereka berpisah tempat tidur. Mungkin mereka boleh mempunyai bilik tidur sendiri yang dipenuhi dengan mainan kesukaan mereka namun biarlah pada usia yang sesuai dan mereka sendiri telah bersedia untuk berdikari, mungkin tiga tahun ke atas adalah usia yang sesuai.

3 Air tangan ibu
Pernah atau tidak kita teringin masakan yang di masak oleh ibu hingga kita meronta-ronta untuk pulang ke kampung. Ini kerana air tangan ibu yang mengeratkan hubungan anak beranak, jadi sesibuk mana pun anda, luangkan sedikit masa untuk memasak, biar pun ringkas namun ini amat bermakna buat anak dan suami anda. Begitu juga dengan bayi selepas usia enam bulan, sediakan makanan yang dibuat sendiri bukan bijirin yang berupa makanan segera. Percayalah dengan sedikit penat lelah ia akan berbaloi kerana anak-anak akan mengingati anda sebagai seorang ibunya yang terbaik biar pun anda bukan lah tukang masak yang handal.

4 Anda adalah guru mereka
Ini bukanlah satu kerjaya tapi satu tanggungjawab, menjadi guru bukan harus duduk di meja, memerhatikan kerja si anak semata-mata, ianya boleh dilakukan bila-bila masa sebagai contoh pergi ke zoo, ajar anak tentang haiwan. Pergi ke pasar raya, ajar anak tentang barangan yang berada di sana. Apa sahaja aktiviti anda, libatkan anak-anak bersama agar mereka merasa khidmat diperlukan dan dengan ini hubungan anda akan lebih rapat dan mesra.

5 Kurangkan pemberian bahan kimia
Sememangnya bahan kimia sangat tidak elok bukan sahaja kepada kanak-kanak malahan kepada orang dewasa juga. Sebagai contoh, anda boleh mulakannya dengan mengurang atau memansuhkan sama sekali makanan rapu kepada anak yang langsung tidak memberi khasiat malah menyumbang kepada pelbagai penyakit. Selain itu, gantikan peralatan botol susu plastic kepada bebas BPA dan menggantikan lampin pakai buang kepada lampin kain moden. Mungkin agak mahal pada mulanya kerana anda memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli peralatan sebegini namun jika dikira dalam jangka masa panjang, ia boleh digunakan berulang kali dan untuk anak-anak seterusnya, anda sebenarnya banyak berjimat dan membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

6 Berdoalah
Selepas waktu sembahyang pada, berdoalah untuk kesejahteraan anak-anak terutamanya ketika si anak tidur, usaplah rambutnya, bacalah Ya Latif.. Ya latif. Selepas berusaha, tawakal adalah sebaiknya. Banyak cara pendidikan anak-anak termasuk gaya Pendidikan bangsa Eropah, bangsa Cina dan sebagainya namun ternyata Pendidikan mengikut cara Rasulullah adalah yang terbaik iaitu:
<![if !supportLists]>·         <![endif]>7 tahun pertama (bayi, kanak-kanak): adalah waktu memanjakan anak. Tidak dipukul anak-anak waktu ini, berilah sepenuh limpahan kasih sayang. Mencium, memeluk dan sebagainya.
<![if !supportLists]>·         <![endif]>7 tahun kedua (kanak-kanak, sebelum remaja): anak 7 tahun ke atas harus dipukul/dijentik/didenda jika tidak bersolat atau melakukan kesalahan.
  • 7 tahun ketiga (remaja): tidak memukul kembali anak waktu ini.Mereka harus didekati sebagai kawan. berkawan lah dengan anak sewaktu zaman ini. selami hati mereka dan mendengar luahan hati anak-anak ini kerana mereka berdarah muda, cepat sensitif dan sukar diramal perangainya.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. foto anak kecilnya lucu-lucu.. dan penuh dengan info penting disini..

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni , ramai lg parents di luar sana yg masih kurg pengetahuan tentang asas-asas natural parenting kann . Apa yg tak sepatutnya mereka lakukan , dan apa yg terbaik untuk anak2 mereka . So , apa yg mama pipie share ni sangat berguna untuk mereka :)

    ReplyDelete
  3. This is nice post. I thank you very much.
    Hello, I visit and give your full support ads and please support ads me back. Thank you in advance.

    ReplyDelete
  4. kalauler entry ni dpt dibaca suma org..
    xdek dh pasni kes2 x sodap didengar.

    ReplyDelete
  5. ibu bapa zaman sekarang kene banyakkan membaca, luaskan ilmu di dada. kembali memilih yang semulajadi supaya selamat. cabaran mendidik anak2 zaman sekarang ni memang besar..

    ReplyDelete
  6. terima kasih krn meyedarkan kami dr mimpi. kadangkala sbg ibu yg bekerja sangat alpa. I'allah..akan amalkan selalu.

    ReplyDelete
  7. tibe2 tringin nk kawen n nak anak pas baca ni.huh..rina2..

    ReplyDelete
  8. Betul tu.... Anak2 sentiasa belajar apa yg dia tengok. Parents kena la terangkan dengan baik bila mulut anak tu suka bertanya. Apa tu. kenapa dia buat macam tu.... Kenapa...bila...

    Jgn pulak marah2 kata penat etc

    ReplyDelete
  9. amat tepat sekali! setujuuuuu!

    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/kelassss-kau-maria-nak-jadi-filem-star.html

    ReplyDelete
  10. hanie ksrg dlm proses m'asingkn ank2 tido asing..ainskn laki n pompuan sbb dah besar sikit kan.. dan yg 4 thn tu blaja asing tmpt tido dr kami.. ok kot umo 4 thn tu..

    nice artikel kak .. thumbs up ;)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post