7 Langkah Kekalkan Kesegaran Jambangan Bunga

Salam semua, pekabar? Lama mama tak sharing2 kt blog ni kan.. Jom baca tips utk pastikan jambangan bunga kekal segar..

Merias ruang meja makan dengan jambangan bunga segar mampu mencipta demensi ruang tampil menawan. Perletakkan jambangan bunga segar antara kaedah paling ringkas dan mudah untuk digayakan. Terdapat beberapa langkah yang harus dilakukan untuk membantu melambatkan bunga menjadi layu. Antara cara yang boleh diamalkan adalah seperti :-

  1. Beli bunga yang segar.
Proses membeli bunga adalah merupakan peringkat awal yang perlu diberi penekanan untuk memilih bunga yang segar dan terbaik. Membeli bunga yang belum berkembang sepenuhnya adalah pilihan bijak untuk memastikan jangka hayat bunga tersebut bertahan lebih lama berbanding membeli bunga yang telah berkembang mekar.

  1. Perhatikan daun bunga.
Kesegaran bunga juga ada kaitannya dengan kesegaran daunnya. Oleh itu pastikan juga tekstur daunnya masih segar dan kelihatan berkilat. Elakkan membeli bunga yang memiliki daun yang telah rosak.

  1. Potong sedikit batang bunga.
Sebelum meletakkan jambangan bunga yang dibeli di dalam pasu, terlebih dahulu potong sebanyak 2.5cm pangkal batang bunga di bawah air yang mengalir. Pastikan juga ia dipotong pada sudut 45 darjah menggunakan gunting yang tajam.

  1. Pilih pasu yang sesuai.
Pilih pasu yang bersesuaian dengan saiz jambangan bunga yang ingin diperagakan. Pastikan pasu yang digunakan mampu menampung jambangan bunga tersebut agar tidak kelihatan menyesakkan.

  1. Isi dengan air
Pasu tersebut hendaklah diisi dengan air bersih. Kuantitinya pula jangan terlalu banyak cukup sekadar mencukupi. Lebihan air akan menyebabkan batang bunga terenam dan akan mempercepatkan ia mereput.

  1. Letakkan di tempat yang sesuai
      Letakkan pasu yang telah diserikan dengan jambangan bunga di atas meja makan. Pastikan ruang tersebut tidak terdedah dengan cahaya matahari secara langsung.
  1. Potong pangkal batang bunga sebagai rutin harian
     Setiap hari potong batang jambangan bunga sebanyak 0.5cm pada sudut 45 darjah di bawah aliran air mengalir dan gantikan air di dalam pasu dengan air bersih.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

5 Comments

Words of wisdom

  1. nice....boleh juga basahkan kapas dan balut di sekeliling hujung batang yang dipotong...

    ReplyDelete
  2. HAi mama syafi..gud info.thanks!
    Nana folo sini..Jom intai2 Premium Beautiful Corset. Produk kesihatan & kecantikan.Get ur ideal body now..Sgt berkesan! Lai lai lai lai ^___^

    ReplyDelete
  3. thanks ye sudi baca petua ni.. ita, thanks yer berkesan gak kalau guna cara tu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post