Tatu dan hukumnya

Gambar Hiasan..

Menurut Imam an-Nawawi, tatu ialah perbuatan mencucukkan jarum atau sebagainya di belakang telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau selainnya di tubuh badan sehingga darah mengalir. Kemudian diisi tempat tersebut dengan celak atau kapur tohor (kapur hidup) sehingga menjadi hijau.

Dilaknat Allah & Rasulullah
Sudah jelas diterangkan dalam beberapa hadis yang mahsyur akan larangan bertatu. Malah melakukan tatu itu amat dilaknat oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Diriwayatkan daripada ‘Abdullah RA, katanya: Maksudnya: “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu, perempuan-perempuan yang meminta dirinya untuk ditatu, perempuan-perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan-perempuan yang mengikir giginya, (semua ini semata-mata) untuk kecantikan iaitu perempuan-perempuan yang mengubah ciptaan Allah Ta‘ala.

(Setelah itu Ummu Ya‘kub bertanya kepada ‘Abdullah RA mengenai apa hadis yang beliau melaknat perkara tersebut, beliau menjawab: “Bagaimana aku tidak melaknat sesiapa yang dilaknat oleh Nabi SAW sedang ia ada dalam Kitab Allah. { (Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan }.” (Hadits riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa perempuan yang bertatu sama ada orang yang membuat tatu ataupun orang yang minta dibuatkan tatu semata-mata kerana kecantikan adalah dilaknat oleh Allah SWT dan RasulNya. Apabila sesuatu perbuatan tersebut dilaknat, maka hukumnya adalah haram. Walaupun baginda merujuk kepada golongan wanita, tidak bermaksud perbuatan tersebut diharuskan bagi kaum lelaki. Sesungguhnya setiap larangan yang terdapat dalam Islam, bukanlah untuk membataskan kebebasan manusia. Tetapi sebenarnya ia memberi kebaikan kepada manusia itu sendiri.

Sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman,sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatanperbuatan itu agar kamu mendapat
keberuntungan.” (Surah al-maidah ayat 90).

Jejaskan Kesihatan
Islam melarang bertatu kerana hakikatnya dengan bertatu boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. Antaranya alahan pada jenis pigmen atau pewarna yang digunakan akan menyebabkan bengkak dan gatal-gatal pada bahagian tertentu. Selain itu bertatu juga boleh mengakibatkan jangkitan hepatitis B, jangkitan HIV dan hepatitis C yang boleh berjangkit sekiranya jarum tercemar digunakan dalam proses membuat tatu tersebut. Oleh itu ingatlah, Islam amat membenci perkara yang boleh memudaratkan diri umatnya. Janganlah hanya disebabkan kecantikan atau trend kehidupan terkini, seseorang itu sanggup bertindak dengan mengetepikan suruhan dan larangan Allah SWT. Seseorang yang dilaknat akan berada jauh daripada mendapat rahmat, taufiq, petunjuk Allah,dan jauh daripada segala kebaikan.

Wajibkah Menghilangkan Tatu Ditubuh?
HUKUM bertatu itu adalah haram. Namun bagaimana pula hukum menghilangkan tatu di tubuh badan? Adakah ia wajib ataupun tidak? Dalam perkara ini ada beberapa keadaan seperti berikut:-
1) Orang yang mukallaf (baligh dan berakal) bertatu dengan kehendak atau kerelaannya. Jika dia dapat menghilangkan tatu itu dengan perubatan atau dengan cara pembedahan walau menurut doktor ia mendatangkan mudarat seperti hilang anggota atau fungsinya atau menyebabkan keadaan anggota zahirnya buruk dan jelik akan tetapi dia tidak takut akan mudarat tersebut, maka wajib dia menghilangkan tatu itu. Tetapi jika dia takut akan mudarat tersebut, tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu
itu dan dia tidak akan berdosa setelah dia bertaubat.

2) Orang yang dipaksa untuk bertatu bukan kehendak atau kerelaannya adalah tidak diwajibkan dia menghilangkan tatu di tubuh badannya itu.

3) Orang yang belum ada taklif ke atasnya seperti kanak-kanak dan orang gila. Jika seseorang itu bertatu ketika keadaannya belum ada taklif maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu tersebut.

4) Orang kafi r yang memeluk agama Islam. Jika dia  bertatu sebelum Islamnya adalah diwajibkan menghilangkan tatu tersebut, sebagaimana keadaan orang yang mukallaf bahagian (1) di atas.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

2 Comments

Words of wisdom

  1. kalau saje -saje nak bertatu tkyahlah seksa badan je..lgpun haram di sisi agama

    ReplyDelete
  2. takde rasa hati langsung nk bertatu. dulu diriku pernah cabut bulu kening. tp skang tidak lg.. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post