Rawatan & pencegahan sakit belakang dan sakit pinggang

Rawatan & pencegahan sakit belakang dan sakit pinggang







Korang ada sakit2 belakang or sakit pinggang tak? Mama pipie sekali sekala ada gak masalah ni.. sebab dulu2 mama pipie selalu jatuh.. jatuh tangga penah.. jatuh dr katil 2 tingkat (tingkat atas tu) pn penah masa form 1, jatuh kt toilet penah, jatuh atas jalan, dan bermacam2 cara jatuh la mama pipie penah alami hehe.. paling best.. dolu2 masa 2nd date mama dgn boyfren lama (mr hubby skrg) pn penah jatuh tangga depan dia.. haha memalukan gitew.. bagi sesapa yg ada masalah sakit pinggang dan sakit belakang jom baca fakta2 berikut.. Rawatan & pencegahan sakit belakang dan sakit pinggang..

Gambar diambil dari carian Google.. dr website ni http://www.vacupractor.com

Bagi sesapa yg ada sakit belakang boleh cuba exercise kat atas ni.. mama pipie penah buat dulu dan hasilnya bagus gak.. kurang sket rasa sakit tu. Thanks to hubby yg ajar mama..


…………

Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang termasuk postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa. Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang.

Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:





Obesiti
Merokok
Tekanan
Keadaan fizikal tidak elok
Postur badan yang salah
Posisi tidur tidak elok
Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur.

Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah.

Diagnosis Dan Rawatan
Masalah sakit belakang dapat dikesan melalui sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal, ujian darah dan ujian imbasan. Ujian imbasan ini seperti sinar - X, diskografi (ejen pembandingan akan disuntik ke dalam cakera) dan tomografi komputer (CT) ialah kaedah cepat untuk mengetahui jika pesakit mengalami masalah cakera, stenosis spina atau kerosakan pada mana-mana tulang belakang.

Manakala ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) digunakan bagi mengesan masalah kemerosotan, kecederaan atau penyakit pada tisu, saraf, otot, ligamen dan salur darah. Imbasan tulang pula adalah untuk mengesan dan memantau jika berlaku jangkitan, keretakan atau penyakit pada tulang belakang.

Kebanyakan masalah sakit belakang khususnya sakit pinggang boleh dirawat tanpa pembedahan. Antara kaedah rawatan adalah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, mengembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang serta mencegah kecederaan daripada berulang:






  • Menekap bahagian yang sakit dengan ais atau pek panas.

  • Mandi air suam membantu merehatkan otot.

  • Berehat di katil (baring).

  • Bersenam

  • Bagi sakit belakang akut dan kronik, Doktor akan memberikan ubat untuk merawat. . Selain itu terapi intervensi termasuklah suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf) dan suntikan epidural

Pembedahan adalah pilihan terakhir, selepas semua kaedah lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan

P/S: Bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

25 Comments

Words of wisdom

  1. bagus nie . terima kasih na . boleh la choki cuba nanti :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih info nie....pernah jugak sakit belakang tp x tahu naper?...
    barulah tahu kenapa...thanks mama syafi...

    mselim3

    ReplyDelete
  3. banyaknye info.. bagusnye.. thanks 4 sharing mama shafi..(^_^)

    ReplyDelete
  4. Dulu saya selalu juga sakit belakang,sampai masuk wad buat traction utk luruskan dan sekarang ni dah ok,ada pergi urut org kampung di Klang
    dan juga treatment chiropractic.

    ReplyDelete
  5. Sakit belakang ni eloknya pencegahan. Kalau dah kena adakalanya ambil masa nak pulihkan. Huzaini.com

    ReplyDelete
  6. mama nie lri sikit tajuk... first time acik dar\ftar komli rujuk sini ->http://budakfelda.com/cara-daftar-komli.html

    ReplyDelete
  7. rupanya bukan mama sorang penah sakit belakang.. thomas lagi teruk ye sampai kena warded..

    apapun thanks ye korang sudi baca. semoga bermanfaat utk kita semua..

    mmg betul ckp huzaini tu, eloklah kita mencegahnye sebelum kena, so cubalah tips kat atas tu ye

    ReplyDelete
  8. info yang menarik mama pipie..sy sendiri pn dulu pernah ada skt belakang ni.tp skrg Alhamdulillah dah baik...tp kekadang tu ada gak la sakit sikit2...

    apapn tips yg baik :)

    ReplyDelete
  9. sekarang pon tgh sakit...salah postur duduk kat lantai ketika surf internet..sakit jugak la...boleh cuba try nnt teknik2 kat atas tu

    ReplyDelete
  10. Thanks for the info. Saya memang sakit belakang sejak akhir-akhir ini. Semoga tips ini dapat membantu saya :)

    ReplyDelete
  11. :-) bagus info ni.. saya pun penah sakit belakang..tp sekarang dah berkurang rasa sakit.

    ReplyDelete
  12. saya rasa saya sakit belakang sbb postur duduk yg salah.. memuda dah sakit blkng adeh..

    ReplyDelete
  13. thanks ye sudi baca.. harap bermanfaat

    ReplyDelete
  14. saya sakit belakang dekat 3 tahun dh tak hilang... suma dh doc dan orang dok sruh buat saya dh lakukan... tetapi stil sama ja sakit nie.... nak kata tak senaman.. saya mmg kuat main futsal dn bdmnton.. tapi dh kurang sebab terlampau sakit kdg2... g hospital diorang kata tak de pape plak... mri pn dia cakap okay... dan hnya bg ubat saraf.. dh mkan 4 bulan tak nmpak sebarang effect pn... agak seksa nk menahan sakit nie bila kita tgh bkerja depan pc tp2 ari selama 8 jam nie....

    ReplyDelete
  15. Bestnya banyak info..tq for sharing..:)

    ReplyDelete
  16. wan.. kesian kat awak ye. cubalah senaman ni. mama pernah cuba. alhamdulillah

    anis.. thanks ye sudi singgah dan baca

    ReplyDelete
  17. Ada tak cara2 nk bangun dgn tidak menyakitkn atau panduan?

    ReplyDelete
  18. Bintang pun ada gk mslh sakit blkng ni almost setahun.. Fisioterapi,, ubat, suntikan semua nya x bagi kesan. Kadang tu bila dah sakit sngt, warded 2-3 hari.. Sedih sngt, dulu kena buang kolej sebab prestasi sngt teruk.

    ReplyDelete
  19. Sangat bermanfaat sekali. kadang2 sakit belakang kita tak sedar langsung macam sakit2 biasa. tapi kalau biar lama2 jadi kronik nanti.

    Ada terjumpa baju sokongan belakang ni. nampak macam best jer. .
    boleh tengok disini page dia >

    https://www.facebook.com/BajuSokonganTulangBelakang

    ReplyDelete
  20. thanks for the tips sis. lately ni pinggang sakit sangat, coz ddk terlalu lama.. huhu.

    ReplyDelete
  21. Video yang menarik. Terima kasih untuk maklumat. Kami dari wong medical centre menggunakan lima kaedah untuk masalah sakit belakang yang merupakan gabungan ubat herba, akupunktur, infrared (cahaya panas ), Urut (neuroflectic), MRT dan Orthorectic. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di +60124520077 .

    ReplyDelete
  22. Salam ..saya pengeluar herba warisan yang telah dirumus khas bagi tujuan penyembuhan penyakit yg mampu memusnahkan pelbagai jenis kanser seperti ; ✅Kanser Usus ✅Kanser Payudara ✅Kanser Lymphoma dan lain-lain lagi. Turut mampu mengubati penyakit lain seperti ; ✅Batu Karang ✅Batu Hempedu ✅Saraf Parkinson ✅Slip Disk ✅Gout ✅Resdung ✅Demam Campak ✅Denggi dan lain-lain lagi
    Proses penyembuhan juga perawatan secara semulajadi ini tanpa menyakitkan atau merosakkan buah pinggang.
    ✔Keberkesan JUS INFINITI sudah terbukti dan saya menjaminkan kelebihan produk ini akan membuatkan pengguna terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh.Sama-sama kita merawat dan seterusnya mencegah apa saja penyakit yang dihadapi dari terus merebak ke tahap yang lebih kritikal. Insyaallah ,JUS INFINITI turut membantu melambatkan penyakit terus merebak dengan cepat lantas mampu merawat sehingga sembuh, mudah-mudahan.
    ✔Hutan belantara kita tersembunyi 1 juta rahsia.Hanya ramuan herba terpilih sahaja yang terkandung di dalam JUS INFINITI ini, ✔JUS INFINITI amat mujarab jika diamalkan dengan betul dan konsisten. Jangan dibiarkan penyakit yang ditanggung dalam diri kita tanpa berusaha merawatnya. ✔Ramai yang sudah berjaya sembuh dengan produk JUS INFINITI ini .Ia terbukti dengan testimoni pelbagai jenis penyakit yang sudah sembuh dengan penggunaan yang betul dan konsisten. ✔JUS INFINITI ini juga boleh dijadikan makanan tambahan yang selamat diambil oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan pencegahan awal pelbagai jenis penyakit.
    ✔Insyaallah sama-sama kita berikhtiar. ✔Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut serta jika ingin meminta pandangan, perkongsian serta maklumat tentang JUS INFINITI ,sila hubungi sy :
    ✅Encik Mohd Zuhairi 0174687570 (Whats App ,Call,SmS ) ✅HARGA 1BOTOL: RM180 ✅NAMA SYARIKAT: JUTAWAN HERBS ✅NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: PG 0346818-W ✅NAMA PEMILIK : MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN 0174687570 (WHASTAPP,SMS&CALL)

    ReplyDelete
  23. Salam ..saya pengeluar herba warisan yang telah dirumus khas bagi tujuan penyembuhan penyakit yg mampu memusnahkan pelbagai jenis kanser seperti ; ✅Kanser Usus ✅Kanser Payudara ✅Kanser Lymphoma dan lain-lain lagi. Turut mampu mengubati penyakit lain seperti ; ✅Batu Karang ✅Batu Hempedu ✅Saraf Parkinson ✅Slip Disk ✅Gout ✅Resdung ✅Demam Campak ✅Denggi dan lain-lain lagi
    Proses penyembuhan juga perawatan secara semulajadi ini tanpa menyakitkan atau merosakkan buah pinggang.
    ✔Keberkesan JUS INFINITI sudah terbukti dan saya menjaminkan kelebihan produk ini akan membuatkan pengguna terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh.Sama-sama kita merawat dan seterusnya mencegah apa saja penyakit yang dihadapi dari terus merebak ke tahap yang lebih kritikal. Insyaallah ,JUS INFINITI turut membantu melambatkan penyakit terus merebak dengan cepat lantas mampu merawat sehingga sembuh, mudah-mudahan.
    ✔Hutan belantara kita tersembunyi 1 juta rahsia.Hanya ramuan herba terpilih sahaja yang terkandung di dalam JUS INFINITI ini, ✔JUS INFINITI amat mujarab jika diamalkan dengan betul dan konsisten. Jangan dibiarkan penyakit yang ditanggung dalam diri kita tanpa berusaha merawatnya. ✔Ramai yang sudah berjaya sembuh dengan produk JUS INFINITI ini .Ia terbukti dengan testimoni pelbagai jenis penyakit yang sudah sembuh dengan penggunaan yang betul dan konsisten. ✔JUS INFINITI ini juga boleh dijadikan makanan tambahan yang selamat diambil oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan pencegahan awal pelbagai jenis penyakit.
    ✔Insyaallah sama-sama kita berikhtiar. ✔Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut serta jika ingin meminta pandangan, perkongsian serta maklumat tentang JUS INFINITI ,sila hubungi sy :
    ✅Encik Mohd Zuhairi 0174687570 (Whats App ,Call,SmS ) ✅HARGA 1BOTOL: RM180 ✅NAMA SYARIKAT: JUTAWAN HERBS ✅NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: PG 0346818-W ✅NAMA PEMILIK : MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN 0174687570 (WHASTAPP,SMS&CALL)

    ReplyDelete
  24. Betapa seksanya sakit belakang xdpt buat aktviti yg biasa buat...makan masa sebulan jgk nk sembuh

    ReplyDelete
Previous Post Next Post