Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan keselamatan Malaysia membunuh seramai 31 orang penceroboh Sulu dalam pertempuran di Tanjung Batu pada Rabu malam.
Katanya, pasukan polis menerima laporan daripada komander di lapangan bahawa 31 musuh ditembak dan dipercayai terbunuh.
Beliau juga percaya, polis berjaya membunuh pemimpin kumpulan tersebut, berpangkat jeneral, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat.
Jumlah penceroboh yang terbunuh setakat ini adalah 32 orang termasuk seorang yang terbunuh di Kampung Tanduo pagi ini.
Sementara itu, laporan pagi ini menyebut, kejadian tembak-menembak kembali tercetus hari ini di kawasan operasi Kg Tanduo ketika pasukan keselamatan kita meneruskan operasi menggeledah untuk mencari saki baki kumpulan penceroboh.
Laman Utusan Online melaporkan, kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira jam 9.15 pagi.
Ia turut melaporkan, pasukan keselamatan turut melepaskan tembakan dari kereta perisai pada jam 8.30 pagi.
Sementara itu, pesawat udara tentera juga dilaporkan berlegar di udara pada jam 7.30 pagi di kawasan operasi itu.
mintak cepat2 la selesai isu ni..
ReplyDeleteSemoga semuanya selamat...ramai jugak yg risau ni sebenarnya...
ReplyDeleteMoga Aman damai kembali semuanya :)
ReplyDeletesemoga Allah melindungi anggota keselamatan dan rakyat Makaysia di sana
ReplyDeletehttp://www.noormalashahar.blogspot.com
http://www.noormalashahar.com
amin.. semoga cepat2 ler penceroboh ni ditumpaskan
ReplyDelete