Ini adalah berita di Lahad Datu setakat pukul 5 petang tadi… ceh.. mama ni dah mcm reporter plak.. padahal amik dari web SH ajer.. bukan apa.. mama ni concern sgt2 tentang pencerobohan ni.. cemas pun ada. Tu yg ambil tau dari jam ke jam, dari minit ke minit ni. Gambar atas tu adalah antara gambar2 sebelum serangan offensive diadakan hari ini.. dah mcm perang dah mama tgk.. masa mcm nil ah syukur sgt2 kerana selama ini negara kita aman, dan harapnya sampai bila-bila pun berterusan keamanan ini..
- - - - - - -
LAHAD DATU - Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.
"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.
Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.
"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu, sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.
Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugat ketenteraman awam di Sabah. - Bernama
Cukup membimbangkan, semoga semuanya segera berakhir
ReplyDeletesemoga Allah lindungi para pejuang dan bumi Sabah
ReplyDeleteaah..mmg cemas tgk..semoga semuanya segera berakhir...
ReplyDeletesemoga saki baki penceroboh tu cepat2 dibersihkan
ReplyDeletebila lah nak abis nie kan. =(
ReplyDeletetu la anis dah tak larat nak dengar dah berita perang2 ni
ReplyDelete