Di Felda Sahabat 16, Beberapa bunyi dentuman bom kedengaran datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada jam 1 pagi dan 7.30 pagi ini
Siri letupan letupan itu kedengaran selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan sulu yang menjadi Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, sebagai kubu mereka sejak 12 Februari lalu.
Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.
Namun bagi penduduk Felda, Norashikin Sarbani, 33, berkata mendengar bunyi letupan itu membuatkan hatinya berdebar tetapi yakin ia bunyi letupan daripada pasukan keselamatan.
"Kami di sini rasa lebih selamat kerana kehadiran pasukan keselamatan yang ramai. Kami sudah tidak takut," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat, Khamis lalu berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.
Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh.
Sejak pencerobohan itu juga seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.
Malahan bagi peneroka Mujhi Bakrun, 39, beliau kini tidak perlu risau kerana kesungguhan kerajaan untuk menghapuskan kumpulan penceroboh militan itu.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat di Sabah," katanya.
Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka tiba di Felda Sahabat pada 10 pagi ini untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada 1,800 penduduk kampung yang berpindah dari zon merah serta ditempatkan di Dewan Cenderawasih, Dewan Embara Budi dan Dewan Fajar Harapan dekat Lahad Datu.
- Bernama
Seorang lagi penceroboh ditembak mati
Satu
lagi penceroboh yang cuba untuk meloloskan diri daripada kepungan
pasukan keselamatan di Lahad Datu pagi ini telah ditembak mati, kata
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Katanya, pada kira-kira jam 6 pagi ini, salah seorang daripada penceroboh cuba untuk melepaskan diri daripada di Tanjung Batu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat Residence, Ismail berkata berlaku tembak menembak dan pasukan keselamatan berjaya menembaknya (sekitar jam 8 pagi).
Dengan ini, sejumlah 34 musuh telah terbunuh sejak awal serangan habis-habisan Ops Daulat dilancarkan di zon merah pada 5 Mac.
Ini menjadi jumlah musuh yang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu ialah 53 orang.
Katanya, pada kira-kira jam 6 pagi ini, salah seorang daripada penceroboh cuba untuk melepaskan diri daripada di Tanjung Batu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat Residence, Ismail berkata berlaku tembak menembak dan pasukan keselamatan berjaya menembaknya (sekitar jam 8 pagi).
Dengan ini, sejumlah 34 musuh telah terbunuh sejak awal serangan habis-habisan Ops Daulat dilancarkan di zon merah pada 5 Mac.
Ini menjadi jumlah musuh yang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu ialah 53 orang.
Tags
Berita
ini merupakan berita menarik sobat, saya baru tahu setelah membaca artikel ini
ReplyDeleteterima kasih sudah berbagi,
oh ya mama, apa kabar???
bila ni dengar bunyi letupan boom ? :O hari jumaat jam 2.20 pagi . Kwn sy ade ckp jugak dengar bunyi bom . kwn sy duduk felda sahabat 16 O.o
ReplyDeleteMoga semua ni berakhir dgn cepat :(
ReplyDeletepp, mama sihat alhamdulillah tq ye sudi baca
ReplyDeletealeeza, berita ni kiranya sahih la kan based on ur fren. Samoga semuanya cepat berakhir . ada x dia citer keadaan dia di sana camna.. semoga dia selamat ..
tulah anisrahim, x sabar tunggu selesai
perkara ni