Menonton teater 3d di PPAS

Salam semua .. sori mama pipie agak kurang aktif beberapa hari ni.. .bz + mood M.. haha biasa la kan. Byk post nk buat tp x berkesempatan .. salah satu nya ialah post ni .. kejadiannye dh 2 minggu lepas dah. Gambar ww mama tu masa kt ppas aritu ..

Korang jgn x percaya kalau mama ckp yg syafi ni lagi lahir smpai skrg xpernah pun dibawa tgk wayang .. haa percaya x? So, ingatkan maybe dia dh ready skrg, mama cuba bawa gi tgk wayang 3d dulu kt perpustakaan awam negeri selangor ni.. kasi pendedahan awal dulu sebab murah cuma rm7 jek orang.. library ni mmg best tau. Mmg ada dikhususkan tempat yakni tingkat 1 tu utk budak2.. so haritu kitaorg tgk citer repunzel .. memula tu mmg dia duduk diam .. adalah dlm 10 min gituu.. tp lepas tu adalah disaster .. xboleh duk diam langsung .. spec 3d kemana , dia kemana ... sabo je laa ..

So, kesimpulannya, lepas ni xdela mama nk bawak dia tgk wayang lg .. nasib baik masa tu ada mlm 10 org jek.. apapun mmg best dan selesa sgt tgk wayang kt perpustakaan awam negeri selangor ni sebab susunan sofa mcm kt rumah aje .. tp tak boleh pilih cerita tau. Nasib la dpt cite apa.. kt bwh ni mama amik info ttg teater 3d diPPAS ..

Teater Mini 3D

Pembukaan Teater Mini 3D telah bermula pada Rabu, 28 Disember 2011 dan lokasinya adalah di aras G, bersebelahan bilik Teater XD. Pengguna boleh menikmati tayangan Teater Mini 3D yang berkualiti, gema suara yang kuat serta efek gambar 3D yang nyata dengan menggunakan teknologi 3D Bluray Home Theater. Pengunjung akan dihidangkan dengan filem-filem animasi 3D terpilih setiap hari. Dekorasi bilik teater yang bersifat santai boleh menempatkan 20 orang pengguna pada satu-satu masa tayangan filem.

Peraturan

Setiap pengguna diwajibkan memakai kacamata 3D Khas Sony sepanjang tayangan. Walaubagaimanapun, jika berlaku kerosakan atau kehilangan kacamata, denda RM400 akan dikenakan ke atas pengguna. Para pengguna juga TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA MASUK MAKANAN / MINUMAN KE DALAM  BILIK TAYANGAN.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

6 Comments

Words of wisdom

  1. Seneng juga sih nonton film 3D... tapi kadang sedikit pusing ya...

    ReplyDelete
  2. kena kerap bawa tu baru ok..ke mama yang lebih pening nanti..tak apalah yang penting salam perkenalan pada wayang tu dah ada..3D lagi tu..best tu.. :)

    ReplyDelete
  3. boleh tahan tempat ni sebab sgt selesa.. kalau utk 1st timer mcm kami ni sgt2 sesuai utk bagi pendedahan awal.. takde lah rugi sgt kalau tak tgk smpai abis kan.. apapun tgk 3d mmg best

    ReplyDelete
Previous Post Next Post