Alahai.. cumilnye arwah baby ni.. tak tau laa mungkin mak ayah dia tak tau nak uruskan kot.. harapnya bukan mangsa bunuh..
Kulaijaya: Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam balutan kain putih yang diletakkan dalam sebuah bakul ditinggalkan berhampiran pintu pagar Masjid Jamek Ar-Raudah, Saleng dekat sini, awal pagi semalam.
Noja masjid, Hassan Mohd Tap, 63, berkata mayat bayi itu ditemui seorang jemaah yang ternampak sebuah bakul bayi ditinggalkan berhampiran pintu pagar masjid sebelum solat Subuh.
“Curiga dengan keadaan itu, jemaah berkenaan memeriksa bakul terbabit dan terkejut apabila mendapati ada mayat seorang bayi perempuan dan memaklumkannya kepada jemaah lain yang berada dalam masjid.
“Turut ditemui sekeping nota dalam sampul surat diletakkan di sisi mayat bayi terbabit bertulisan tangan meminta jemaah masjid menyempurnakan jenazah bayi itu.
“Turut disertakan wang RM50 dalam sampul surat berkenaan,” katanya ketika ditemui di masjid itu, semalam.
Hassan berkata, pihak pengurusan masjid kemudian menghubungi polis memaklumkan penemuan mayat bayi terbabit.
Sudah meninggal
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan jam 6.05 pagi.
“Pemeriksaan di lokasi berkenaan mendapati bayi terbabit sudah meninggal dunia dan ditinggalkan bersama nota meminta jenazah itu disempurnakan.
“Daripada rupa paras bayi itu, ia kelihatan mungkin bangsa Melayu. Kita juga meminta bantuan Unit Forensik Polis Johor bagi membantu siasatan. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kulaijaya untuk bedah siasat,” katanya.
kecian dia..al-fatihah
ReplyDeletekasihan bayi tu..
ReplyDeleteHmm.....sadis betul.....baik la bagi kat saya yang tak ada anak ni..:)
ReplyDeleteKesiannya...masih ada lagi kes2 macam ni. Isk3
ReplyDeletealahai... sedih baca cerita mcm ni.. eh.. bakul tu macam bakul kat rumah ni la.. bakul anak2 pakai masa baby..
ReplyDeleteYa Allah. Sedihnya. Innalillah dan Al-Fatihah untuk bayi tersebut.
ReplyDeleteya Allah kesiannya.. tak nak letak kt depan rumh saya oun xpe.. kita ni nak anak mcm2 ikhtiar. yg senang beranak main buang je.. sgt mnyedihkn..
ReplyDeleteDari dulu sampai sekarang tak pernah berhenti cerita pembuangan bayi ni. Sedih tengok keadaan. Janganlah kita pun dijadikan macam tu. Mintak simpang.
ReplyDeleteSalam ramadan.
kesian bayi tu..ada orang susah nak dapat...ni buang begitu je...
ReplyDeleteMasya Allah...
ReplyDelete