Salam semua.. harini terpanggil nak buat entry ttg 2 artis muda ni.. hari ahad yg lepas ada tgk Melodi ttg isu pernikahan Aeril Zaefril dan Wawa Zainal. Kesian diorang diasak wartawan sebegitu. Pada mama biarlah mereka ada privasi sendiri. Bukan salah diorang utk ada privasi sendiri kan.. apapun mama doakan yg terbaik utk mereka.. mesti comel anak diorang kan
'Kami dah nikah dua kali'
-
- Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menerangkan status mereka berdua pada sidang media. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
SHAH ALAM - Setelah puas berteka-teki mengenai status hubungan mereka, akhirnya pelakon, Aeril Zafrel, mengakui telah menikahi aktres, Wawa Zainal, 22.
Bagaimanapun Aeril, nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, menjelaskan mereka telah bernikah pada 25 Februari 2012 mengikut undang-undang Islam.
Namun setelah Wawa disahkan hamil Disember tahun sama, mereka bernikah sekali lagi pada 5 Februari atas permintaan keluarga pihak perempuan.
"Ya, kami sudah bernikah di Taman Datuk Haron, Petaling Jaya pada 25 Februari lalu. Namun, perkahwinan itu hanyalah satu akad yang menghalalkan hubungan sahaja. Kami tidak mendaftarkan pernikahan itu di pejabat agama.
"Bila Wawa disahkan hamil pada Disember lalu, kami dinasihatkan untuk berkahwin sekali lagi apabila perkahwinan terdahulu tidak sah di sisi undang-undang Malaysia.
"Jadi, kami bernikah sekali lagi pada 5 Februari tahun ini di Masjid Taman Datuk Haron. Jika kami tidak berbuat demikian, anak kami tidak dapat didaftarkan atas nama saya sebagai bapa," katanya ketika sidang media yang berlangsung di restoran Western 114, Neo Damansara.
Tambah Aeril, hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama, Mohd Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.
Dalam sidang media itu, Aeril dan Wawa diasak pelbagai soalan daripada media secara 'keras' kerana tindakan mereka yang sering menafikan hubungan tersebut.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, mereka menyembunyikan perkahwinan itu adalah kerana menghormati pendirian pemilik Metrowealth, Mejar K David Teo, yang tidak menyenangi hubungan itu.
Aeril kesal anaknya dilabel anak haram
SHAH ALAM - Pelakon filem, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengesahkan bahawa mereka sudah bernikah sejak setahun lalu.
Pasangan selebriti ini juga sudah mempunyai seorang cahaya mata.
Akui bercinta sejak 2011, Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.
"Kami memang bercinta sejak itu tetapi dimarahi pihak pengurusan.
"Kami terpaksa memberitahu bahawa kami tidak bercinta," katanya pada sidang media khas yang turut dihadiri Wawa, hari ini.
Ekoran dihalang, pasangan ini membuat keputusan untuk bernikah, awal tahun lalu.
"Kerana itu saya mengambil langkah, demi Allah, pada 25 Februari 2012, saya, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah bernikah.
"Bukan seperti yg kamu ketahui 4 Februari sebelum ini," kata Aeril.
Agak terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah, Aeril menitiskan air mata.
"Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa...tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina.
"Tetapi...apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya...itu hak peribadi.
"Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi," kata Aeril sedikit emosi.
Pengakuan tersebut menutup spekulasi yang timbul kebelakangan ini.
Sumber- SHarian
kalau dari mula dia mengaku rasanya hal sebegini tak wujud kot...
ReplyDeleteni kali pertama aefa baca kisah dorg dua ni hehe..
ReplyDeleteSembunyikan perkawinan sebab nk hormati pendirian david teoh!!! adoiii la...dh mcm kawin ngan askar plak.nk nikah kena interview n dpt kebenaran pihak atasan
ReplyDeletemcm tak logik nak sembunyi nikah sbb takut pengurusan marah..mcm2 org zaman skrg nie..
ReplyDeletesemoga mereka berbahagia dan perkahwinan mereka juga diberkati...
ReplyDelete