Pray For Gaza

Dihari Jumaat yg barakah ini marilah kita bersama-sama mendoakan rakan-rakan kita di Gaza semoga mereka mendapat pertolongan Allah dari kezaliman rejim zionis. Mmg kejam zionis ni. Dah lah tengah bulan Ramadhan ni dia buat serangan pula. Dulu masa Aqsa Syarif datang ke opis mama dan tunjukkan video situasi sebenar serangan kat sana, memang tak dapat menahan air mata. Kesian sgt kat budak2 yg tak berdosa.. tapi mereka ini sangat kuat dan tabah. Betullah firman Allah “Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]”.

Ni mama tepek berita dari Hmetro. Sedih tgk gambar baby yasmeen yg meninggal tu.

 

Gaza bermandi darah

Baitulmaqdis: Israel semalam meningkatkan lagi serangan udara di Gaza dengan mensasarkan ratusan lokasi Hamas semalam.

Penduduk Palestin berkata, antara yang terbunuh dalam serangan baru itu ialah lapan anggota keluarga selepas rumah mereka turut dibom.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner berkata lebih 320 sasaran Hamas dibedil sepanjang malam semalam. Tumpuan utama ialah rangkaian terowong bawah tanah serta tapak pelancar roket kumpulan pejuang.

Ia menjadikan keseluruhan sasaran yang dibom kepada 750 dalam masa tiga hari serangan besar-besaran dilancarkan.

BAPA saudara kepada Yasmeen Al Motawaq, 4, yang terbunuh membawa jenazah kanak-kanak terbabit untuk dikebumikan di Jabaliya.

ASAP berkepul di kawasan yang dibedil rejim Zionis.

SEORANG wanita Palestin membawa anaknya yang cedera ke hospital.


Sekurang-kurangnya 75 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh itu setakat ini.

Jurucakap tentera Zionis itu juga berkata, pihaknya sudah menggerakkan 20,000 anggota pasukan simpanan bagi kemungkinan melancarkan operasi darat di Gaza.

 

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

4 Comments

Words of wisdom

  1. Israel terlalu kejam . Sangup bunuh kanak kanak tanpa ada rasa belas kasihan sikit pon . Apa lah salah kanak kanak tu . Jom doakan supaya kemenangan berpihak kepada umat islam . Inshaallah

    ReplyDelete
  2. Bagaimana saya nak call bapa mertua asyraf Muslim? Saya nak berubat ibu saya,kanser

    ReplyDelete
  3. amin harith.. mmg diorg ni takde hati perut kan

    ReplyDelete
  4. avoir faim. semoga mak awak cepat sihat ye. boleh dapat contact kat website dia:
    http://www.alhidayah-medic.com/

    ni alamat dan no telefon:
    No 8-1 "The Eight Setiawangsa", Jalan Setiawangsa 13, Taman Setiawangsa
    Kuala Lumpur
    Wilayah Persekutuan
    54200
    Malaysia

    Telephone: 03 4256 5666 (Operator): Isnin-Jumaat 9:00pg - 6:30ptg
    Mobile Phone Number: 019 243 0659 (SMS Sahaja): Isnin-Jumaat 9:00pg - 6:30ptg

    kena pergi amik no dulu baru ada appointment. tapi kalau kanser ni mmg dia percepatkan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post