Percutian Awesome dengan Penginapan yang Murah

Aslm semua.. ni mama nak cerita sikit tentang satu dari beribu wishlist mama hihi. En hubby asyik ajak ke sini tapi belum berkesempatan lagi nak pergi. Ada sesiapa pernah pergi Bukit Merah Laketown Resort tak, sila share sikit experience.


Bukit Merah Laketown Resort


Hai ! Pernah tak pergi ke Bukit Merah Laketown Resort? Kalau belum atau sedang membuat perancangan untuk kesana, mari kita lihat apa yang menarik yang perlu kita ketahui.
Tempat percutian menarik ni di Perak tau.


Apabila berbicara tentang ‘cuti-cuti’, pasti banyak tempat percutian menarik di tanahair bermain di fikiran Kan? Korang pernah sampai ke negeri Perak tak? Mama pernah sampai Taiping dgn Ipoh je. Apa yang menarik di negeri itu? Mama ingin berkongsi keindahan beberapa tempat percutian menarik di Perak yang mungkin akan membuatkan korang tidak sabar untuk bercuti ke sana.Boleh join mama jom kita pergi sama-sama.


Perak adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Memiliki budaya menarik, malah negeri seladang ini juga mempunyai pelbagai tempat – tempat yang menarik yang boleh dilawati. Keluasan negeri ini adalah 21,005 bersamaan dengan 6.4%.


Tentang Bukit Merah Laketown Resort

Bukit Merah Laketown Resort Dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan berhadapan satu daripada 7,000 ekar tasik air tawar terbesar di Malaysia, resort ini memakan masa tiga jam dari Kuala Lumpur. Dengan keluasan 11 ekar, Bukit Merah Laketown Waterpark menawarkan pelbagai tarikan menarik. Ada Waterpark, Ecopark, Skycycle & Paddle Boat/ Kayak/ Canoe Dan macam-macam lagi.


Skycycle. Macam best je.

Di water park Ada Giant Wet Bubble dan Boomerang fun – slide di Malaysia. Pilih sahaja nak berseronok di mana, sama ada di “Sandy Beachfront” Wave Pool,Water Flume Rides atau Body Speed Slide.

Water park yg Ada wave gini memang la mama and family minat sangat2

Gambar dari website BMLR. Ada sesapa berani naik slide ni huhuu

Selain itu, terdapat juga kawasan permainan khas untuk kanak-kanak seperti Kids Adventure River dan Perak Mining Pool. Tarikan lain termasuk Chairlift yang terulung yang menawarkan pemandangan panorama tasik dan seluruh resort, kedai cenderamata, Surf Shack dan outlet makanan segera, Bubbles Family Restaurant yang pastinya menjanjikan seribu macam keseronokan buat anda dan keluarga.


Dengan kawasan seluas 14 hektar, Pulau Orang Utan di Bukit Laketown Resort menawarkan pengunjung keterujaan melihat gelagat dan aksi orang Utan. Berasal dari Malaysia dan Indonesia, Orang Utan adalah spesies beruk terancam dan akhirnya akan dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas. Dengan hanya menaiki feri selama lebih kurang 10 minit dari Bukit Merah, anda berpeluang melihat anak-anak Orang Utan dengan pelbagai aksi.


Ecopark ni pun sure Syafi suka ni. Dia mmg suka tengok binatang. Lagi2 kalau konsep petting zoo gini mmg la dia lagi suka


Penginapan di Bukit Merah Laketown Resort

Jika apa yang korang cari adalah penginapan dengan lokasi menyenangkan di Taiping, cuma perlu lihat Bukit Merah Laketown Resort. Dari sini, tetamu boleh menikmati semua kemudahan yang bandar ini tawarkan. Syurga untuk berehat dan bersantai, hotel ini akan menawarkan pembaharuan penuh hanya beberapa langkah dari pelbagai daya tarikan bandar seperti Padang Golf Bukit Merah, Bukit Merah Waterpark, Bukit Merah Ecopark.


Bilik dia cantik Dan murah. Dalam 100-200++ boleh dapat keselesaan yg best. Kalau mama mesti la nak duduk d kampung air. Keluar bilik nampak air. Aduhai tenangnya jiwa.

Bukit Merah Laketown Resort menawarkan perkhidmatan yang sempurna dan semua kemudahan penting untuk menceriakan pelancong. Untuk menamakan beberapa kemudahan di hotel ini, terdapat Wi-Fi percuma semua bilik, pengawal keselamatan 24 jam, kedai cenderahati, meja depan 24 jam, simpanan bagasi.


Suasana Bukit Merah Laketown Resort terpancar di dalam setiap bilik tetamu. televisyen skrin rata, rak baju, linen, cermin, sofa hanyalah sebahagian daripada kemudahan yang boleh didapati di hotel tersebut. Senarai lengkap kemudahan rekreasi boleh didapati di hotel, termasuk kolam renang terbuka, kolam renang (kanak-kanak), taman, sukan air (tidak bermotor). Bukit Merah Laketown Resort adalah destinasi sehenti anda bagi penginapan hotel berkualiti di Taiping.


Untuk harga makanan, harganya bersesuaian dan makanannya sedap sedap belaka. Jadi jangan risau, perut tu tentu Akan bahagia hihi. Lagipun memang ada banyak je garai makan di sini. So korang tak perlu risaulah ye. Bila terasa seronok bercuti, makanan pun best, mesti kita teringin nak datang lagi lain kali. Trust me!


Untuk jenis bilik penginapan di sini, korang tak perlu risau , pihak disana menyediakan penginapan yang selesa dan terdapat kategori bilik seperti Standard Room, Superior Room, Deluxe Room, Junior Suite, dan Kelisa Emas (Suite). Harga yang ditawarkan adalah mengukit musim. Jadi korang perlu bijak memilih tarikh percutian untuk menikmatipercutian dengan harga yang menarik. Jadi jika u ol memang ingin bercuti pastikan ia sesuai untuk percutian keluarga dan juga bersama kawan kawan.


Jadi tunggu apa lagi?
Cepat book Bukit Merah Laketown Resort online. (Klik sini until booking harga murah).

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

26 Comments

Words of wisdom

  1. kawan cakap bercuti sini best. tapi saya tak berkesempatan lagi la. lagipun jauh daripada pahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye ke.. Wah boleh la mama try kalau ke Sana nanti

      Delete
  2. memang best kat BMLTR ni...antara tempat taman tema kat Perak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best ye Mrs fuzy.. Tu la yg teringin nak pegi tu

      Delete
  3. bestnya. dah lama tak pergi water themepark.. tapi tak pernah sampai sini lagi. jauh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita x penah sampai lagi..takpe nanti Ada la peluang Tu kalau Ada rezeki

      Delete
  4. Skycycle tu macam menarik je. Tak peenah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah sampai lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki nak ke sana juga.

      Nak jawab soalan hari tu. Syafi Ana umur 3 thn.

      Delete
    2. Takpelah ana. Nanti boleh kita pegi sama2 bawa Syafi kita Kan.. Syafi ana kecit lagi. Beza 6 tahun dgn Syafi mama

      Delete
    3. Skycycle mmg nampak best Kan. Cuma jgn tinggi Sgt dah le. Gayat hihi

      Delete
  5. wow... mmg best ni bw fmly anak2 mesti suka...

    ReplyDelete
  6. Waterpark dia saya dah masuk siap mandi sekali dengan anak yg baru 3 org masa tu. Mmg best! Tapi pergi haitu xda tido hotel resort pun. Pkul6 resort waterpark nak tutup baru kitorang pun balik. Next time nak cuba ecopark pulak. Tunggu baby besar sikit inshaa Allah. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah unaizah sah penah sampai ye. Bestnya seharian kat Sana Kan. Ecopark tu kena pegi hari lain Pula la baru puas hati

      Delete
  7. Sally pernah cuba nak g sini tapi tak jugak berkesempatan jadinya tak dapat la nak share experience..hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Samalah kita sally. Nnti kita wat rombongan cik kiah ye

      Delete
  8. Replies
    1. Dh lama nk bw ali dan adik g sini.tunggu lepas raya.bleh ke zoo taiping skali

      Delete
    2. Wah nak g lepas raya ke. Nak itot

      Delete
Previous Post Next Post