Fuh.. mama baru sempat berehat Dan menghadap handphone sekejap. Harini mama buat masak-masak sikit untuk ahli keluarga mama; makcik, Pakcik, sepupu sepapat mama. Memang hajat Di Hati nak invite diorang datang rumah Dan masak-masak untuk mereka raya ni. Alhamdulillah.. syukur tak terhingga semuanya berjalan dengan lancar. Tetamu yg datang tak putus-putus Dan kedatangan mereka pun bukan sekaligus. Memang cantik sangat timing Tu. Andai Allah SWT rezekikan untuk buat rumah sendiri, nak buat pelan rumah yang living roomnya besar. Lepas tu guest bedroomnya berdekatan dengan ruang tamu. Ada pengasingan macam ni baru senang nak jaga aurat kan.
Sejak arwah mak mama meninggal 2 tahun lepas, rumah mama Di kampung memang terasa suram sangat Dan kami tak buat apa-apa Majlis pun kecuali kenduri tahlil masa arwah baru meninggal Dan semasa adik mama kahwin tahun lepas. Ini lah juga sebab kenapa mama tak aktif berblogging sejak 2 tahun lepas. Terasa separuh jiwa dah hilang. Ikutkan hati Masih sedih lagi ni tapi rindu Pula suasana meriah Di rumah macam dulu. Alhamdulillah sempat buat Majlis tahlil ringkas bersama ahli keluarga tadi.
Tahlil ringkas
Memang tak sempat langsung nak snap apa2 pics. Mama cuma masak nasi Arab, nasi hujan panas Dan bihun sup saja. Buat bersama adik-adik seronok sangat Kami berewang.
Satu lagi gambar Yang ayah Syafi snap masa mama sibuk melayan tetamu.
Memang Rasa bahagia sangat apabila tetamu datang, makan masakan Kita Dan balik dengan gembira. Badan Yang penat Pun Terasa ringan aje. Sambil-sambil Tu Mari kita baca tentang adab sebagai tetamu Dan bagaimana Nabi Dan rasul terdahulu memuliakan tetamu mereka. Sumber: sinar harian.
SETIAP individu di dunia ini semestinya pernah dikunjungi oleh tetamu. Mereka yang datang bertandang ke rumah, pastinya dengan hajat dan keperluan tertentu.
Islam amat menitik-beratkan hubungan antara sesama manusia. Oleh itu, Islam telah menggariskan adab dan etika tertentu bagi memuliakan tetamu yang hadir ke rumah kita.
Sebenarnyaa, tetamu yang bertandang ke rumah adalah satu amanah ALLAH yang harus ditunaikan haknya. Pihak tuan rumah bertanggungjawab sepenuhnya selama keberadaan tetamu di rumahnya serta berkewajipan membelanjakan sebahagian rezekinya untuk mereka.
Menghormati tetamu dan menyempurnakan haknya menjadikan seseorang muslim itu memiliki iman yang sempurna. Lebih utama lagi apabila tetamu yang berkunjung ke rumah adalah saudara seagama sendiri. Di sini jelas terpancar keindahan Islam yang amat menitikberatkan amalan bantu-membantu sesama manusia.
Namun, keadaan ini tidak menafikan hak tetamu yang bukan beragama Islam untuk mendapat layanan terbaik daripada pihak tuan rumah yang beragama Islam. Golongan bukan Islam yang menjadi tetamu kepada orang Islam juga berhak mendapat layanan yang terbaik daripada tuan rumah.
Berkaitan hubungan sesama manusia, khususnya yang beragama Islam, Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang menerangkan betapa perlunya kita menghormati dan menyayangi saudara seagama. Perkara ini berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang individu muslim.
Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia menyukai (sesuatu kebaikan terjadi) untuk saudaranya apa yang dia sukai untuk dirinya sendiri. - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Menghormati serta memuliakan tetamu juga merupakan sunnah para nabi dan rasul sebagai contoh ikutan terbaik buat umat manusia. Misalnya, Nabi Ibrahim adalah antara para rasul yang amat memuliakan tetamunya.
Baginda menerima tetamu yang bertandang ke rumahnya dengan hati terbuka serta melayani mereka dengan layanan terbaik.
ALLAH telah merakamkan perihal baginda yang menghormati tetamunya serta memberi layanan terbaik kepada mereka menerusi firman-NYA:
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!’’, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” - Surah al-Zariyat : 24-27
Begitu juga dengan kisah Nabi Lut ketika didatangi tetamu yang sebenarnya para malaikat untuk menguji kaum baginda. Tetamu Nabi Lut telah datang ke rumah baginda dengan menyerupai wajah lelaki yang sangat memikat.
Oleh kerana kaum Nabi Lut memiliki perasaan cintakan kaum sejenis, maka mereka berusaha untuk mengganggu tetamu baginda. Lalu baginda telah sedaya upaya menjaga keselamatan para tetamu tersebut daripada menjadi mangsa kezaliman kaumnya yang dilaknat ALLAH.
Al-Quran merekodkan kisah ini:
Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya) sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Lut berkata: “Wahai kaumku. Di sini ada puteri-puteriku. Mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu, takutlah kamu kepada ALLAH dan janganlah kamu memberi malu kepadaku di hadapan tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?” - Surah Hud : 78
Inilah di antara contoh yang jelas bagi menggambarkan pentingnya memuliakan tetamu yang datang ke rumah.
Jika disoroti sejarah Rasulullah pula, dapat dilihat bahawa golongan Ansar telah menunjukkan contoh yang baik dalam hal memuliakan tetamu.
Mereka telah memberi layanan dan bantuan yang amat istimewa kepada golongan Muhajirin yang meninggalkan keluarga, harta benda serta kemuliaan di Mekah semata-mata untuk berhijrah ke Madinah.
Segala keperluan hidup yang diperlukan oleh golongan Muhajirin dipenuhi dengan sempurna oleh Ansar. Bahkan, golongan Ansar ini sanggup menceraikan sebahagian daripada isteri-isteri mereka untuk dijadikan isteri kepada kelompok Muhajirin.
ALLAH menjelaskan kemuliaan sifat-sifat golongan Ansar ini menerusi firman-NYA:
Dan orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah (Muhajirin) ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya. - Surah al-Hashr : 9
Sebenarnya, amalan menghormati dan memuliakan tetamu bukan sahaja menunjukkan akhlak yang terpuji, malah ia berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang muslim. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim:
S
Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, maka hendaklah dia berkata perkara yang baik atau diam. Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, maka hendaklah dia memuliakan jirannya. Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, hendaklah dia memuliakan tetamunya. - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Rasulullah bersabda:
Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Akhirat maka hendaklah dia menyambung silaturahim. - Hadis riwayatal-Bukhari
Di antara adab-adab yang dianjurkan oleh Islam bagi memuliakan tetamu ialah menyambut kedatangan mereka dengan perasaan gembira serta berwajah manis, saling bertanya khabar berita, sedaya upaya menyembunyikan sebarang masalah keluarga, menyajikan makanan, menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan jika mereka bermalam.
Perkara-perkara ini harus dizahirkan agar para tetamu yang datang merasa selesa dan rasa dihormati oleh tuan rumah.
Apa yang lebih penting, kesemuanya ini disediakan mengikut tahap kemampuan tuan rumah, tidak terlalu berkira atau berlebihan serta bukan dengan niat untuk bermegah-megah atas rezeki dan kemewahan yang dimiliki.
Kemudahan yang disediakan kepada tetamu pula haruslah pada kadar kemampuannya yang sederhana, serta tidak membebankan. Jika berasa terbeban dengan apa yang diusahakan untuk tetamunya, maka ia telah jauh tersasar daripada tujuan sebenar jalinan hubungan baik antara tuan rumah dengan tetamunya.
Firman ALLAH:
Dan juga mereka (yang diredhai ALLAH itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tidaklah melampaui batas dan tidak bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. - Surah al-Furqan : 67
Para ulama menyatakan bahawa bertamu yang disyariatkan oleh syarak adalah selama tiga hari. Melayani tetamu pada tahap yang wajib secara yang terbaik mengikut kemampuan hanya untuk sehari semalam sahaja. Manakala dua hari yang selebihnya disyariatkan melayani tetamu dengan apa yang ada di rumah sahaja.
Keadaan ini bagi mengelak perasaan terbeban oleh tuan rumah. Perbuatan yang pada awalnya dikira sebagai mulia, tetapi jika berlarutan sehingga sampai ke tahap menyusahkan tuan rumah, dikhuatiri ia akan menimbulkan suasana tidak elok. Malah, mungkin menimbulkan persengketaan pada kemudian hari.
Rasulullah bersabda:
Bertamu itu tiga hari; dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Para sahabat bertanya: “Bagaimana caranya dia berdosa?” Jawab baginda: “Orang itu menetap di rumah saudaranya, sedangkan saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan kepada tetamunya itu.” - Hadis riwayat MuslimB
Bagi tetamu pula, mereka juga seharusnya menjaga adab serta etika sepanjang berada di rumah orang lain. Contohnya, mereka seharusnya memilih masa yang sesuai bagi pihak tuan rumah sebelum bertandang.
Tidak manis sekiranya tetamu itu datang bertandang pada waktu pagi selepas solat subuh, waktu tengah hari ketika orang sedang beristirehat, waktu maghrib dan juga larut malam. Inilah hak tuan rumah yang mesti dihormati oleh para tetamu.
Penuturan kata-kata juga mestilah sentiasa dijaga agar tidak mengundang rasa kurang senang dan menyakiti hati tuan rumah.
Selain itu, tetamu seharusnya sentiasa menjaga setiap tingkah laku serta tidak mengganggu masa tuan rumah yang sepatutnya diperlukan untuk menyelesaikan tugasan harian mereka yang lebih penting.
Tetamu sepatutnya mengucapkan ucapan ‘terima kasih’ di atas segala layanan yang telah diberikan pada akhir kunjungan mereka serta mendoakan kebaikan buat tuan rumah seisi keluarga. Lebih penting, pihak tetamu wajib menjaga rahsia serta aib tuan rumah sepanjang keberadaan mereka di rumah tersebut.
nice sharing...betul2 tetamu ni beri lebih byk rezeki kpd kita..insyaAllah
ReplyDeleteBetul Anisa.. insya allah
DeleteSemoga ibu mamapp damai di sana. Amin.
ReplyDeleteAmin yrba. Tq Adam. Rindu sangat pada dia
DeleteSeronok dpt kumpul adik beradik merewang..bila org tua dh tak ada ni adik beradik pun dh payah nak berkumpul sama lagi..kenduri tahlil camni la oeluang nak bersatu
ReplyDeleteMemang kewajipan kita sebagai tuan rumah layan tetamu dengan baik. Sebab tu la kan tagline tetamu membawa rezeku.cehh tagline.hahaha
Betul pn kutu. Nak berkumpul semua mmg susah. Haha Ada tagline. Takpe, tagline Tu bagus tu
Deletetetamu datang akan membawa rahmat..tu la yang bestnya.
ReplyDeleteBetul tu mrhanafi
DeleteBarang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaknya memuliakan tamunya
ReplyDeleteTq Kang oim.
DeleteNIce sharing mama.. setuju.. tetamu membawa rezeki..
ReplyDeleteSaya suka org dtg rumah..sebab mereka bawa rezeki tp nak dtg biarlah time ada di rumah..kalo dtg time kita xde rasa bersalah pula.
ReplyDeleteKita Rasa seronok bila tetamu pun seronok kan
ReplyDeletesetuju dengan pendapat Mama.ianya juga dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama insan dan memberi suatu impak positif di dalam kehidupan amnya.
ReplyDeleteBetul tu gv
ReplyDelete