Alkisah, semalam mama Dan family pergi ke mydin hyper untuk bershopping raya (tahun ni shopping awal. Dah setel semua cuma sikit2 je lagi).
Dah habis shopping Di ground floor kitaorg nak Naik tingkat atas pula. Mama dgn Syafi disuruh ayah Syafi Naik dulu sebab dia nak Cari atuk Syafi. Sedang on the way nak ke escalator tetiba mama terasa bahu ni ringan aje.. sudah!! Bila raba-raba mmg handbag dah xde . Cemasnya mama masa Tu. Mama ckp laju2 dgn Syafi suruh tunggu tempat yg kitaorg berdiri masa Tu sambil mama berlari ke tempat baju2 melayu sebab mama suspect tertinggal kat situ. Kali terakhir mama ingat handbag Tu Ada lagi masa mama test seluar baru Syafi kat situ.
Masa tu ayah Syafi dah taktau kat mana.. Sambil berlari sambil telefon ayah Syafi bgtau handbag hilang. Perasaan dah tak tau nak ckp macam mana. Dah pusing 3, 4 Kali tak jumpa juga adoyaiii Rasa nak nangis dah mama masa tu. Last2 ayah Syafi suruh pergi tempat customer service. Sempat mama jeling troli yg penuh. Alahai cmne nak bayo ni handbag hilang..
Sambil berjalan ke tempat customer service macam2 la yang mama zikirkan.. bila buka pintu office customer service Tu Mata mama terus meliar2.. tetiba, nah! Tu dia, dia duduk cantik je di atas meja belakang tempat staff yg bertugas. Terbeliak Mata mama tak percaya. Sambil tgn tunjuk beg sambil ckp "itu beg saya..." . Terkejut juga org yg Ada kt situ. Pelik lah sape makhluk yg boleh tertinggal handbag ni.. alhamdulillah.. syukur sgt2. Mmg xde satu pun barang yg hilang Dari handbag mama. Staff customer service kata cashier yg pulangkan kat situ. Ada org yg bagi pada cashier. Dan.. dah nak dekat sejam dah beg Tu kat situ..
Alhamdulillah.. alhamdulillah.. sesungguhnya Ada ramai lagi yg berhati mulia kat luar sini. Terima kasih yg tak terhingga pada org yg terjumpa Dan pulangkan handbag mama semalam. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa budinya. Mama doakan semoga dia murah rezeki Dan bahagia dunia akhirat..
Sampai harini Syafi bahankan mama.. "handbag mama hilang, pastu syafi kena tinggal dengan mama".
Ada seorg customer dalam bilik customer service masa mama jumpa beg Tu tanya, "beg tertinggal, anak tinggal x?"
Mama selamba jawab "anak mmg tinggal dah kat dalam"..
Huhuu.. Taubat taknak cuai lagi...
alhamdulillah..dapat jumpa balik handbag kan..nway
ReplyDelete.baru tau adda dh aktif balik berblogging..kite sblm.ni tkdelah aktif sgt tapi ada gak update sket2..lately few.mth ni yg dh mula.malas giler update dah..huhu..kesian kat blog
Tu la rindu la lily dgn geng2 bloggers made. Bagusnya lily on aktif balik ye
DeleteAlhamdulillah.. masih ada amnusia yang baik dan prihatin..
ReplyDeleteYe shahida.. syukur sgt2 Ada org macam ni
Deletealhamdulilah jumpa semula,pernah merasa beg hilang takut gilerrrr....hahaha tapi tu semua kisah lama....
ReplyDeleteMama faham perasaan takut Tu Macam mana. Huhu xnak Rasa lagi takut gitu
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteRezeki halal.
Alhamdulillah syukur
DeleteAlhamdulillah mujurlah jumpa. Kalau tak nangis tak berlagulah. Kalau saya suami mesti duk bebel2 dah.hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah raihan. Ayah syafi membebel dia cuma buat muka she hihi. Dulu dia pun pernah tertinggal duit rm1000 dalam envelop kt kedai makan. So kitaorg serupa je hihii
DeleteHahaha samalah syuk. kalau pergi memana, shopping ke apa, memang terlupa mana letak beg. Barng yang selalu terlupa, spek and jam.
ReplyDeleteTgh syok shopping Tu yg boleh smpai tertinggal segala Kan syuk
Deletealhamdulillah dah jumpa balik kan..dugaan jer tu..hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tu la Allah nk bg ingat jgn asyik Sgt tu
Deletepernah tertinggal handbag gak.. tp dalam kedai makan.. bila sedar takde.. berdesup jantung macam nak jatuh. alhamdulillah ada rezeki dapat balik :)
ReplyDeleteSamalah Yati.. mesti sama perasaan kita masa tu kan
DeleteSeramnyaaa, kehilangan memang seram kan
ReplyDeleteMmg seram.nona huhu. Tapi bila dh jumpa tu nikmat sgt
DeleteAlhamdulillah jumpa balik. Mesti rasa takut sebab banyak barang berharga and document macam IC and kad bank
ReplyDeleteMmg takut sgt2 rasya huhu.. alhamdulillah dah jmpa
DeleteAlhamndulillah, nasib baik ada insan yang baik hantarkan ke tempat customer service..
ReplyDelete