Ibadah lain yang menyamai Malam seribu bulan


Assalamualaikum.. semalam semasa berbuka puasa mama tertarik dengan tazkirah dari seorang Ustaz Di TV alhijrah.

Beliau mengatakan, walau kita terlepas Malam Lailatul qadar Di bulan Ramadhan (semoga tak terlepas.. Amin), tetapi Ada satu amalan Yang boleh kita buat sepanjang tahun Yang membolehkan kita mendapat pahala sama seperti beribadat seribu bulan yakni selama 83 tahun.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)

Apakah ibadah itu. Ya, ibadahmya adalah sembahyang sunat ba'diah selepas sembahyang isyak. So, bagi sesiapa Yang inginkan pahala ibadat seribu bulan, marilah kita kerjakan solat sunat ba'diah selepas sembahyang fardhu isyak. Ya Allah, banyaknya kelebihan solat ni Kan.

Sebenarnya solat sunat rawatib (solat sunat sebelum Dan selepas solat fardhu) memang banyak sgt kelebihannya. Tapi Kali ni mama nak cerita tentang solat sunat selepas isyak saja.

Kata Anas r.a (Rasulullah saw bersabda) solah sunat 4 rakaat selepas fardhu Isya, seakan telah disamakan dengan malam Lailatul Qadar, demikian juga dari Siti Aisyah r.a yang dikeluarkan oleh Al Baihaqi (Khazinatul Asrar 1/27)

So, bagi sesiapa Yang ingin mengerjakan solat sunat ba'diah selepas isyak, ini niatnya ye.
اُصَلِّيْ سُنَّةَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ بَعْدِيَّةً مُسْتَقْبِلَ اْلقِبْلَةِ اَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Usholli sunnatal 'isyaa-i rok'ataini ba'diyyatan mustaqbilal qiblati adaa-an lillaahi ta'aala.
Aku niat melakukan shalat sunat sesudah isya 2 rakaat, sambil menghadap qiblat, saat ini, karena Allah ta'ala.

Kalau nak buat 4 rakaat perlu dibuat dengan 2 salam.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. berganda ganda amalam dalam ramadhan..satu saja bulan yg ade bonus lebih

    ReplyDelete
  2. Semoga kita tetap instiqamah dlm menjalankan ibadah.. Aminn..

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Td dgr dkt radio dato fadhilah kamsah saran buat solat sunat 2 rakaat lps Subuh. Byk kebaikkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sembahyang sunat rawatib mmg bagus sgt Di amalkan kan

      Delete
  4. Semoga kita dapat meraih malam yang lebih bai dari 1000 bulan ni..amin

    ReplyDelete
  5. tq adda share info ni.. moga kita sama2 perolehi kesempatan tu kan..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas info. In shaa Allah sama2 kita tingkatkan amalan :)

    ReplyDelete
  7. Amin.. jom kita buru Malam Lailatul qadar kalau bukan bulan puasa.. bulan lain pun boleh

    ReplyDelete
  8. banyak juga amalan yang menyamai amalan yang sebenr..

    salat isyak dan subuh berjemaah di masjid umpama solat sepanjang malam

    baca surah al Ikhals 3 kali menyamai 1 kali khatam al quran..

    banyak lagi..

    Allah sangat penurah dan sayang hambaNya dengan memberi tawaaran tak masuk akal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mr hanafi. Berapa kasihnya Allah pada kita semua kan

      Delete
  9. Saya terlepas pandang progrem tu kat tv. Terimankasih kongsi di sini.

    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post