Memburu Lailatul Qadar - Buat 5 perkara ni confirm berjaya. Sekejapan aje kita dah hampiri 10 Malam terakhir Ramadhan kan. Tentu saja setiap orang Islam berkeinginan untuk berjumpa malam Lailatul qadar iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Ini adalah tips 10 Malam terakhir Ramadhan yang confirm kita Akan dapat bertemu dengan Lailatul qadar iaitu menyamai beribadat selama 83 tahun. Fuh, siapa taknak kan. Mama share blog post yang pernah mama post sebelum ni.
Allah S.W.T menjanjikan kebaikan yang berganda pada malam barakah ini.. Sabda Nabi S.A.W.
التمسوها في العشر الأواخر
"Mohonlah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir" -H.R Bukhari
Dikhususkan lailatul qadar pada malam ganjil di sepuluh malam terkakhir iaitu malam 21, 23, 25, 2, 29.
Antara kelebihan malam Lailatul Qadar
1) Lailatul Qadar lebih baik daripada 1000 bulan (83 Tahun).
2) Turunnya para Malaikat & Sayyidina Jibril a.s.
3) Ketenangan dan barakah sehingga terbit fajar.
4) Sesiapa yang bangun pada malam mulia ini dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
Tips Bertemu malam Lailatul Qadar
Dalam 10 Malam terakhir pasti Salah satu harinya adalah Malam Lailatul qadar. So dgn membuat ibadah secara consistent setiap malam maka confirm lah kita dapat bertemu malam Lailatul qadar itu. Buat 5 perkara ni setiap hari insya Allah terjamin kita peroleh amalan umpama malam seribu bulan Insya Allah.
1. Baca Al Quran setiap Hari
2. Perbanyakkan berzikir setiap Hari
3. Sembahyang tahajjud setiap Hari
4. Sembahyang sunat 2 rakaat setiap hari
5. Menderma RM 1 setiap hari
So.. jom persiapkan diri Dan gandakan ibadah kita semoga kita dapat berjumpa dengan Malam Lailatul qadar. Job ikut langkah ni;
Berdoa Untuk 10 Malam Terakhir Semoga Dimakbulkan Allah SWT.
Bahagian 1 – Pengampunan Dosa
1. Minta ampun ke atas dosa2 diri sendiri
2. Minta ampun ke atas dosa ibu bapa
3. Minta ampun ke atas dosa pasangan
4. Minta ampun ke atas dosa anak-anak.
5. Minta ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik)
6. Minta ampun ke atas dosa guru2/ustaz/ustazah
7. Minta ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)
Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan
1. Dimurahkan rezeki
2. Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga
3. Anak-anak diperlihara oleh Allah
4. Minta rezeki diberkati
5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit
6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung
7. Minta hati anak-anak kita tidak berpecah belah
8. Minta orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita
9. Dijauhkan dari orang yg dengki khianat, iri hati, cemburu kpd kita
Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian
1. Mohon Mati dalam husnul khatimah
2. Mohon Mati dijauhkan dari fitnah
3. Mohon Dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, muhammadur rasulullah”
4. Minta mati sedang dalam beribadah
Bahagian 4 – Alam Barzakh
1. Jadikan kuburku nanti dari taman-taman syurga
2. Jangan jadikan kuburku dari lubang, lubang api neraka
3. Ya Allah, aku takut gelap (terangkanlah kuburku)
4. Ya Allah, aku takut sempit (luaskanlah kuburku)
5. Ya Allah Engkau lapangkanlah kuburku sejauh mata memandang
6. Engkau berikanlah rezeki pada ku didalam kubur nanti
7. Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat dudukku di dalam syurga
Bahagian 5 – Ketika di Padang Mahsyar
1. Ya Allah, selamatkanlah aku di padang mahsyar
2. Jadikan aku orang yang duduk dibawah perlindungan arashmu
3. Ya Allah, jangan Engkau seksa aku di padang mahsyar
4. Berikanlah suratan amal dari tangan kanan
5. Padamkan dosa-dosaku di dalam kitab2 amal
6. Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa-dosaku yang dulu aku lakukan di tayangan amal
7. Tutup dan lindungilah aib-aibku,dosa-dosaku dan kesilapanku dulu
8. Beratkan timbangan amal di sebelah kananku
9. Masukkan aku di dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab.
Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat
1. Permudahkanlah aku milintasi titan sirat
2. Jangan jatuhkanku ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat
3. Ya Allah, tolonglah aku ketika melintas titian sirat
4. Ya Allah, percepatkanlah aku melintas titian sirat sepantas kilat.
Bahagian 7 – Masuk Syurga
1. Ya Allah, kurniakan aku syurga firdaus
2. Bangkitkan aku bersama nabi Muhammad saw di syurga firdaus
3. berilah aku dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW
4. Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api neraka.
Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Tags
ISLAMIK
insyaAllah adda.. kita sama2 berjuang!
ReplyDeleteIn syaa Allah.
ReplyDeleteInsyaAllah..kita kena usaha lebih dan ikhlas...
ReplyDeleteAmin.. semoga kita semua dapat bertemu dengan Lailatul qadar.
ReplyDeleteMenarik sangat. Thnks
ReplyDeleteIn shaa Allah, sama2 kita usahakan.
ReplyDeleteInsha Allah moga Allah permudahkan kita untuk bertemu dengan malam penuh keberkatan itu.
ReplyDeleteAmin. Semoga kita semua dpt bertemu Malam Lailatul qadar ni ye
ReplyDeleteAamin ya rabb..mudah mudahan..
ReplyDeleteamin....semoga kita semua dapat bertemu malam lailatul qadar..
ReplyDeleteAmin yrba
ReplyDeleteamiin2..Ya Robbalalamin..
ReplyDeleteAmin, semoga kita bertemu dgm mlm lailatul qadar..
ReplyDeleteAamiin....tq for sharing
ReplyDeleteCuba buat ibadah banyak-banyak. Insya Allah.
ReplyDeleteAamin..terima kasih info...malam ni 21..malam 21,23,25,27 ayuh tambah2kan amalan
ReplyDeletein shaa Allah...sama-sama kita doakan dapat rezeki Lailatur Qadar
ReplyDeleteInsha Allah. moga dapat bertemu malam lailatul Qadar. sedih sikit sebab ABC. huhu
ReplyDeleteaminnn~ thanks sharing :)
ReplyDeleteAamiin
ReplyDeleteInsha Allah, kita ni pulak hujung2 puasa ni la tetiba kena 'cuti'. Awal pulak dia datang selalunya awal bulan baru datang. Takpelah, kita buat mana yang boleh.
ReplyDeleteAmin...semoga kita semua dipertemukan dengan Lailatul Qadar, terima kasih atas perkongsian...
ReplyDeletesemoga kita semua bertemu dgnnya
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan dan panduan. Ramadan makin sampai ke hujung. Harap masih ada peluang
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb.. semoga kita semua terpilih bertemu malam LailatulQadar..
ReplyDeletemlm ni mlm 27 so apa lagi? jom pecut!
ReplyDelete