Restoran Nasi Lan Kedah

Pemburuan makanan untuk berbuka Hari ni membawa mama ke restoran Nasi Lan Kedah. Ini adalah restoran nasi kandar. Katanya sedap Dan murah dan style nya ala2 nasi lemak royale (Kami dah Cuba ni juga masa memula restoran Di buka di Shah alam beberapa bulan lepas. Kenalah beratur sejam).

Kalau sesiapa nak pergi ke Restoran Nasi Lan Kedah cawangan Shah alam, ini alamat beliau ye;

Jln Serai Wangi N 16/N, 
Seksyen 16, 41300 Shah Alam, 
Selangor, Malaysia.

Waktu operasi 9 pagi hingga 12 pagi.
Bulan puasa ni mama x sure buka pukul berapa. Boleh Telefon untuk booking atau sebarang pertanyaan Di no +60175914172.

Tempat ni boleh dipanggil juga Padang jawa. So kalau org ckp seksyen 16 atau Padang jawa Tu kiranya tempat yg sama la ye.


Jam 6 petang Kami sampai dah mula beratur dah. Org cina pun ada beberapa org tengah beratur juga kat sini. Kiranya mmg pilihan 1 Malaysia juga lah sini ye.


Baru pukul 6 petang tapi nampak meja mcm dah fully reserved dah. Pekerja restoran pun dah mula letak lauk2 atas meja. Ni antara lauk Yang mama sempat snap gambar.

Sotong kembang

Ayam madu

Hati lembu kot

Byk tray nampak dah kosong. Tapi percayalah sepanjang beratur dah 2-3 Kali mereka top-up cthnya sotong, daging, ketam dan ayam madu Tu.

Soft shell crab. 

Tebal betul telur Dadar dia

Sotong tgh dipotong2

Wow sedapnya kan

Fuh, penat juga beratur. 40minit juga Tu beratur. Naik cramp gak urat keting mama hihi..
Akhirnya kami bejaya menapau nasi pukul 6.40ptg.


Mama Dan ayah Syafi ambil sotong, daging, bergedel Dan ayam madu. Kesemua ya RM 24.70 sahaja. Ok la Kan takdelah Mahal sgt kan. Yang bestnya kat sini semuanya dia potong Kan Dari daging, sotong, daging, ayam... Tapi bergedel xpotong la ye. Maka senang lah nak kunyah nanti.

Antara harga menu yg mama dpt capture;
Ketam kulit lembut rm16-18.
Ikan tenggiri rm4-6
Bergedel rm1.80
Sotong size kecil rm10 (kalau besar boleh cecah sampai rm40)
Nasi rm1.70
Kuah Dal rm2.
Ayam rm4.50
Daging rm3.00



Masa nak balik Tu terkejut tengok org Yang beratur dah sampai ke parking dah (dulu masa beli nasi lemak royale dlu beratur 1 jam juga dah le tgh panas).. Taktau lah depa ni sempat beli makanan sebelum waktu buka ke tidak. kuat juga penangan nasi kandar org utara ni ye.

Alhamdulillah semuanya dah masuk Dalam perut. Makan dgn mix salad homemade Dan juga telur masin. Sedapp... Pada mama sotong, daging Dan ayam madu dia memang sedap. Cuma kuah campur2 tak berapa umpph sikit. Macam cair. Tapi menurut ayah Syafi dia kata sotong mcm x fresh. Mama makan ok aje rasanya. Overall sesiapa yg belum Cuba Tu kenalah try sendiri sebab tekak kita semua tak sama deria rasanya Kan. So, kenalah Cuba sendiri baru tau.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Sotong dengan soft Shell crab tu nampak menarik.. tapi bab nak beratur nie yang tak lalu.. hehehe

    ReplyDelete
  2. masyaAllah ramainya org beratur. mmg sah2 sedap la nih.

    ReplyDelete
  3. oleh sebab murah dan sedap ramai yang sanggup menunggu...

    itu dah kira bagus

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah mamapp...

    Aduh, tiba2 terus teringin nak makan nasi kandaq aih. Balik raya ni haruih kena pi caghi :)

    ReplyDelete
  5. wauuu..gigihnya org beratur lama2 bulan posa ni..agagaga..kite n zara sukaaaa sgt nasi kandar..tapi en husband tak berapa layan..huhu

    ReplyDelete
  6. Ketam tu nampak nak terkam dulu.. Haha..

    ----
    ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017

    http://www.erazfadli.com/2017/06/eraz-fadli-bagi-hadiah-raya-aidilfitri.html

    ReplyDelete
  7. ya Allah tengok sotong tuuuuuu TT__TT

    ReplyDelete
  8. Kalau dah beratur panjang macma tu mesti sedap ye MS. Tak sia sia beratur akhirnya dapat jugak beli apa yg diidamkan hihi

    ReplyDelete
  9. Bila tgk gambar makanan tgh bulan posa ni mmg mencabar Iman Kan. Jom serbuk nasi kandaq arini haha

    ReplyDelete
  10. Aduhai..kalau SA mmg sotong tu amik sekor besar2.. fav tu..

    ReplyDelete
  11. Aduiiiiii tgk gambar makanan ni memang bole telan liur
    Hahaha

    ReplyDelete
  12. Bolehlah Cuba try test Suria Dan nini ye

    ReplyDelete
Previous Post Next Post