Haaa Kan dah kena grounded...

Yesterday, Syafi was grounded... from using his handphone. Haha merasa lah dia kena grounded. Selalu mama bagi can aje Kan. Alkisahnya semalam mama bagitau Syafi Yang berkemungkinan.. diulangi sekali lagi... Berkemungkinan dia xyah pergi sekolah sesi petang, in case kalau mama jadi pergi melawat boss mama yg retak tulangnya akibat terjatuh Di rumahnya.

Selalunya mama memang balik ke rumah setiap lunchtime untuk hantar Syafi ke sekolah. Tapi kalau mama dah pergi melawat, maka tak sempatlah mama nak balik Kan. So, tetiba tak jadi Pula plan mama dengan beberapa orang opismate mama. Mama pun Telefon anak mama seperti biasa, bagitau tak jadi Dan suruh dia pakai baju sekolah. Jap lagi mama nak hantar gi sekolah..

Ade ke.. dia WhatsApp mama suruh mama pergi juga rumah boss mama Tu. Bila mama kata mama tak tau jalan ke rumah boss mama, senang je dia suruh mama guna GPS. Ahaii... Budak zaman moden ni.. last2 mama suruh dia get ready gak, pastu dia boleh tak layan mama. Mama call banyak Kali dia taknak jawab. Isy, budak ni... Bila mama dh sampai rumah, ingatkan dia dah ready, tapi rupanya duduk Dalam selimut, masih berpakaian biasa.. menangis tak nak gi sekolah hahaha.. umur dah 9 tahun oii, takkan tantrum lagi Kut.. klik ni kalau nak lebih tahu tentang tantrum- Tantrum-apa-yang-perlu-dibuat.

Dah dipujuk-pujuk tak mau, bergulung dh mcm tenggiling Dalam selimut Tu.. akhirnya mama malas nak layan dah. Mama mula buka cerita sedih bagaimana balasan anak derhaka, tentang bagaimana perasaan seorang ibu bila anak tak dengar kata, etc. Hmm.. tak jalan juga. Malas dh nak buang masa mama terus ambil handphone dia Dan mama balik ke office semula. Biar dia Rasa duduk rumah takde handphone dia Tu. Pastu, dengan menggunakan handphone dia mama WhatsApp kat group Kami Yang Ada 3 orang ni je..


Hmm.... Iye tak ye juga kan.  Takde handphone, tapi komputer kat rumah Tu boleh aje dia guna haha.. 

Mula-mula Tu memang Ada perasaan marah mama pada budak ni.. tapi rupanya Ada hikmah disebalik Yang berlaku. Ada sesuatu yg berlaku Di office sehingga membuatkan mama balik lambat hingga hampir pukul 8 Malam baru sampai rumah. Hmm.. tak jadi nak marah dibuatnya. 

Tak habis lagi cerita... Rupanya anak mama dah ok bila mama sampai rumah Tu. Ada Surat cinta lagi diletak Di tempat telekung mama. Nak gelak mama dibuatnya, kalau korang faham boleh lah Cuba baca tulisan Syafi yg macam tulisan doktor ni.

Pesanan suruh baca buku ..

Surat minta maaf Dari Syafi hahaha...siap ada love Tu..

Mama jawab Dan suruh Syafi reply

Ok, dia dah janji tak buat lagi. Semoga Syafi tak buat lagi perangai ni. Lagipun Umur dah 9 tahun, dah besar untuk buat perangai sebegini. So, selepas habis sesi membalas Surat, maka session grounded diakhiri dengan Syafi bersalam dan cium Tangan mama, cium pipi, cium dahi Dan peluk-peluk mama.  Ok, mama memang dah lama cool down dah nak..

Sebelum tido, dia ngayat mama.. "Mama, kenapa Syafi Rasa macam kena grounded Dari guna handphone?". Jawapan mama, "memang grounded lah ni. Cuma next time lebih lama lagi mama ambil handphone Tu tau". Lalu, mama pun pulangkan lah smula handphone dia.. uik, panjang Pula cerita mama Kali ni.

Ceeita pasal menangis ni, Tetiba teringat Pula mama cerita masa Syafi Umur 2 tahun. Cerita dia kena gangguan makhluk halus. Kalau nak  tau meh baca ni. Bila baca semula Seram pula rasanya huhuu..



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

20 Comments

Words of wisdom

  1. Uikk bagusnya anak mama. Cepat menyesal dari buat salah.

    ReplyDelete
  2. alolo.. comel ja dia bagi note maaf tu..

    ReplyDelete
  3. Bagus Syafi..buat salah dan minta maaf

    ReplyDelete
  4. Hahaha...comel gile notes dari syafi...macam bercinra plak...ekeke

    ReplyDelete
  5. Haha.. Comelnya syafi. Sama macam syafi ana. So far dah lebih seminggu tak bagi dia hp. Setiap kali dia tanya hp dia dah caj ke belum, ana jawab belum. Terus dia main mainan dia. Hehe

    ReplyDelete
  6. haha comel ja main tulis surat dengan anak. Tulisan pun salah satu cara berkomunikasi. bagus

    ReplyDelete
  7. Alahai mama...sebijik perangai macam anak sulung kita, 9 tahun jugak. Suka hantar surat cinta minta maaf kalau buat salah apa2. Suruh tick sebijik macam syafi :)

    Be a good boy ye syafi.

    ReplyDelete
  8. alahai, comelnya syafi ni bagi surat dekat mama dia.

    ReplyDelete
  9. alaa comelnye syafi.. surat cinta tu siap suruh tick lagi yang mane 1.. haha..

    ReplyDelete
  10. so cute..kalau anak sy malas nk gi sekolah di mmg minta pastu cakap nak cuti peristiwa...mmg mcm2 budak2 skrg ni..banyak akal.

    ReplyDelete
  11. alololo..comel jea dia mintak maaf

    ReplyDelete
  12. haha amboi comel tol..
    da mcm kena jwb sokla pekse..ad pilihan jwpan ^o^

    ReplyDelete
  13. Agaknya budak Umur camni suka buat soalan dgn jawapan objektif ye haha.. nanti Syafi dah besar harapan mama biar dia baca post ni

    ReplyDelete
  14. ALahai, comeynya dia bagi nota mintak maaf... Hihi

    ReplyDelete
  15. advancenya budak kecik skang pakai teknologi semua. huhu. terasa diri terlalu purba skang ni. huhu.

    ReplyDelete
  16. Pandai dia memujuk mama dia.. Comel sangat suratnya.. Kikiki

    ReplyDelete
  17. Haha kdg2 kelakar yet teehibur dgn telatah anak2 ni kan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post