Kata-kata yang lahir dari mulut ibu bapa merupakan satu doa

Bagaimana korang berkomunikasi dengan anak ye..bagi mama, kadang-kadang memang terlepas juga kata-kata yang rasanya x sesuai diucapkan kepada anak especially bila Hati dah geram sangat.

Tapi most of the time mama Cuba kawal percakapan mama dihadapan anak Dan juga bila kita communicate dengan orang lain tentang anak kita. Contoh: "anak saya Tu pemalas asyik tak buat homework je. Nak kena suruh baru buat".

Bayangkanlah Kalau anak yg mendengar Tu Macam mana perasaannya. Ibarat si ibu mengumpat tentang anak sendiri Pula Kan. Dulu mama Ada juga tersasul mengumpat anak sendiri tetapi mama pun terfikir sendiri bagaimana perasaan Syafi kalau dengar komplen mama tentang diri dia Kan. Mama kesian Dan takut Akan memberi kesan pada jati diri dia. So sekarang memang mama beringat sangat especially kalau Ada orang Komen pasal saiz badannya Yang sihat Tu haha.. 

Kata-kata yang lahir dari mulut ibu bapa merupakan satu doa
Si bambam mama dengan 2 pupu dia. Siapa tahu mana satu syafi? 

Kata-kata yang lahir dari mulut ibu bapa itu merupakan suatu doa. Maka, sudah sewajarnya seseorang itu perlu berhati-hati sebelum berkata-kata.

Benar apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w, betapa hebatnya kata-kata yang muncul dari bibir orang tua terhadap anaknya.  

“Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan satu kalimat yang dibenci oleh Allah yang dia tidak merenungi (akibatnya), maka dia terjatuh dalam neraka jahanam.” (Riwayat Bukhari). 

Cukup dengan satu kalimah sahaja, boleh menjadi punca hancurnya keperibadian anak. Misalnya anak berbuat salah walaupun sudah cukup berhati-hati. Lalu si ibu bersuara lantang dan terus memarahi anak. Dan ini menyebabkan hati anak anak putih bersih menjadi hancur dengan kata-kata yang keluar dari mulut si ibu.   

Hakikatnya, sebesar mana pun kesalahan anak, tidak sewajarnya seorang ibu itu melontarkan kata-kata kasar dan boleh mengguris hati anak.  Bukankah proses membentuk anak itu memerlukan toleransi? Kata-kata kasar dari seorang ibu itu sangat menyakitkan hati dan meruntuhkan konsep dirinya. Tindakan ini juga akan membuatkan anak berasa terasing, rendah diri, sering melakukan kesalahan,  dan rasa tidak dihargai.  Dan lama-kelamaan keperibadian anak akan menjadi negatif, pasif dan tiada keyakinan dalam diri. 

Alangkah indahnya jika si ibu menahan lidah dan berkata, “Tidak mengapa nak..... jangan ulangi kesalahanmu’. 

Dengan kata-kata indah ini, anak akan berasa dihargai meskipun dia pernah berbuat salah. Tidak lagi terasa asing, semakin cekal dan mempunyai keperibadian yang positif. Membentuk keperibadian diri Konsep diri adalah cara anak memandang dirinya. Jika anak berasa tenang,  gembira dan bangga dengan dirinya, ia membawa maksud dirinya adalah positif.  Jika sebaliknya, anak akan mudah sensitif terhadap perkara-perkara yang negatif.  

Kebiasaan ibu bapa menyampaikan kata-kata yang positif ini akan dapat membantu anak  membentuk nilai-nilai yang baik dalam diri. Malah, ibu bapa juga disarankan agar mengawal emosi dan godaan dari berbicara tentang hal-hal yang boleh merosakkan peribadi anak.  

Seperti mana orang dewasa, anak juga memiliki perasaan yang  harus dijaga agar tidak tersentuh dan terluka. Salah satu perkara yang boleh menyebabkan hati si kecil terguris adalah, melalui kata-kata  negatif yang boleh merendahkan harga diri seorang anak. Misalnya,  ‘ dah besar tapi masih suka menangis,’ atau ‘buat malu je, pakailah otak sikit’.   

Segelintir ibu bapa mungkin beranggapan, kata-kata seumpama ini merupakan satu hal yang biasa. Namun ia akan menjadi luar biasa sekiranya, anak-anak tidak diberi ruang untuk dihormati.  Sesuai dengan tahap perkembangan anak, adalah wajar jika setiap  anak itu berasakan dirinya mampu, kerana inilah permulaan tumbuhnya rasa percaya dalam diri. Walaupun secara umumnya, anak  itu masih belum faham tentang kemampuannya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Namun, perasaan dan tindakan inilah yang perlu di dihargai oleh setiap ibu bapa.   

Bantu dan doronglah anak, sekiranya dia menemui jalan buntu dan kegagalan.  Jangan mudah marah dan lontarkan kata-kata nasihat agar anak tidak rasa ketinggalan di belakang.  Seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w, kata-kata yang dilontarkan itu merupakan satu doa. Maka elakkanlah memarahi dan menegur anak dengan kata-kata yang kesat.

Rujukan: Majalah i

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. Nisa rasa serba salah bila ada mak student nisa cakap mcm tu...

    ReplyDelete
  2. memang bila nafsu marah menguasai diri... akan terkeluar kata-kata yang tidak sepatutnya kepada anak-anakk..

    ReplyDelete
  3. tu lah kekadang parents ni mulut main lepas je. Cici pun sama jugak :( bila teringat balik apa yang dicakap, sedih pulak. hurmm

    kids pun ada hati dan perasaan

    ReplyDelete
  4. Cuba sebaik mungkin kawal apa yang keluar dari mulut.. Kadang-kadang bila marah memang tak sedar apa yang keluar..

    ReplyDelete
  5. good rminding. kadang2 parents ni bila dah stress, ngna penat kerja, housechores lagi, ada yang tanpa sedar terlepas kata2 negatif tu kat anak2

    ReplyDelete
  6. tu la sebagai ibu ni kita kena berjaga2 bila berkata...kena ajar mulut tu kan..hehe saya pun masih belajar utk jaga mulut tu..hehe
    https://umifuzy.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. Betul tu kak. Bila marah, perkataan yg keluar tu mmg kena tapis satu2. Takut menjadi doa yg tak elok utk anak2.

    ReplyDelete
  8. insyaAllah kena banyak bersabar dan jaga mulut

    ReplyDelete
  9. Betul tu.. kena banyak bersabar Dan lebih bijak mengeluarkan kata2

    ReplyDelete
  10. doa ibubapa..sangat makbhul untuk anak -anak mereka

    ReplyDelete
  11. sebagai mak ayah, yes ken banyak sabar. baik diam dr berkata2

    ReplyDelete
  12. Betul.. menjadi ibu bapa bukan setakat membesarkan anak2 je kan

    ReplyDelete
  13. Semoga kita sentiasa ucap yg baik2 untk anak2 mahupun org lain.. sudah lumrah.. kena byk sabar dlm hidup ni kan..

    ReplyDelete
  14. Insya Allah. Sama2 lah Kita beringat

    ReplyDelete
  15. GV setuju dengan pendapat mama. kata2x tu mmg doa. InsyaAllah. sama2x lah kita beringat juga. Aamin.

    ReplyDelete
  16. cukup risau kalau ibu berkata yang bukan2...tapi sebb kita dah besar,kita dah fhm kenapa...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post