Wang Tak Dituntut - Tak perlu terburu-buru

Sekarang ni tengah viral tentang Wang Tak Dituntut Kan. Mama baca pun seronok juga kalau tetiba dapat durian runtuh sampai RM14,000. Tapi mama tau mama Ada juga Wang tak dituntut Dalam Jabatan Akauntan Negara cuma rasanya beberapa ratus je sebab akaun CIMB Yang mama guna masa berlajar dulu dah tak aktif melebihi 10 tahun. Harap-harap boleh dapat balik lah duit Tu. Total WTD banyak satu Malaysia menjangkau RM5.77 billion tu.. BILLIONS  you!! So berkenaan tajuk post mama Wang tak dituntut, tak perlu terburu-buru.. tau kenapa tak perlu terburu-buru? Haa.. Cuba baca petikan Dari Harian Metro Di bawah:

JABATAN Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan Wang Tidak Dituntut (WTD). JANM berkata, sistem berkenaan dijangka mula beroperasi tahun depan.
Ketika ini, pengguna boleh membuat semakan di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara.
"Kita memahami keperluan portal ini berdasarkan keadaan semasa yang mahukan proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah beratur di kaunter.
"Namun apa yang perlu lebih difahami masyarakat adalah semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM," katanya.
Harian Metro hari ini melaporkan mengenai senario di Pejabat Pendaftar JANM di tingkat 42 Menara Maybank, di Kuala Lumpur yang diserbu ribuan orang sehari sejak beberapa hari lalu untuk membuat semakan WTD.
Segalanya gara-gara tular di media sosial mengenai seorang wanita yang mendakwa mendapat RM14,000 selepas membuat semakan WTD miliknya.
Laporan akhbar ini berdasarkan tinjauan dan pengalaman wartawan bagaimanapun menyaksikan pelbagai reaksi apabila lebih ramai yang hampa kerana durian runtuh diharapkan tidak menjadi kenyataan berbanding mereka yang tersenyum kerana mendapat rezeki terpijak.

Gambar mama ambil Dari en wiki

Pada pendapat mama, disebabkan Wang Tak Dituntut Di tiada tamat tempoh, maka tak payahlah Kita bersesak-sesak dengan ribuan orang untuk dapatkan Wang Yang ntah-ntah ciput je Ada tu. Tak berbaloi dengan penantian lama. Lagipun kalau boleh bersabarlah, kalau sistem dah siap develop nanti senang je Kita check online Kan.

Berikut adalah maklumat tentang Wang Tidak Dituntut mengikut Seksyen Akta WTD 1965 (refer pada website Jabatan Akauntan Negara Malaysia

• Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.

• Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.

• Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.

• Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan (Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD).


FAQ tentang Wang Tidak Dituntut:

  1. Bilakah wang dalam pertelingkahan (moneys in dispute) di antara pihak-pihak yang mempunyai kepentingan ke atasnya tertakluk kepada Akta Wang Tak Dituntut 1965 ?

    Wang dalam simpanan entiti hanya menjadi wang tak dituntut sekiranya wang itu kena dibayar di sisi undang-undang tetapi masih tidak dibayar dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut peruntukan Akta. Wang dalam pertelingkahan di antara pihak-pihak yang mempunyai kepentingan ke atasnya hanya akan menjadi kena bayar di sisi undang-undang apabila pertelingkahan tersebut selesai. Selepas itu, wang yang masih tidak dibayar kepada empunya selepas tempoh satu tahun atau satu tempoh masa yang lebih panjang sebagaimana diputuskan, akan menjadi sebagai wang tak dituntut.
  1. Bagaimanakah wang dalam akaun simpanan tetap yang mempunyai arahan pembaharuan automatik boleh menjadi wang tak dituntut ?

    Mengikut Akta Wang Tak Dituntut 1965, wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun telah ditafsir sebagai wang tak dituntut.
    Pengeluaran arahan tetap oleh pemegang akaun boleh diterima oleh institusi kewangan sebagai urusan dikendalikan oleh empunya. Akan tetapi tindakan ke atas arahan tetap itu adalah diambil oleh institusi kewangan dan tindakan itu tidak boleh diterima sebagai urusan dikendalikan oleh empunya. Bagi tujuan perkiraan tempoh masa tujuh tahun sepertimana yang ditetapkan dalam Akta, ianya bermula dari tarikh arahan tetap terakhir yang dikeluarkan oleh pemegang akaun.
  1. Apa yang perlu dilakukan oleh entiti jika terdapat kesilapan di dalam Daftar Wang Tak Dituntut (UMA-3) selepas ianya diserahkan kepada Pendaftar ?

    Jika penyerahan wang tak dituntut itu telah diproses oleh Pendaftar, entiti itu boleh mengemukakan permohonan untuk menuntut balik wang yang tersilap dilaporkan atau keseluruhan penyerahan itu. Bagi membetulkan kesilapan yang berlaku, entiti perlu mengemukakan daftar UMA-3 yang baru.

    Sekiranya penyerahan tersebut masih belum diproses oleh Pendaftar, entiti berkenaan boleh memohon untuk mendapatkan semula daftar UMA-3 bersama cek bayarannya untuk tujuan pembatalan. Penyerahan UMA-3 yang baru perlu dikemukakan.
  1. Siapa yang berkuasa menandatangani borang UMA-3 dan UMA-4 ?

    a) Syarikat - Pengarah, setiausaha syarikat, mana-mana pegawainya atau pihak yang diberi kuasa 
    b) Perbadanan - Mana-mana pegawainya atau pihak yang diberi kuasa
    c) Firma - Rakan kongsi, pengurus atau mana-mana pegawainya atau pihak yang diberi kuasa
  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Pendaftar untuk menyedarkan syarikat/firma tentang kehendak Akta Wang Tak Dituntut 1965 ?

    Selain daripada pemeriksaan entiti dan edaran buku panduan, Pendaftar juga menganjurkan sesi taklimat mengenai peruntukan Akta di pejabatnya dan di semua pejabat negeri Jabatan ini (Jabatan Akauntan Negara Malaysia). Pendaftar turut bersedia menerima jemputan entiti untuk mengendalikan taklimat ini di pejabat mereka.

FAQ bagaimana untuk membuat tuntutan WTD:

  1. Dimana borang Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (UMA-7) boleh diperolehi ?Orang awam boleh memperolehi borang UMA-7 daripada pejabat Pendaftar. Borang ini juga boleh diperolehi di semua pejabat negeri Jabatan ini dan di kebanyakan bank-bank perdagangan. Pemohon boleh memuat turun borang ini daripada laman web untuk kegunaan rasmi. (Klik di sini UMA-7)

  2. Adakah Pendaftar mengenakan sebarang caj dalam pemprosesan permohonan bayaran balik wang tak dituntut ?
    Tiada sebarang caj dikenakan. Pendaftar akan membayar balik amaun wang yang diterima olehnya tanpa sebarang faedah diberikan.
  3. Adakah had tempoh masa ditetapkan dalam permohonan bayaran balik wang tak dituntut yang telah diserahkan kepada Pendaftar ?
    Had tempoh masa tidak ditetapkan dalam Akta. Wang dalam simpanan Pendaftar boleh dituntut oleh orang yang mempunyai hak ke atasnya pada bila-bila masa akan datang.
  4. Bolehkah seseorang pemohon membuat tuntutan jika dokumen asal yang menunjukkan hak kepunyaan wang tak dituntut itu telah hilang ?
    Boleh. Pemohon perlu mengemukakan surat pengesahan daripada entiti yang telah menyerahkan wang tak dituntut itu sebagai dokumen sokongan dalam permohonan beliau.
  5. Bolehkah seseorang individu membuat pertanyaan sama ada beliau mempunyai wang tak dituntut dalam simpanan Pendaftar.
    Semakan wang tak dituntut oleh individu boleh dilakukan di kaunter ibu pejabat Wang Tak Dituntut atau di Unit Wang Tak Dituntut di pejabat JANM Negeri yang berdekatan.

    Pihak yang benar-benar mempunyai wang tak dituntut akan dapat memberi maklumat yang diperlukan.
  6. Adakah Pendaftar melantik agen ?
    Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.
    Sesiapa yang mempunyai Wang Tak Dituntut boleh membuat permohonan bagi bayaran balik terus kepada pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut tanpa sebarang caj /kos dikenakan.
  7. Di mana tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dikemukakan?
    Semua permohonan bayaran balik atau sebarang pertanyaan berkaitan WTD boleh dikemukakan kepada Pendaftar WTD beralamat seperti berikut:
Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel : 03-2056 8000
Faks: 03-2072 5707/ 03-2026 7430

So, sebelum pergi nak menuntut duit WTD mama sarankan Telefonlah dulu no Di atas. Bukan apa, Kita dapat macam-macam info.. contohnya boleh check kat pejabat sanalah, pejabat sinilah.. tapi Kita tak tau betul ke tidak. So, baik confirm dulu sebelum pergi takut putih Mata.. itu saja lah ye. Mama nak Sambung kerja ni.. tataa...

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Senang la kalau boleh check online..
    Betul tu,xperlu terburu2 kalau xde keperluan yg mendesak kan..
    Tq mamapp share info ni..

    ReplyDelete
  2. teringin juga saya ni nak tahu ada tak wtd saya ni sebab ada juga akaun yang dah tak aktif lama dulu, mana tahu ada wang berbaki dalam tu.

    dengar juga berita bagi tadi satu portal akan dibangunkan untk wtd ni, jadi tak perlulah terburu2 pergi semak saya ni rasa macam tak banyak pun duit yang ada. tapi kakak kawan saya ni memang dapat durian runtuhlah sebab duitnya ada 53k yang tak dituntut..rezeki dia kan

    terima kasih share info

    ReplyDelete
  3. Terbaik la info ni...
    LeYa pun takde masa nak pergi berpusu-pusu check WTD ni..
    Nanti dah ade online system lagi senang..

    #LeYaPunDeveloperSystemjugak

    ReplyDelete
  4. mcm nak check jgk tapi takut malu sendiri sbb xde duit..haha

    ReplyDelete
  5. Assalaamu'alaikum wr.wb Mama Pipie... Saya pun ada juga WTD dalam Saham Nasional, lebih kurang 10 tahun juga tak jengok saham tu. Duit pun tak banyak dalam tu. Agaknya berapa banyak pula sekarang ni. Salam kenal Mama Pipie dan semoga sihat selalu dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  6. tunggu boleh buat semakan online la..mudah tak perlu beratur panjang

    ReplyDelete
  7. diaoorg ni kalau kata psl duit... laju je, tak pasal2 dlm maybank skrg ramai org sampai keluar dr bank panjangnya

    kite tak perlu terburu2....

    ReplyDelete
  8. Alaa malasla nak beratur panjang2 kan mama...kita tunggu online jela nanti

    ReplyDelete
  9. banyak sungguh wang yg tak dituntut..nk tuntut pun xpayah terburu2..just relax jer sbb tak akan hilang duit tu dan kalau cukup documentation..pasti dapat balik kan ;D

    ReplyDelete
  10. Info menarik..

    Saya tak tahu ada tak wang. Tak dituntut.

    ReplyDelete
  11. heehe CT pun tak sure la ada ke tak duit dalam wang tak dituntut tu.. hehe.. tapi tengok orang bersesak-sesak malasnya nak pergi..

    ReplyDelete
  12. saya macam tak payah check ja. sebab bank aktif je keluar masuk duit, terutama keluar. hihihi

    ReplyDelete
  13. Whoaa byknya ye smpai dpt 53k ye.. Jim nanti Kita check manalah tau Ada juga.. tp yg pastinya tunggu nx year la hihi

    ReplyDelete
  14. huhu kalau elsa tak mungkin ada. hmmmm melepas hahaha

    ReplyDelete
  15. wang tak dituntut ni bagus kalau bank buat mcm kutip hutang, cari pemiliknya sampai ke lubanhpg cacing

    ReplyDelete
Previous Post Next Post